Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Sunday, July 6, 2014

Kuih Buka Puasa: Kuih Tepung Bunga

 Assalamualaikummmm :)

Sedar tak sedar dah masuk minggu ke dua ramadhan.. dh brp juzuk Qur'an berjaya baca? jom marathon sama2 khatamkan :) bulan puasa ni pahala berganda2.. tun nk solat sunat byk2 xlarat, sbb bila sujud sure rasa nk termuntah, jd harapkan pahala baca qur'an je lebih sikit..huhu.... 

Ok laa.. nk tulis panjang2 xde idea.. nk gi ronda2 dapur kawan2 pulak pasni. 2-3 hari sekali baru buka laptop nih. guna hp susah nk BW.


Kuih tepung bunga ni kuih penyelamat di bulan puasa. haha.. mmg kuih wajib 2-3 kali buat sepanjang ramadhan. sbb sangat express.. kdg2 bila dh siap masak tu, xde kuih nk hntr ke surau, mmg godek2 kuih tepung bunga ni la. kejap je siap.. ni kuih jenis yg campak2 dan xpernah tun sukat tepung santan bagai.. so tun cnp dr blog kak nor sukatan dia.. adunan dia mcm nk buat onde2.

KUIH TEPUNG BUNGA
Resepi: kak Nor 
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 1 1/2cawan tepung pulut
  • 3/4cawan (180ml) santan pekat - boleh juga guna air
  • 1/2 st garam halus
  • 2 bj telur
  • minyak utk goreng
  • gula utk tabur
Cara2:
  • Gaul tepung pulut dgn santan & garam hingga sebati sampai boleh membentuk bola,
  • tak melekat kat tangan dan bekas ( cam jd berkilat skit )
  • Pastu gentel sebesar guli hingga habis.
  • Pecahkan telur dan kocok/pukul hingga sebati.
  • Panaskan minyak dan  leperkan sebiji adunan td atas tapak tangan, jd sebesar duit siling 50.
  • Celup dlm telur dan goreng sampai golden brown dan toskan
  • Hidangkan dlm piring dan tabur gula.
  • Siap!

Friday, July 4, 2014

Kuih Buka Puasa: Bingka Sukun dan Cekodok Sukun

tak cantik sbb tak jumpa bijan..huhu
Assalamualaikummmm :)

Salam jumaat yg barakah.. Jumaat pertama dlm bulan Ramadhan tahun nih.. lepas update ni nk gi potong kuku, hehe.... kalau duk tangguh2 nnti tiba2 dh maghrib. blom baca al-kahfi lagi nih, nnti insyaAllah lps zohor baca. Kalu tak larat baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir je. Moga2 kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.

Alhamdulillah.. setakat ni masih berpuasa. Mmg sgt2 mencabar puasa tahun nih.. alhamdulillah tun defer my PhD dan amik cuti awal, kalau tak rasa2nya mmg xmampu nk puasa.. huhu... jeles jugak tgk org yg xde alahan sgt time pregnant dan blh puasa dgn jayanya. tp insyaAllah, Allah bg alahan teruk nih, mudah2an Allah permudahkan masa bersalin nnti. Aminn..... cuma doa2 spy baby cukup zat.. risau juga bila xblh makan nih. mlm2 cuma konsisten pil iron je sblm tido. huhu... smlm berjaya minum soya, nnti nk beli soya lagi la.. at least, xdpt mkn pon, ada jugak zat sikit2.


Bingka sukun ni buat 2hari lepas dh.. 1st time buat bingka sukun. Biasa sukun tun goreng je, dan kalau lembik wat cekodok. Tp terjumpa resepi bingka sukun masa duk gugel. Kebetulan abah beli sukun b4 puasa, mula2 nk goreng, tp nmpk mcm muda sgt, keras kejung. biar dulu, lps 2-3 hari tgk2 dh lembik. haha... 

Bingka Sukun
Resepi: Kak Am
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 450-500g buah sukon [yg dah agak lembik & tak boleh digoreng] (dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air) - tun guna sukatan air dibawah
  • 4 biji telur
  • 200g tepung gandum
  • 180g gula
  • 300ml santan (santan kotak 'KARA')
  • 150ml air
  • 1 sk (sudu kecil) garam
  • sedikit vanila (optional) - tun xletak
  • sedikit pewarna kuning - tun xletak
  • sedikit bijan utk tabur (jika suka)-

Cara2:
  • Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentel atau
  • boleh juga diblender
  • Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
  • (kalau utk loyang lebih baik alaskan dgn kertas minyak & lenserkan majerin-utk senang dikeluarkan kelak)
  • Tuangkan adunan & tabukan bijan
  • Panaskan oven terlebih dulu dan bakar dgn suhu 180°c (ikut oven masing2) sehingga 40-45 minit atau nak lebihkan garing pun boleh..
  • (tapi kalau bakar dlm bekas muffin kurangkanlah sikit masanya lama sangat nanti rentung pulak..!)
  • Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong. Selamat mencuba..!

Sukun yg lembik tu byk jugak isi dia walaupon kecik je. Jadi separuh mama tun buat cekodok.. suka bau cekodok sukun nih.. sukun yg masak mmg bau harum. tapi rasa dia x manis tau.. jd mmg perlu tambah gula. wat mcm wat cekodok pisang ye.



