Assalamualaikumm~~ ^^
arini saya jadi budak baik. dari pagi ngadap kerja sekolah.. dh submit 1 correction utk di semak, pasni nk ngadap second journal. semoga Allah permudahkan lagi =)
sementara ada semangat nk menulis ni, baik focus kan.. so n3 cepat2 je ye.. nasi ayam penyet ni my laling yg nk makan. jd, walaupun x cukup bahan, buat jugak laa.. tgk la sayur tu, patutnya ada mcm2 ulam kan, ni pucuk paku je yg ada. hihi.. sambal pun x cukup lada besar. tp alhamdulillah, sedap sangat.. tq kak ijan for the recipe. muaaakkksss!!
ps: tun buat 1/4 ekor ayam, tp bahan2 rempah2 tun guna separuh.
Nasi Ayam Penyet
Sumber: kak ijan@ myr
Bahan-bahan ( 6 orang )
Untuk Ayam
- 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
- ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
- 1 sudu besar Serbuk Kunyit
- ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
- 3 ulas Bawang Putih
- 1cm Halia
- Sedikit Air
- 1 sudu kecil Garam
- Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
- Sedikit minyak masak
- 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji Cili padi
- 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji Bawang putih, hiris
- 5 biji Tomato, potong 4
- 5 cm Belacan
- 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
- 3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
- 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
- 3 ulas bawang putih
- satu btg kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- sedikit butter
- garam
- kiub pati ayam/daging
- 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
tun gun beras perang |
Untuk ayam
· Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
· Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
· (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
· Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
· Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
· Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
· Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
· Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
· Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
· Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
· Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
· Masukkan gula merah dan gaul rata.
· Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
· Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
· Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Nasi
· Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
· Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
· Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
· Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
Tun, dah masak ker tun.Awalnya.. Akak tumpang makan kat sini jer lah .Nak sambal lebih eh.
ReplyDeletesedap nasi ayam ni kan TUn...k'ida pernah buat sekali, sbb susah nk dptkan tempe la kt sini.....tumpang lunch la kt sini bole
ReplyDeleteSalam Tun,dah lama kak ros berangan nak buat nasi ayam penyet.belum sampai seru..asyik gi makan kat kedai je..Ni buat semangat makin naik ni
ReplyDeletetun kita dgn oppa yg tengah nyenyak tido ni dtg nak numpang makan...kekkeke...
ReplyDeletekita tak pernah buat lagi la nasi penyet ni...tak tau bila nak buat..resepi dah berkurun salin..kkakaka
tak konfiden lagi nak buat sendiri...sebab takot takdok orang nak makan! hihih...
ReplyDeleteDah lama k.yana xpenyet ayam hihii..last bt nasi ayam ni bln pose ari tu..suka dgn sambalnya..xmkn nasi pun xpe..mkn ayam dgn sambal pun jd lah :=)
ReplyDeleteayam penyek ni sedap first time saya makan kat pandan indah terus jatuh hati..maybe sbb tempenya kot..hehe
ReplyDeletewallaweiii...dapnyer tun!! akak nk oder 2 pinggan leh x?? sambal belacan bg lebih ek..hehe!!
ReplyDeleteMorning Tun,
ReplyDeleteayam penyet 1 pinggan...my fav tu..sambal lebih2...biar berasap tinga pagi2 nie...hehe.
sukenye nasi ayam penyet. lepas akak buat nasia yam penyet pada suatu hari ritu dan kena kritik habis habiasan dimeja makan oleh seorg pengkritik propesional g rasa2nya naak je akak sumbat ngan sambal ayam tu ke mulut nyer, terus akak mengundurkan diri untuk membuat nasi ayam penyet. hahaha..kalau trasa nak makan gi je dapur penyet. sungguh fobia dah nak buat... sob sob
ReplyDeleteBaru sempat singgah Tun...sedapnya...penah mkn tapi kedai punya...teringin nak buat tapi ntah bila sampai serunya...:D
ReplyDeletesalam tun...sihat ka tun..
ReplyDeleteakak tak pernah wt nasi ayam penyet nih..beshnyee tentu sedap kan
Sama-sama Tun. Kak Ijan pun dah lama tak buat ni... sambal dia paling best hehe :)
ReplyDelete