Monday, June 25, 2018

Rebung Madu Sambal Cili Padi


Assalamualaikummmmm.....


Benci benci lama lama sayang
Tak kenal maka tak cinta...




Hahaha...
Ni relationship Tun dengan rebung...

Ni 1st time tun masak rebung tau.. kali kedua makan. Selama ni dengar je rebung, terus rasa Ewwwwww....

Busuk

Bacin

Lalu gerai jual rebung terus tak lalu nak beli lauk..

Sekali pergi beraya rumah tokey rebung kak Ilah ada lauk Udang lemak cili padi dengan rebung.

Hairan bin ajaib sebab takde bau pelik..

Daku pun beranikan diri ceduk seketul letak dalam pinggan. Bila rasa...

Eh..

Kenapa sedap 🤣

Terus menambah lauk.. haha... Rupa-rupanya rebung fresh takde bau bacin. Yang bau pelik selama ni bila rebung dah jeruk.


Tq kak Ilah siap tapaukan rebung madu untuk Tun.

1st time potong rebung


Ni 1st time masak rebung ni. Puas gugel nak masak apa, tapi untuk resepi sulung ni, kita keep it simple.

Olah dari mak CMG nyer sambal.. jadi laa Rebung Madu Sambal Cili Padi. Makan dengan nasi panas-panas, beshhh




Resepi campak2

  • Tumis bawang besar
  • Campurkan bawang putih dan cili padi yang ditumbuk kasar
  • Masukkan rebung madu (yang dah di rebus)
  • Tambah garam gula ket.
  • Masukkan sedikit air. Masak sampai air kering baru masukkan ikan bilis goreng.
    Siap


Dah makan sedap-sedap, jangan lupakan #lecithin dan #herbLax, set paling bajet untuk buang lemak dan detox badan







💗💗💗💗💗💗💗💗💗



Tun pengedar Shaklee berdaftar (SID: 1261295). Boleh wasap 019-932-1450 (klik wasap) untuk sebarang pertanyaan.

Kalau nak beli apa-apa produk Shaklee tanpa orang tengah, boleh klik gambar di bawah 😄 pembelian melalui debit/kredit card. (Tapi kalau Order dengan Tun, Tun boleh bagi harga kasih sayang tau berbanding dengan beli kat web.. hihi)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe1fa775d818957a76304c35e1939355

Beraya Rumah Geng Masak-Masak


Assalamualaikummmm :)

Belum habis cerita raya lagi. Alhamdulillah raya kali ni ada rezeki jumpa kawan-kawan blogger yang selama ni kenal di alam maya.

Tun ni biasanya jenis yang jarang pergi beraya, duk umah tunggu orang datang je. Tapi tahun ni nak stat lebih proaktif gitu.. hahaha.. bila lagi nak berziarah bersua muka kan.. Jadi tanpa segan silu wasp akak2 GMM menawarkan diri untuk pergi makan umah dieorg. Hahhahaaha...

Sebab tahun ni turn raya Kemaman, jadi raya ketiga balik Segamat. Alang-alang odw ke Segamat tu, melencong Kuantan dulu. Kak Sue (Suzila) ni bisnes partner Shaklee Tun, sebelum ni dia kenal Tun through blog ni, rupa2nya kak sue pon aktif gak update masak-masak kat Ig.

Dengan kak sue dan suami
Plan asal nak gi rumah kak Zura juga, tapi sebab lambat pula bermesej dekat komen ig n fb je, jadi bila Tun dah gerak blk Segamat baru kak zura reply boleh datang. insyaAllah next time. Dekat je pun Kemaman n Kuantan. 

Bila dah sampai Segamat, terasa nak beraya kat Melaka la pulak. Hehe... umah kak Ilah   sejam suku je dari rumah mertua Tun.

Elok pulak, wasp kak Ilah cakap nak beraya, kak Ilah cakap kak Nadz pun nak datang beraya juga *hepi*  jadi wsp kak Nadz so that boleh timing datang sama-sama.. hehe

budak plg hepi smp umah neklong ilah
Tudung zaman bila pon tak tau.. hahahha... tahun ni beli baju anak-anak je lebih. Baju raya ada 2 pasang. Ni baju zaman kolej dulu. kih kih.. tudung pon yang zaman bila ntah, jumpa dalam almari..        


Cantik sangat kak Nadz. Kecik comey lak tu. Seteres daku.


Hasha ni susah nak baik dengan orang, elok pula duduk dengan nek long ni ha.. rumah neklong cantik, suka dia explore.


Lauk kampung best gler. Paling win sayur sayur fresh hasil kebun kak ilah.



Tertunai cita-cita selpi kat kebun mini tepi rumah kak ilah. (ya Allah.. keciknya tudunggggg... biasa pakai tudung kecik gini masa jemur kain luar umah je.. huhu)


insyaAllah ada rezeki boleh jumpa lagi..


Friday, June 22, 2018

Salam Aidilfitri 2018



Assalamulaikumm :)

Lama tak berupdate 😅

Salam 8 Syawal.. Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua

Alhamdulillah tahun ni raya kat kg Tun. 1st 2nd Syawal kat Ganu. Raya ketiga balik sambung raya umah mertua kat Segamat.


Full house, Alhamdulillah. Gambar bersepah, tak sempat nak atur pun. Ni pon riuh rendah struggle control semua anok2 wek.

Nasib baik bonus Shaklee masuk sebelum raya, cukup bajet bagi duit raya kat adinda-adinda ku semua.. hihi...


Tok, Tokki, dan cucuss

Baru 8 orang tapi huru hara nak masukkan semua dalam gambar. hahahaha.. Harith dengan Kimi je yang suka bergambar. Hasha kita upah dia dia makanan, baru duk diam kat situ.

muka anak dara ambe mmg camtu.. hahahaha
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami berempat:
  • Hazwan
  • Hawa (Tun)
  • Harith
  • Hasha