Cekodok Sukun
Resepi: tun telani
  • Buah sukun -yg masak ranum
  • Gula
  • Tepung gandum
  • Sedikit garam

Cara2:
  • Lecek buah sukun (mcm buat cekodok pisang), campurkan dgn sedikit gula mengikut kemanisan yang disukai.
  • Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit, adunan jgn pekat sgt.
  • Masukkan garam.
  • Goreng.

Tuesday, July 1, 2014

Menu Buka Puasa: Roti Jala



Assalamualaikum :)


Salam Ramadhan 1435H.. dh masuk hari ke 3 berpuasa. Tahun ni tun berpuasa kat kampung. Alhamdulillah setakat ni bertahan lagi, walaupon ptg2 tu rasa mcm nk terpengsan pon ada jugak.. huhu... tp rasa gerakan baby ni ok je, insyaAllah Ok. Harap2 bertahan sampai akhir Ramadhan.. cuma kali ni terpaksa terawikh 8 rakaat je. tak tahan nk sujud byk2 kali sbb tiap2 kali sujud sure rasa nk muntah. Dah 31 minggu masih lagi ada sikit2 alahan. Biasa lepas berbuka stand-by nk berlari ke toilet, sbb sure mknn akan terkeluar semua. Semalam lepas berbuka dh muntah.. pastu blk terawikh paksa diri mkn, tp still muntah jugak. Last2 mkn buah pastu tido... Alhamdulillah sahur td blh makan.. Siang pon xde rasa nk muntah. Berkat bulan Ramadhan, sblm ni try puasa Syaaban nmg muntah teruk.

Nak wat warna warni, tp mama ckp xlalu nnti nk makan, mama nk yg letak kunyit je


Nway.. share idea utk berbuka.. awal2 ni biasanya byk lg idea nk masak.. nnti dh lps separuh ramadhan sure mati kutu kan.. haha... ptg smlm terasa mcm nk mkn roti jala. Dlm duk lembik tak larat tu, bila nk makan semua pon boleh kan.. haha. Tun menjala je, yg lain semua mama yg buat :)


Makan ngan kari dalca ayam yg mama buat.. sedap sgt :)

Roti Jala
resepi: tun_telani
  • 3 c air/susu/santan
  • 1 bj telur
  • 1 sk kunyit @ pewarna
  • 2 1/2 sb minyak
  • 3 c tepung gandum
  • 1 sk garam
Cara2:
  • Masukkan semua bahan dlm blender ikut urutan di atas.
  • panaskan non-stick pan.
  • masukkan adunan roti jala dlm acuan/botol, dan jalakan atas kuali.
  • Biar sebentar sampai masak (tak perlu balikkan).
  • Angkat dan lipat.
  • Boleh hidang dgn kari ayam atau serawa durian.
  • nota: air tu ikut jenis tepung ye kawan2.. kalau pekat sangat sampai susah nk jala tambah sikit air, kalau terlalu cair tambah tepung sikit.. biasa nya tun guna dlm 3 hingga 3 1/2 cwn air.

Thursday, June 5, 2014

Kuih Lapis Tradisi


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah.. masih diberikan kesihatan yg baik pd hari ini.. tekak je rasa pijar, acid naik ke tekak sbb baby dh makin memenuhi kawasan perot.. huhu...

Alhamdulillah juga kuih lapis tun menjadi kali nih.. last time buat guna resepi lain, liat mcm selipar jepun.. hahaha... kali ni rasa dia sama mcm yg biasa makan kat kampung ^^ buat sbb nak habiskan santan, ptg nnti dh nk balik kampung *happy*


Resepi tun usha dari blog kak an. senang je nk buat rupa2nya.. tun mmg jenis yg malas nk melapis, tu yg lapisan ada 6 je tu.. .hihihi...kejap je dh siap nih..

Kuih Lapis Tradisi

Resepi: kak An@Periuktanah
Sumber: tun telani

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara membuatnya:
  •  Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api. 
  • Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. - tun masuk blender je semua
    Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  • Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah. - lapisan terakhir tun kukus 20minit
  • Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.


*** tips galakan

-boleh juga ditambah 1 sudu teh tepung sagu pada lapisan akhir bagi mengilatkan permukaan kuih lapis
- kuih lapis ni jika dipotong ketika panas akan menyebabkan lapisan kuih tertanggal.. jadi sabar ye.. tunggu sejuk sikit, baru potong.

Monday, June 2, 2014

Kaswi Tepung Pulut


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah.. berjaya mengatasi kemalasan utk mengapdate blog.. huhu... xtau laa nape lemau beno nk ngadap laptop nih. laptop baru nih key-pad dia sensitip sgt.. habis typo jadinyer. 

nway.. kaswi tepung pulut nih dh buat minggu lepas.. kes terliur nengok kak noorsha tayang kat FB. terus gugel resepi.. duk peram2, last2 berjaya gak masuk blog.. hihi


kuih kaswi nih kurang kenyal berbanding kaswi biasa.. ada yg suka kenyal, ada yg suka lembik sket kan... tun jenis suka yg kenyal2, tp tgk budak2 ngaji ni makan dgn lajunyer, kene ngan selera dieorg la tu.. :)

Kaswi Tepung Pulut
Resepi: kak Fida@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. / +- 30 acuan lompang )
Bahan A :-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 sk kapur yang pekat
  • 2 cawan air
  • sedikit warna coklat (opt)- tun letak browning sugar
Bahan B :-
  • 3/4 cawan gula merah/melaka (165g)
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sk garam
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Bahan C :-
  • kelapa parut kukus dengan sedikit garam dan daun pandan 
Cara2:
  1. Campur bahan2 A ke dalam sebuah mangkuk dan kacau rata. Ketepikan.
  2. Campur bahan2 B ke dalam sebuah periuk dan masak hingga mendidih. Tuangkan ke dalam campuran A dan kacau rata. Tapis adunan.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang bergris dan dipanaskan dulu. Kukus selama 30-40 min jika mengguna loyang dan 15 min jika mengguna acuan lompang.
  4. Biar kuih benar2 sejuk, potong sesuai selera dan sajikan dengan kelapa parut kukus.

