Monday, July 18, 2011

Lalapan Ayam


Assalamualaikum..

ekceli kekurangan mood nk menaip.. huhu.. biasa laa, kene tinggal kan.. tp kalau xtgk blog, terasa lg sunyi.. uhuk uhuk.. pagi ni sgt terasa sgt sunyi sepi.. kt blok me mmg total empty, kt blok sblh ada 2 pegawai yg bila2 masa akak ke KK. so, pintu me kunci, tambah pulak dgn 2 rantai kunci.. hoho.. alhamdulillah, malam ada kawan2 yg dtg teman tido kt umah ni.. (me telah memaksa rela dieorg.. huhu... nway, thank you very much, altho here is quite far from their work place..)..

nway, me menayang nasi lalapan, my laling's favourite. pegi miri last week, 3 mlm berturut2 dia mkn nasi lalapan. haha.. kuatnyer penangan nasi lalapan miri. mmg pure nasi lalapan cuma jumpa kt sana. kalau kt semenanjung, org panggil nasi ayam penyet. beza nasi lalapan dan nasi ayam penyet is cara serving yg berbeza. kalau nasi ayam penyet, mkn ngan nasi ala2 nasi ayam, nasi lalapan mkn ngan nasi putih. then, lalapan di ambil dr 8 item yg perlu ada masa serve.. ni gmbr nasi lalapan kt restoran muara, miri.


nasi lalapan di serve dgn 1 lauk (ni ayam), 4 jenis sayur (pucuk ubi, kacang panjang dan kubis yg dicelur, timun), 1 tempe goreng, 1 tauhu goreng, dan 1 serving sambal belacan. yg me nyer ni, me mintak tukar kobis dgn extra tauhu goreng =). pastu mkn ngan nasi putih dan 1 mangkuk sup. bahan perap ayam dia sama dgn bahan perap ayam nasi ayam penyet =)

Lalapan Ayam
olahan dr: nasi ayam penyet, kak ijan@myr


utk ayam

bahan2:
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Cara2
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Utk sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 5 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 5 biji Cili padi
  • 5 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 3 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Limau nipis
Cara2
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. Perahkan asam limau jika suka.
Utk sup

  • panaskan air rebusan ayam bersama bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih. perasakan garam.
  • tabur daun sup dan bawang goreng sblm hidang.

Sayur2 utk dicelur (ikut suka):
  • Kobis
  • Kacang panjang
  • Pucuk ubi kayu
  • Bendi
  • Timun
Tauhu dan tempe

  • tauhu di potong 3.
  • tempe belah 6.
  • gaul tauhu dan tempe bersama rempah ayam dan sedikit garam kunyit.
  • goreng garing..
nyumm! my laling kata pasni dh xyah pegi kedai ^^


21 comments:

  1. tun....bestnya tengok set lauk tu...
    menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. perghhhh.... bila makan ayam ni je terus nak nyanyi... la la la la la....

    ReplyDelete
  3. 1ST TIME dgr ni tun..lalapan...hihihi
    tq for sharing da recipes

    ReplyDelete
  4. huhuhuh..cian dek tun.. tun, akak pun suke mkn nasi ayam penyet tu ..nasi lalapan ni walo x pnh mkn tp akak dpt imejin rasenya camner....n akak rase akak suker,,tp my lalink is not laik yo lalink dear..ahahahah..die x suke lak ayam tu goreng gituh,..nyampah uhh... kalo masak ni kompom x laku, kite gak kene jadi tong sampah, sumbat selagi mampu.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Sepiii hati ini makin sepiii.. Bilaaa mengenangkan desa permaii.. Eh silap lak. Ikiki.. Sabo ye dikk.. Wooo ilmu baru ni nasi lalapan.. Ooo gitu critenya yeee.. Bru paham. Pernh buat nasi aym pnyet ni. Buat skali je pastu lagi senang mkn kt restoren je rupanya. Hihi

    ReplyDelete
  6. dh dpt imagine dh kesedapan nasi ni...sbb k'ida pernah buat nasi ayam penyet, sambal tu yg sedap.

    ReplyDelete
  7. kak mas: sedap..pastu terasa sihat byk ulam2..

    cheqsue: eh eh... jap2 pasang karoeke. hehe

    kak CB: hihi.. tun duk sarawak pon baru dgr nih..

