Friday, September 27, 2013

Sambal Ayam Daun Selasih


Assalamualaikummmm :)

breakfast apa hari ni? my laling ada kerja kt semenanjung for a few days, esok baru balik, jd bila xde org kat umah, nk masak pon malas. huhu.... 

Arini tayang lauk yg masak 2 hari lepas dh. xpe, gambar x basi kan. tun x biasa mkn daun selasih ni, rasa dia sedikit pedas ala2 ulam raja kot. anak pokok Mel kasi few months ago, tanam dlm pasu kt balkoni je. Pokok ni kene cahaya matahari yg cukup sbb last time masa cuti raya 2minggu, alihkan ke depan pintu, minta tolong makcik cleaner siramkan. sbb xdpt sunlight yg cukup, nyaris mati pokok tu. dh hbs semua daun gugur. bila tun blk, ingatkan pokok tu dah mati, tp tun letakkan juga kat balkoni. tgk2 elok dia hidup.. kagum betol..
Pokok Selasih di balkoni rumah
tun x biasa msk selasih.. gugel resepi tgk biasa org masak daging masak kaprau or ayam masak kaprau kan.. tp sbb x cukup bahan, tun buat sambal je.. campur ngan daun selasih, rasa dia sedap jugak rupa2nya :) at least xde la terbazir je daun ni kan.


Bahan agak2 je, sbb biasa main campak2 je kan.. huhu

Sambal Ayam Daun Selasih
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 kg ayam - gaul garam kunyit n goreng garing
  • 1 bj bawang besar- tumbuk
  • 3 ulas bwg putih- tumbuk
  • Sedikit belacan- tumbuk
  • 5-6 sb cili giling
  • 2 sb kicap manis - agak2 je ni
  • 1 btg serai- ketuk
  • 1/2 cawan daun selasih - cuci bersih
  • Garam
  • Sedikit Gula
  • Sedikit air
Cara2:
  • Tumis bawang, bawang putih, belacan dan serai hingga naik bau, masukkan cili giling dan goreng sampai pecah minyak. Masukkan gula dan tumis lagi (tun masukkan gula supaya jd warna merah yg cantik)
  • Masukkan kicap dan dan sedikit air.
  • Masukkan ayam dan daun selasih. Gaul rata dan perasakan garam. 
  • Siap! 

6 comments:

  1. boleh la cuba, daun selasih tengah banyak. mmg lasak pokok selasih ni. kat middle east pun boleh hidup.

    ReplyDelete
  2. nak cuba tapi pokok selasih yang merimbun hari tu dah mati.Panas sangat.kena cari anak pokok lagi ni.

    ReplyDelete
  3. Tun, segar bugar daun selasih tu... sedap yer campur dalam masakn...? K.gee biasa buat air sirap selasih jer.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Tak pernah pulak akak makan daun selasih Tun... sedap ye Tun :)

    ReplyDelete
  5. macam best je ni kak tun..t bleh try

    ReplyDelete
  6. harum aroma selasih, saya suka bubuh selai dua dalam sup

    ReplyDelete

Ur comments r much appreciated ^o^