Tuesday, May 27, 2014

Pulut Lepa @ Pulut Pangang Ganu

Assalamualaikumm :)

Alhamdulillahh.. berjaya mengatasi kemalasan utk mengadap blog.. hehe.... menu minum petang semalam.. dh lama buat nih. buat lebih, frozenkan. semalam habiskan stok frozen. 

Buat suku kilo je.. sbb takut en. laling x makan..kuih muih ganu ni kdg2 en.laling ku yg tekak pure johor x bape nk makan.. tp lajuu pulak dia makan pulut lepa nih.. ada lg inti ikan duk frozen, daun pisang pon ada sikit lagi dlm freezer tu. nnti rajin blh buat lagi.



Inti Ikan
Resepi: Kak Madihaa
Sumber: tun_telani

Bahan:

  • 1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
  • 1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
  • ½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
  • 6 ulas bawang merah ~ dimayang halus- tun blend
  • 1 inci halia ~ dihiris memanjang halus- tun blend
  • 1 sudu kecil halba
  • garam & gula secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka

Cara2:

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.


PULUT LEPA aka PULUT PANGGANG VERSI TRENGGANU
Resepi: kak Madihaa
Sumber: tun telani

Bahan2
  • 1 kg beras pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
  • 1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
  • 2 sudu kecil garam/ secukup rasa
  • Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
  • Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
  • kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari) - tun xguna, guna glove plastik

Cara Menyediakan
  • Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit. 
  • Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak. 
  • Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai). Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar). 
  • Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan 
  • Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
    ]Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat. 
  • Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
  • Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang. Bolehlah dihidangkan panas2 atau sejuk

Thursday, May 22, 2014

Donat Kentang Fatmah


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah ^^ bersyukur arini tun berjaya bangun sahur. walaupon semput2 je sahur, set jam ko 430, ko 440 baru bangun. huhu... subuh pukul 456, jd sempat la mkn nasik utk sahur.  slow2 practise puasa, nnti xde la baby tergezut time Ramadhan. Salah satu sindrom pregnancy tun, dahaga sangat2. sepanjang masa dahaga.. huhu.... malam2 mmg stand-by sebotol besar air tepi katil, tgh2 mlm terjaga 2-3 kali sbb dahaga, teguk air pastu sambung tido.. huhu... skrg ni pon tekak dh terasa sedikit perit sbb dahaga, padahal blom ko 9 pon.. huhu.... chaiyok2!! semoga berjaya puasa penuh tahun nih :)


Donat ni buat utk minum petang semalam.. tengok laa, geseng beno kaler.. muahahhaha..... biasa la, tgh panaskn minyak tu laa nk duk membasuh bekas2 dlm sinki, dh berasap2 kuali tu haa nk menggoreng. kecikkan api tunggu sejuk jap, tp still geseng jugak.. apa2 pon, yg penting lembut dan sedap. betul x? 

tun sgt suka resepi donat kentang fatmah. dh mcm2 olahan tun buat guna resepi nih, donat labu la, donat kentang la.. semua sedap dan lembut.. tun goreng petang smlm, pastu saje tinggal bawah saji sebijik. xletak dlm bekas pon, dlm piring je. pagi td masa sahur lembut lagi.. 


encik laling lg suka makan pau goreng dari donat.. inti kacang merah yg beli punyer. hihi...buat satu adunan, penuh freezer ngan donat ngan pau.. haha..

tun tulis ikut apa yg tun buat la ye.. resepi asal refer blog kak izah.

Donat Kentang Fatmah
resepi: Fatmah Bahalwan
sumber: kak Izah, Tun telani

Bahan-bahan
  • 500 g tepung gandum - adunan tun lembik sikit, tun tambah lg 2 sudu besar tepung
  • 50 g susu tepung
  • 11 g yis - tun guna mauripan
  • 200 g kentang - kukus, lecek - tun rebus, tos dan lecek
  • 100 g gula
  • 75 g mentega - tun guna marjerin, cairkan
  • ½ sdt garam
  • 4 btr kuning telur - tun guna 2 biji telur, malas nk bazir putih telur
  • 100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais

Cara-cara
  • Campurkan tepung, gula, susu, yis, kentang, dan telur. Uli hingga bercampur.
  • Masukkan mentega dan garam, uli hingga tidak melekat kat tangan - tun guna mixer mata cangkuk.
  • Tutup bekas dan biarkan mengembang 2kali ganda.
  • Canai dan terap doh, atau bentukkan jd donat. Biar hingga mengembang. Bila dh kembang boleh la goreng.