    ReplyDelete
  8. kak noorsha: wat? yo lalink not laik? ish ish.. xpe2.. tun laik.. yu mek, ai go it ye.. hihi..

    kak izah: uwaaa~~~ ada background lagu sedih pulop.. haha.. mkn kt kedai mmg lg senang. tp kt sini kalau nk sedap, kene gi miri dulu. hehe

    kak ida: ha'ah.. sambal dia mmg sedap

    ReplyDelete
  9. salam Tun..tak pernah makan nasi lalapan ni..bunyinya pun menarik sekali..pasti sedap kan..sambal tu mmg menggoda sekali:)

    ReplyDelete
  10. oh.. inilah nasi lalapan ya?
    boh sayuran pelbagai tu..
    menu sihat,...
    tun..............

    bila nak balik semenanjung? buatkan utk kak ayu....

    PS:sana ada tempe gak ya tuN>

    ReplyDelete
  11. sedapnya nampak set nasi tu tun.tiba2 jadi teringin sekali nak makan..huhu

    Amiiiiiiin atas doa tun untuk adik akak tu ya.Terima kaseh ya tun.semoga dia di kurniakan kesihatan yang baik berpanjangan dan di permudahkan segala urusan.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  12. owh....kat semenanjung nasi ayam penyet, kat sana nasi lalapan, kat sabah nasi lalap!!! patutla...nani ni punye la teringin nk makan nasi ayam penyet...rupa2nya dh pernah makan pon...sedapnya nasi lalap kt kinabatangan ni....tak sampai tgh hari lagi dah habis...exclusive betol. sampaikan kalau nk makan, kene book dulu...sambalnya memang perghhhhh!!!

    ReplyDelete
  13. CM: sama rasa mcm nasi ayam penyet ayam n sambal dia tu (padahal xpenah mkn pon nasi ayam penyet. hihi)

    kak ayu: byk tempeh kat sini kak.. mcm johor jugak. hihi

    kak anim: aminn.. iA tun selalu doakan.

    nani: owh.. xde 'an' kt blkg, dh jd lalap yer.. hihi.. pasni xyah nook dh, wat sendiri je..

    ReplyDelete
  14. salam Tun,
    Akak singgah nak makan lalapan, ada lagi tak

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum tun...
    akak terliur tgk set lauk2 tu tau tun... sedapnya... semua ada...

    ReplyDelete
  16. Salam to penulis resepi..

    Just nak confirm jer.. Adakah resepi yang ditulis ni benar-benar Original resepi dari lalapan kat miri tu. Coz kat miri tu memang belambak kedai yang jual nasi lalapan tu, tapi satu jer lalapan yang paling sedap. Yang lain tu, semua rasa dia macam nasi ayam penyek yang tak berapa nak penyek kat KL tu. Saya memang tak pernah mis makan lalapan ni kalau ader trip kat sana. Boleh kata semua kedai yg jual lalapan kat miri tu saya dah cuba tapi yang paling mantop adalah lalapan kat tengah bandar Miri tu.(Berhadapan dgn Kingwood Hotel) Signboard kedai dia memang siap tulis "THE FOUNDER OF LALAPAN".. Satu-satu nyer lalapan yang terbaekkkkk diantara semua kedai yang ada kat miri tu...
    Rasa nak sangat jumpa Tuan punya kedai tu nak jadi francais dia kat KL. Coz I always dream to become the founder of LALAPAN kat KL...

    Email me at :
    kamal_mhi@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha arrr ... mmg sedap lalapan kat ctu... nama kdai tu muara restoran...sambal dia mmg perghhh .... sukar nak di gambarkan ...

      Delete
  17. @Anonymous

    salam. wallahua'lam.. sy pun ikut resepi orang je. citarasa setiap org berbeza. di miri, kami suka makan lalapan muara dekat dengan sungai. cuma la try resepi ni, mana tau kene dengan selera saudara.

    ReplyDelete
  18. i mmg suka nasi lalapan nih, if ke miri menu wajib nih...n i pun layan juga nasi ayam penyek..but the taste is way different...its not the same taste (for me la) :)

    ReplyDelete
  19. Rindunya lalapan kat miri. Nak try respi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhhh ... best nyer .... ada org rindu lalapan kat miri.... ni mesti lalapan kat muara restoran tu .....
      sy org miri ... meh ler dtg miri....

      Delete

Ur comments r much appreciated ^o^