Sunday, November 22, 2015

Churros - Fenomena terbaru di FB


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah arini first usrah utk sem baru.. dah lama x usrah dgn anak2 tun. sem lepas sgt busy dan tun lama xde kat bintulu, jd agak terabai anak2 usrah. insyaAllah sem ni akan lebih fokus pd dieorg, semoga ada progress yg positif by the end of the semester. 

Bila start usrah, maka pagi ahad akan pening la pikir nk bawa bekal apa.. hahaha.. dah mak usrah nyer food blogger, mmg selain nk bawa pengisian apa, perkara plg utama adalah nk bawa bekal apa.. kih kih..

2-3 hari ni wall FB tun penuh ngan gambar churros.. pernah buat few years back guna resepi dlm buku resepi.. kali ni saje nk try resepi yg ramai duk share.. sama je rasa dgn yg tun buat sblm ni :)


Churros
Resepi: FB Mariana
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 cawan air masak
  • 1 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb minyak masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 bj telur gred A

Cara2:
  • Panaskan air garam gula dan minyak sampai mendidih. 
  • Perlahankan api dan masukkan tepung. Kacau laju2 sampai tepung bergumpal dan tak melekat kat periuk.
  • Biarkan sejuk kejap dan masukkan telur. Kacau sebati. - tun guna mixer, senang sket. 
  • Paipkan guna noozle bintang yg besar atau acuan semperit - adunan sedikit keras, jd agak struggle kalau guna piping beg ye.
  • Gorengkan hingga kuning keemasan.
  • Salut guna+cinnamon or celup sos coklat :)

ps: cara tun, paipkan semua dulu baru goreng, sbb agak lambat nk paip tu. nnti hangus yg dlm kuali sambil2 nk paip.
pps: sedap makan panas2.. kalau biar 2-3 jam jadi liat sket tau.

alas plastik, dan paip semua dulu baru stat goreng


Nyum nyum... sos coklat tu ekceli guna resepi ganache je.. gaul susu pekat+ cocoa powder + butter/marjerin. masak api perlahan. kalau pekat sgt campur susu sejat sket. ikut selera masing2 la ye ^^


Tuesday, November 10, 2015

Egg and Vegi Dumpling



Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah... alhamdulillah... ada masa menjenguk blog kesayangan slps hampir 2 bulan tinggal.. tak sempat lgsg nk menjenguk.. rindu kat kawan2 GMM, especially yg xde @ x aktif kat fb.InsyaAllah start bln ni akan ada lebih masa untuk ber-blogging :)

Lama sgt x pegang kamera, skill amik gmbr pon dh lari (walaupon sblm ni pon xde la pandai sgt).. tp rasa2nya kamera tu merajuk kot, kelabu je gambar eventho dh cuba meng-edit.. huk huk.. nway, lamaaaa sgt tak mendumpling, sampai lupa cara nk kelim.. haha...1st dumpling jadi bentuk karipap :p


Tun suka guna gyoza pastry ni utk skin dia.. tp ni pun rasa2nya kualiti dia dh jd agak 'kureng' berbanding sblm ni.. sblm ni skin dia putih je, skrg dh jd kuning ala2 wonton skin dah. but still better dari mnguli sendiri. haha... xcukup kerajinan nk mencanai nipis2.

Amik gambar yg kelim cantik je.. yg lain hancusss
Dumpling try n error namanya nih.. sbb mode INSAP lps lunch pizza mkn tahap tak ingat dunia.. huhu.. dinner egg n vegi je.. kalau nk mkn salad xlalu, tp bila sayur2 tu isi dlm dumpling or popia, lajuuuu makan.

Egg & Vegi Dumpling
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • Dumpling skin (tun prefer guna gyoza pastry, 1peket ada lbh kurang 30 keping)
  • 2 biji bawang merah- dadu kecil
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji telur
  • 1/2 genggam daun kucai - potong kecil
  • 1 cawan kubis - cincang dadu halus
  • 1 batang carrot - sagat
  • 1sk minyak bijan 
  • 1sk gula 
  • 1 sk garam
  • 1 sk tepung jagung
  • lada hitam

Cara-cara
  • Pukul telur dan masak telur hancur (scrambled egg)
  • Campurkan semua bahan2 inti. 
  • Masukkan inti dakam skin pastry dan kelim kemas.
  • Panaskan non-stick pan dgn sedikit minyak, susun dumpling dan biar hingga sedikit garing di bahagian bawah.
  • Tuang sedikit air, dan tutup kuali untuk steamkan dumpling. Biarkan hingga kering.
  • Boleh hidang dengan dipping sos atau sos cili.

Cara kelim boleh refer SINI


Sblm ni skin dia cantik je lps steam, tp skrg dah x cantik

Dumpling Dipping Sauce
sumber: tun telani

bahan2:
  • 1/4 c kicap manis
  • 1/2 icnh halia- tumbuk
  • 1 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 bj cili padi- tumbuk
  • 1 sb vinegar- tun guna apple cider vinegar
  • 1 sb minyak bijan

Cara2
  • campurkan semua bahan dan biarkan seketika supaya rasa dia sebati.