Thursday, May 8, 2014

Kuih Paung Ganu


Assalamualaikum :)

n3 cepat2 sbb arini terasa mcm malas nk mengarang..huhu.... xtau knp emosi x berapa nk stabil, tun mmg jenis yg cepat emo sket, harap2 x menurun kat baby..

kuih pung ganu ni, tun panggil kuih bom. tapi kuih bom negeri lain inti kacang kan? membesar dgn kuih ni, kantin sekolah biasa ada jual. bila dh keluar dr ganu, beli kuih bom dpt inti kacang, rasa sgt frust.. huhu.. skrg kt kg pon jarang jumpa dh kuih nih.. antara kuih2 tradisional yg jarang org buat. alang2 dh buat inti utk karipap ikan tu, buat juga kuih nih.


warna x cantik.. huhuhu.. sbb xsempat tunggu perang dia dh stat meletup dlm kuali, cepat2 tun angkat.. rupa xde, tp boleh laa nk lepaskan teringin makan kuih ganu nih.. :) resepi dr myresepi.. tp inti tu tun ikut resepi kak Madihaa, lebihan inti tembosa (tgk SINI).. sama je ngan resepi inti ni, cuma xde lada hitam.

Kuih Paung
Resepi: Dee Iman @myr
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum @ tepung beras
    sedikit garam air secukupnya 
  • minyak secukupnya untuk menggoreng terendam

Bahan inti:
  • 200g ikan kembung / selayang / tenggiri / parang @ ape2 ikan yang sesuai (dibakar/ direbus & diambil isi) * 
  • 6 ulas bawang merah * 
  • 1 1/2 sudu kecil lada hitam biji * 
  • 1/2 cawan santan pekat @ 1 cawan santan / susu cair
    1 sudu kecil halba 
  • 1 keping asam keping 
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  • Kisar bahan-bahan yang bertanda * dengan sedikit air.
  • Masukkan semua bahan-bahan inti dan bahan-bahan kisar ke dalam kuali dan masak sehingga kering (jangan lupa bawa keluar asam keping apabila inti hampir kering). Sejukkan inti.
  • Gaulkan tepung pulut, gandum @ beras, garam dan air (jangan terlalu lembut / keras).
  • Bentukkan adunan tepung menjadi bebola kecil, leperkan, letakkan inti dan bentukkan kembali menjadi bola. (Untuk mengelakkan bebola melekat antara satu sama lain dan mudah diangkat sebelum digoreng, gaulkan bebola di dalam mangkuk yang berisi minyak sedikit).
  • Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang kuat/ sedang (Masukkan paung ketika minyak betul2 panas). 
  • Golek2kan paung dan terus angkat paung setelah ianya kekuningan. Angkat sebelum paung mengelembung/ kembang kerana paung mudah meletup!)

Wednesday, May 7, 2014

Tembosa/ Karipap Inti Ikan Terengganu


Assalamualaikumm (",)

Alhamdulillah... akhirnya berjaya juga buat karipap inti ikan nih... karipap feveret tun, tp  mmg susahh sgt nk jumpa. kalau blk kampung pun, xselalu jumpa karipap inti ikan nih.. kagum ngan diri sendiri sbb dgn penuh determination mmbuat inti dia. hehehe..

Sgt2 struggle nk siapkan sbb tun mmg xtahan hanyir ikan. ikut hati rasa mcm nk blend je sardin tu haa, tp ikut tekak yg nk makan, tahan je laa.. alhamdulillah, encik laling tun sgt2 la helpful, duk siang n bersihkan ikan tu. wat setengah kilo pon dgt byk inti dia..


Mmg biasanya kalau wat karipap, dpt byk.. susun atas loyang jarak2 mcm nih, masuk freezer. nnti dh keras blh masuk plastik kecik2.. wat sepeket 10bijik je, utk sekali goreng. tun mmg suka kalau ada stok kuih frozen dlm fridge, senang kalau ada org dtg or bila2 nk makan tp malas nk masak. hihi...

Resepi doh mcm biasa laa.. dpt dlm 40+ bijik, ikut size la ye.

Doh Karipap
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 4 c tepung
  • 2 tbs margerin
  • 1/2 c oil
  • 3/4 c air
  • 1/2 tsp garam

Cara-cara:
  • panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api.
  • tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  • dh sejuk siket, campur garam n air.
  • Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..


Resepi inti ikan ni, usha kat blog kak madihaa.. kalau nk tgk kuih2 tradisional suka buka blog kak madihaa, mcm2 kuih yg nostalgia ada :) inti ni kak madihaa wat pulut lepa.. inti ikan sama je utk pulut lepa, karipap, ngan kuih paung.. nk wat pulut lepa juga, tp susah betul la nk dpt daun pisang.

Inti Ikan
Resepi: Kak Madihaa
Sumber: tun_telani

Bahan:
  • 1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
  • 1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
  • ½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
  • 6 ulas bawang merah ~ dimayang halus- tun blend
  • 1 inci halia ~ dihiris memanjang halus- tun blend
  • 1 sudu kecil halba
  • garam & gula secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka

Cara2:

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.


