Friday, November 1, 2013

Baked Dory with Fries Topping



Assalamualaikummm :D

Salam jumaat ^^  arini gi uni half day je.. kih kih... penat otak sepagi meeting, ptg dh malas nk buat lab work. Pg td sebelum masuk meeting, marathon prepare extraction, perlu run 72 hours, so pagi isnin nih boleh proceed evaporation pulak. problem skrg bakteria yg nk guna blom dapat, doa2 moga ada la yg berbaik hati reply request kami minta sample. yg order dr company lambat sgt delivery dia.

ok laa.. antara menu yg sangat simple yg tun bjaya buat. time xde idea nk masak just godek2 pakcik gugel, mcm2 idea dapat. resepi simple dah, tp olah supaya makin simple. bukan malas ye, kita panggil tu satu inovasi.. hihi... :p


Baked Dory with Fries Topping
Adaptasi dr:  TryMasak
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 keping fillet ikan dory
  • 1 cawan fries
  • Sedikit minyak zaitun
  • Sedikit garam dan lada hitam
  • 1/2 bj limau nipis- ambil jus

Cara2:
  • Basuh ikan dori dan lap hingga kering.
  • Gaulkan ikan dengan sedikit minyak zaitun, jus limau nipis, garam, dan lada hitam. Letakkan atas dulang pembakar.
  • Cincang fries ke saiz yg agak kecil, dan letakkan atas ikan dori tadi, dan tuang sedikit minyak zaitun di atasnya.
  • Bakar pada suhu 250 C selama 20 minit atau hingga ikan masak. Kemudian, tukar pada api atas/ grill hingga kentang tadi kuning keemasan. 
  • Hidangkan bersama coleslaw.

6 comments:

  1. woww..sempoi tp sedap nih..leh try!!

    ReplyDelete
  2. Menarik ni Tun.Kalau beli ikan dori selalu jem xtau nk masak apa selain fish n chips

    ReplyDelete
  3. waduhhh tcerr, sedappppp!!! Sara jeles la tgk tcer boleh update selalu. haha

    ReplyDelete
  4. Salm syg tun.
    Wahh simple cmne akk mmg suka..kkdg x tau nk msk apa ..x mkn perut lpar.

    ReplyDelete
  5. sedap...nampak macam rangup...boleh cuba resipi ni..

    ReplyDelete

Ur comments r much appreciated ^o^