Friday, May 2, 2014

Kuih Cara Manis


Assalamualaikummmm :)

Alhamdulillah.. kembali bertemu di hari Jumaat, penghulu segala hari... arini dh 2 Rejab, xlama lagi dh Syaaban, pastu Ramadhan. Sekejap je masa berlalu kan.. harap2 Allah bagi kekuatan utk puasa penuh tahun ni sbb masuk bulan puasa ni, baby dlm perot dh 8bulan insyaAllah. skrg ni blom stat praktis puasa sunat lagi. huhu... sbb xleh lapar sket, mmg meragam perut. tersalah makan lambat sket pagi, mmg sebu perut dan muntah2 sepanjang hari.. dugaan betul. kalau mommies2 luar sana ada tips utk puasa masa preggy blh la share ye :)


Kuih cara ni buat ptg semalam.. dr tghari duk terbayang2 nk mkn kuih, tp xtau kuih apa.. ingat nk mendonat, tp tgk2 potato ada sebijik je, kecik pulak tu. tun suka resepi donat kentang, jd cancel wat donat. esok masa kuar lah beli potato. tgk2 hp nmpk screen shot kuih cara nih.. mmg byk screen shot resepi, makin lama makin panjang queue.. huhu.. pernah buat sekali akhir lepas. acuan dia dh berzaman beli, nasib baik x jadi perkasam.


Resepi yg sgt senang.. tp make sure api betul2 kecil dan tutup acuan tu. nasib baik ada penutup periuk yg muat2 acuan. mula2 buat tu2, separuh adunan rentung.. hahaha... 2nd time dh pandai sket bajet.

Kuih Cara Manis
Resepi: Junjs11@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( dalam 12 biji )
  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segair- tun guna santan lebih sedap
  • 1 sudu besar jus pandan (jun guna esen pandan sbb daun pandan)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti
Cara-cara
  • Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
  • Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  • Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje.. 

Friday, October 4, 2013

Lepat Pisang


Assalamualaikummm :)

Allahumma solli ala Muhammad, wa a'la aali Muhammad ^^

Salam jumaat semua.. dh potong kuku belom? /hihi.... sunat potong kuku ari jumaat, tun selalu duk lengah2 potong kuku, pastu tiba2 dh maghrib. hilang pahala free kan..

ok laa.. skrg ni tgh misi menggunakan daun pisang sblm rosak.. mcm mana nk simpan daun pisang lama2 ye, masuk freezer rosak x? susah oo nk dpt daun pisang, walaupon byk pokok pisang tepi jalan. tp byk org punya la kan, xkn nk gi tebas daun pisang org. tanya geng2 fb nk masak apa, mcm2 suggestion :)  tp akk jiran dpn komen suruh wat lepat pisang, jd kuih 1st guna daun pisang ni lepat pisang lah.. tun bkn peminat lepat pisang, jd wat sikit je. sedap juga bila buat sendiri nih. selama ni mkn x sedap. hoho..


ada byk resepi yg tun gugel... tp tertarik ngan yongnani nih.. lepat pisang yg manis, bila ada kelapa parut masin kt tgh tu, mmg lg sedap. 

Lepat Pisang
Resepi: yongnani@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan:
  • 12 biji pisang abu (dilenyek) - tun guna 3 bj pisang berangan
  • 3/4 ~1 cawan tepung beras - tun letak sikit2, agak2 adunan jd mcm adunan cekodok pisang
  • 3 sb gula- tun letak 1 sb
  • 1/2 biji kelapa parut (putih shj)
  • secubit garam
  • daun pisang (dilayur di atas api dipotong 15cm setiap satu -anggaran shj)
Cara-cara
  • Campurkan tepung dan gula bersama pisang yang sudah dilenyek, kacau hingga sebati, (kalau cair tambah sedikit tepung lagi sehingga jadi spt adunan cekodok pisang
  • Gaulkan garam bersama kelapa parut dan ketepikan.
  • Kemudian ambil daun pisang dan letakan adunan pisang sebanyak 2 sudu makan atau 1/2 senduk seperti dalam gambar. Kemudian letakan kelapa parut di atas adunan tadi.
  • lipat daun pisang tu, ala macam yg selalu kita beli tu dan susun dalam loyang pengukus sehingga adunan habis
  • Panaskan air dalam pengukus dan kukus lepat pisang tadi bersama-sama selama 20-30 minit ( tak perlu tunggu air mendidih) 

Thursday, October 3, 2013

Blueberry Cheese Tart


Assalamualaikummm /XD

n3 cepat2 je sbb byk mende nk buat.. alhamdulillah, after lebih setahun duk fikir2 nk buat, akhirnya ada juga kerajinan nk buat cistat nih. tu pon sbb kak zizah (akak blok sebelah) nk order. haha.. teruk x? 1st batch buat utk org order. maklum laa, kos mahal dan ambil masa nk buat, jd kalau nk try2 dulu tu, fikir byk kali jugak. alhamdulillah menjadi :)

tun cuma penah makan sekali je cistat nih.. raya few years back mama order dgn cikgu sekolah. masa tu makan rasa mcm x sedap lgsg. crust dia rasa mcm xbape nk masak, 'lemau', tau x lemau tu ape? mcm keropok masuk angin, gitu lah.. maybe sbb tukang buat tu xsuka crust rangup kot.. atau mmg cistat crust dia x rangup? sbb tun bakar crust sungguh2 hati, lepas letak filling pon masih rangup crust dia.. maap la kalau yg beli tu x suka crust rangup /sweat


nway.. resepi usha kat blog 2 org tokey cistat ni haa.. tq atas perkongsian :x

Blueberry Cheese Tart

Crust
Resepi: Anna Qawina
Sumber: tun telani

Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)

Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara.
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.


Filling
Resepi : Kak Azita Zain
Sumber: Kak Sari Yusa

Bahan2:
  • 250 gm krim keju
  • 50 gm gula kastor
  • 1 telur B
  • 1 st esen vanilla/ esen lemon

Cara-cara :
  • Pukul krim keju dan gula kastor menggunakan hand mixer.
  • Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan dalam piping bag.
  • Ambil sedikit adunan krim keju dan letakkan pewarna biru atau ungu.
  • Masukkan filling blueberry dalam piping bag, picitkan secukupnya ke dalam tart shell.
  • Picitkan pula adunan krim keju tadi sehingga memenuhi ruang tart shell.
  • Gunakan lidi yang bersih dan lorekkan adunan krim yang berwarna di atas krim keju bagi membuat coraknya mengikut citarasa anda.
  • Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 5 - 10 minit. Sentuh sedikit permukaan krim dengan jari jika tidak melekat bermakna telah masak. Jika masih melekat, tambah masa 1 atau 2 minit lagi.
  • ** tun bakar sampai filling dia nmpk kembong dalam oven..

Tuesday, October 1, 2013

Popia Basah Umie


Assalamualaikummm :)

Diam tak diam dh masuk bulan oktober kan.. kejap je dh nk akhir tahun.. sbb tu dlm Qur'an ckp hidup kat dunia ni mcm sekelip mata je.. kalau kita kejar dunia, mmg kita telah mengsia-sia kan kehidupan kita, sbb dunia ni sementara kan, just jambatan utk ke akhirat. ntah esok lusa dh xde kita kt sini.. insyaAllah jom sama2 kejar akhirat, sbb kalau kita kejar akhirat, insyaAllah dunia Allah akan bagi.. :)

haaa... tu dia.. tiba2 ustazah tun telani bg tazkirah petang2 hari ni kan.. hihi... ok laa..back to the recipe. popia basah yg tun buat semalam.. both of us tak berapa suka mkn popia basah sebenarnya. tun penah mkn sekali je zaman kt kolej dulu, beli kat bazar ramadhan seksyen 18 shah alam (time tu duk kolej akasia kt ngan Giant tu). tak kene ngan selera,:( tu la 1st n last time tun makan.. pastu last week duk ckp2 ngan akak jiran kt bawah, dia gi sebut pasal popia basah. jd tun pun xde keje cari keje kan, mlm tu godek2 la resepi popia basah.. nmpk mcm senang je, kalau x cuba xtau macam mana kan.. so smlm merajinkan diri buat popia nih.. kulit dia kalau tgk teknik kat myresepi tu, tun rasa mmg xkan berjaya buat. jd tun guna silikon spatula, amik sikit aduanan, pastu bentukkan bulat ngan spatula. Alhamdulillah, senang je buat skin dia :D



Popia Basah Umie
Resepi: umi_e
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 12 keping )

Bahan untuk kulit*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
  • 1/2 biji kobis - diricih halus
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering- tun guna isi ayam
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
Bahan untuk sambal***
  • 15 tangkai cili kering- tun guna 3 sb cili giling
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

  • campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
  • gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
  • ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - lihat gambar kat myresepi)- tun guna silicon spatula utk lengserkan kat kuali nipis2.
  • setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
  • angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
  • ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  • Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng- tun lupa letak bawang goreng
  • lipat macam biasa dan gulung
  • sedia untuk dimakan :)

Monday, September 30, 2013

Cream Puff... lagii....


Assalamualaikum wbt :)

alhamdulillah.. masih berkesempatan mengapdate blog arini.. actually berusaha utk fokus kat study, tp 2-3jam ngadap buku, mcm xde yg masuk ke kepala nih.. so take a break ngan ngadap blog. jgn ngadap blog lg lama dr ngadap buku dah le tun ye....  /sweat

kuih ulang2 je.. dh byk kali wat cream puff. mmg x terkira byk nyer. hihi.. bila dh pandai buat tu, rasa mcm senang kan. jd kalau ada makan2 or org nk dtg umah, ni salah satu menu yg biasa tun buat. kali ni cream puff tun buat utk bawa gi usrah pg smlm, dan sbb nk bawa gi umah mel ptg semalam. ingat nk bawa mende lain jugak, tp terkene penyakit M lak, jd wat sejenis kuih je. huhu...

Cream Puff
Resepi: Zaliana@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
Cara2:
  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung. 
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.  - tun guna suhu 200 C je.

Custard Filling  (buat 2 adunan)
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
  • 2 camca teh esen vanilla
Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

satu je gamba cream puff yg cantik. yg lain hudus la pulak angle dia.. so tun nk tayang pokok lada di balkoni sekangkang kera tun.. gembira lada sulung dah besar, tp xsure bila blh tuai nih. yg kelakarnya, tun ingatkan pokok cili padi tau...masa mula2 kuar kan kecik, tp terkejut tgk makin besar.. cili besar rupa2nya. hahahaha.. :p semai sesuka hati dek pon. byk yg cili padi yg tun semai, pastu rasa2nya sekali je tun campak bijik cili besar. last2 ada 2 pokok yg hidup besar.. dua2 pokok cili besar. hihi.. xpe la, rezeki jugak. ni baru semai cili padi. xde space dh kat balkoni ni ha. kene gantung2 pasu pulak pasnih.. /XD


Tuesday, September 24, 2013

Rose Pau


Assalamualaikummm /XD

Alhamdulillah.. berjaya juga update blog arini. dh akhir bulan 9, baru beberapa n3 yg berjaya di tulis. mmg perlu pergi seminar pengurusan masa rasanya nih.. huhu... meja penuh ngan kerja2 students yg perlu di mark. alhamdulillah, minggu ni dh stat study week, jd bila xde kuliah ni, blh la buat operasi 'bersihkan' meja dr kerja2 yg berkaitan yg student nih.. insyaAllah blh fokus kt my phd research. doakan tun rajin dan dpt byk idea ye :)

weekend aritu pergi tido umah mel@melinblossom. seronok sgt! 1st time yu, tido umah geng blogger. mmg dunia tanpa sempadan skrg kan. terasa rendah diri pulak tgk umah mel yg besar, umah kita kecik je.. huhu.. jeles tang byk tanah dan mcm2 pokok ada kt keliling umah tu. agak2 Sime Darby perlu researcher x ye? nnti habis phd nk mintak keje ngan sime darby lah, blh duk umah besar ngan ada org gaji. hihi... :P tq mel for the hospitality. mcm2 mel masak, len kali tun dtg bawa perot lg ye.. hihi... sbb dua2 tuan blog spesis yg x tayang muka kt blog, jd xde la nk letak gambo yg di ambil kan.. 


ok laa. panjang benor n3.. into pau x buat lagi nih... org len dh berzaman tayang pau cantik nih.. tun baru nk buat.. tu pon sbb kawan tun kasi video org wat 'roti bunga' kt FB.  jd berusaha untuk merajinkan diri buat.. sbb tun dh selesa dgn resepi pau lembut tu, jd tun guna resepi tu je untuk buat pau nih.. resepi kat SINI dan SINI . cuma tun letak sikit red colouring kasi cantik..

yg ni terkeluar pulak inti dia.. tp mcm lawa la pulak jd nyer.. hihi
untuk cara2 buat bunga tu, blh refer video 'Roti Bunga' kat facebook nih, or dr page Wendy dan kak Ita :D


Friday, August 30, 2013

Murtabak Ayam


Assalamualaikummm :)

Gambar dlm folder lagi.. wat bulan puasa aritu. dh lama teringin nk wat murtabak, tp nk kumpul kumpul kerajinan tu yg susah tuu.. tun biasa wat mini murtabak yg guna kulit popia tu je. senang.. byk kerja sangat2, weekend ni jadi tuan rumah utk program usrah. paling pening bab nk sediakan makanan..huhu.. dapur tu dh tunggang langgang byk ngat bahan2 nk masak /sweat



nway.. murtabak ni sgt struggle nk buat okey.. xde skill... byk yg pecah terburai..hahaha... tp rasa sedap :)  tun berjaya bungkus separuh je, separuh lg bungkus dlm kulit popia.. ;p

Murtabak
Resepi: Joayee@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan:


Kulit Murtabak: refer resepi Roti Canai

Inti Mutabak:
  • 300g mince meat- tun guna mince chicken
  • 2 bawang besar-potong dadu
  • 3 bawang putih-potong dadu
  • 4 sb rempah kari
  • garam+perasa secukupnya
  • **1 bawang-potong nipis2
  • **6 biji telur-atau secukupnya 

Kuah Bawang:
*1 bawang besar (atau bawang merah)-potong nipis2
*cuka, gula,garam,air, color merah- secukupnya
campurkan semua bahan diatas *. dan rasa.

Cara-cara:

  • tumis bawang, bawang putih, masukkan mince meat, rempah kari. masukkan perasa. masak hingga kering.
  • bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
  • kibarkan doh roti, atau tarik nipis2. masukkan sedikit inti, lipat
  • goreng dgn api perlahan hingga masak.

Tuesday, July 30, 2013

18 Ramadhan 1434H: Cekodok Pisang Kembong




Assalamualaikummmm.....

stress! huhu.... sgt byk kerja dan rasa mcm dh buat byk, tp td kene marah ngan supervisor sbb dia ckp x cukup baca journal lagi :((  sedih sedih... jd dr pagi duk pulun search journal baru.. berpinar2 mata dah ni /blur  abah tun ckp, tu laaa.. duk membebel kat students, kan dh dapat balasan.. huhu.. 

berehat jap dgn menggumbirakan diri ngadap blog. tp xleh lama2, kalau dh start BW nnti smp petang xjalan kerja yg bertimbun nih.. sebelum blk cuti raya mmg perlu marathon apa yg patut. 

AMPUNNN.... ni gambar yg lama kat SINI


xde apa yg nk letak kt blog.. so masih lagi menu majlis buka puasa kat rumah aritu.. last2 minit goreng cekodok nih sbb rasa mcm sikit pulak pilihan kuih tu... huhu...  resepi cekodok pisang yg palingggggg tun suka.. tp nk mintak maap sbb gambar yg ada gigit nih gambar lama.. yg atas sana gmbr baru. ye laa, amik gmbr sblm buka puasa mana blh gigit2 kan.. tp nk tunjuk jugak kegebuan dia tu.. 


ok lah.. resepi cnp je.. nk berusaha buat keje sekolah nih.. doakan tun berjaya siapkan semua sblm blk cuti raya ye :D

Cekodok Pisang Kembong
Resepi: Kak Besah@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1 cawan gula pasir @ gula castor - tun kurangkan
  • 1 penutup sodabikarbonat (1 sudu makan)  - utk separuh adunan, tun letak 1 sk
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung - tun guna susu sejat
  • 1/2 sudu kecik garam

Cara2:
  • dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula dan garam.gaul biar gula larut.
  • ayak soda bicarbonate dan baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.
  • pastu masukkan susu dan tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik.
  • panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. 
  • goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak.bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat.



Sunday, July 28, 2013

18 Ramadhan 1434H: Agar-agar Lapis Oreo


Assalamualaikumm~~~ :)

Alhamdulillah, baru balik dr tarawikh malam ke 20 Ramadhan. dah masuk 10 malam terakhir, semoga kita semua diberikan hidayah utk berlumba2 menghidupkan malam2 terakhir ramadhan kali ini.

hari ni streamyx kt rumah sgt2 slow.. dr tengahari cuba update blog, tp gambar xloading. sblm ke surau td attach pic ni, alhamdulillah, blk2 tgk akhirnya, ter-attach juga gambarnya. Agar2 lapis oreo yg mmg tgh hot skrg gara2 datuk CT yg mencuba resepi ni. ni salah satu menu iftar jamaie tun semalam. ajak students yg baik2 yg selalu dtg bertadarus kt uni berbuka puasa kat rumah. lepas extra class smlm terus sinsing lengan masuk dapur masak apa2 yg sempat. Alhamdulillah dipermudahkan, walaupun dlm keadaan kelam kabut. huhu.. ko 530 dh keluar rumah nk angkut bdk2 tu dr hostel, nasib baik ada kawan tun yg baik hati tolong jd driver juga. ye la, mana muat kalau guna kereta tun sorang kan.



tak rugi cuba resepi ni. mmg mendapat sambutan. my laling suruh buat lg sbb dia cuma sempat merasa sepotong je (yg tun dh asing awal2 utk dia).  kt rumah ni x pakai milo (kami cuba utk memboikot company yg support israel mana2 yg termampu, insyAllah),  jd tun ganti dgn Oligo. sedap!

Agar-Agar Lapis Oreo
Resepi : Along - HomeKreation
Sumber : Kak Ayu . kak Mas,  tun telani

Bahan :

  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder -  tun guna serbuk agar-agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo - tun guna Oligo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

Cara :
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  • Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  • Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  • Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  • Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Friday, July 26, 2013

16 Ramadhan 1434H: Apam Mentega.. senang dan x jemu dimakan


Assalamualaikumm... :)

Salam nuzul al-Qur'an... arini ada yg bercuti ye.. Sarawak x ambil cuti pun, 1st ramadhan pun x cuti. maybe sbb nk cover cuti hari Gawai 2 hari jd xleh cuti dh time ramadhan.. nuzul al-Qur'an ni, yg tun baca lah.. walaupun Malaysia sambut 17 Ramadhan, tp ada few pendapat tentang tarikh yg sebenar ye.. ramai juga yg berpendapat penurunan al-Qur'an ini adalah pada 24 ramadhan. Wallahua'lam, semua itu dibawah pengetahuan Allah. yg penting, sama2 kita berusaha mengikuti manual hidup yg agung ini. kalau sekecil2 benda yg kita guna pun ada manual, manual kehidupan manusia adalah al-Qur'an :)


tak berapa gelap pulak warna dia.. sekejap sgt masak gula

ok la.. kuih simple2 yg dh byk kali tun buat. tun suka mkn apam mentega nih.. dan suka buat sbb satu adunan dapat banyakkk.. siyes! kalau tun buat half adunan, dpt lebih 40bijik kuih dlm acuan lompang. hihi... sesuai la utk org2 yg busy tahap semput mcm tun nih.. hihi.. puasa2 ni makin bizi pulak.. apam mentega ni tun buat utk bawa ke uni semalam.. ada tadarus dgn students kt uni masa lunch hour. jd packing2 apam mentega ni utk diagihkan kt budak2 tu.

Apam Mentega
Resepi: Kak Sofea@after6am, kakfiza@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan

(A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega

(B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  • Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  • Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  • Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  • Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  • Perap selama 1/2 jam.
  • Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  • Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

Tuesday, July 23, 2013

13 Ramadhan 1434H: Bubur Som Som Pandan


Assalamualaikummm :)

Dah nearly separuh ramadhan berlalu kan.. setakat ni masih belum jejak lagi kaki ke bazar ramadhan.. kdg2 terasa malas jiga nk masak sbb penat blk uni, tp sbb malas nk berpusing ke bandar dan mengharungi traffic jam mereka yg beramai2 ke bazar tu kan, jd masuk jugak dapur walaupun masak cincai2 je.


bubur som som ni wat utk berbuka semalam.. seumur hidup x penah makan dan x penah jumpa pon kuih nih.. tp sbb a good friend of mine kat sini duk sebut2 ckp nk makan kan, so tun pun godek2 lah.. senang je rupa2nya kuih ni.. rasa dia mcm lapisan atas kuih tepung pelita tp versi pejal sket.. hihi... lemak dan sedap makan sejuk2 ngan air gula.. tp masa terawikh smlm kwn tun ckp biasa dia lembut sket.. hahhaha.. mana laa tun tau.. :p  tgk mcm org buat dlm acuan mcm2 kan, kalau lembik xkan blh set dlm acuan. tun masak agak lama, rasa2nya kalau nk yg lembik2 sket masak kejap je samp letup2 tu terus tutup api la kot.

Bubur Som Som Pandan
Resepi: kak fida@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan:
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)
SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  • Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  • Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  • Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan. 
  • Sajikan bersama sirap gula melaka.