Tuesday, December 23, 2014

Lontong


Assalamualaikummm..

Alhamdulillah berjaya mengapdate lagi.. menu ulang2 je pon.. ni dh n3 ketiga lontong dlm blog nih.. kui kui.. tp kalau xtayang nnti berabuk pulak xde n3. biasa tun mkn lontong masa raya je. dulu masa mula2 jumpa lontong xleh terima rasa dia. biasa laa, org ganu membesar dgn nasi himpit kuah kacang, sekali jumpa nasi himpit kuah sayur lemak mmg jakun.. kih kih.. dh kawin org johor ni, rasa dh terbiasa mkn lontong.


Kali ni lontong versi togel.. hahaha.. kalau kawan2 fb tun sure tahu nape.. mmg kelakar sbb penuh konfoden plan menu lontong utk lunch. dh siap2 bahan, buka peti tgk xde sayur.. jenuh pikir mana sayur sbb mmg ingat dh amik sayur kat kedai. pastu baru teringat tun letak semula sayur tu sbb nk gi pilih sayur yg lagi segar, last2 lupa terus nk amik.. huhu.. so the only sayur dlm lontong ni is kobis.. mujur la ada tauhu ngan tempe. encik laling tun peminat tegar tempe, jd asal ada tempe, laju la dia mkn lontong nih.


Kalau nk mkn lontong nih, bg tun yg plg penting perlu ada sambal. sambal ikan bilis or sambal kacang. kalau xde sambal, tun kuis2 mkn sikit2 je. hehe.. resepi dari CMG, altho kdg2 tun campak2 apa yg ada dlm peti je.

Kuah Lodeh utk Lontong
Resepi: CMG
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 8 tangkai kacang panjang, hiris serong
  • 2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng)
  • 50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
  • 1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
  • 1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis
  • 3 keping tempe, dipotong kiub
  • 1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
  • 1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis- tun potong dadu
  • 1200 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • Air jika perlu
  • 1 cekak soo hoon, kerat pendek
  • 2 batang serai, dititik
  • 1/2 inci lengkuas, diketuk
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 3/4 camca teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan- tun guna udang geragau
  • 1 inch halia - tun tambah
Bahan Sampingan
  • Nasi impit @ ketupat
    Serunding - tak letak
  •  Sambal tumis @ sambal kacang
  • Telur rebus, dibelah dua

Cara2:

  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  • Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....

Wednesday, December 17, 2014

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Padi


Assalamualaikumm :)

Lama betul x mengapdate blog.. mmg xsempat nk mngadap laptop dgn lamanya.. tgh pening dgn Phd yg xtau arah skrg nih.. *sob sob.. padahal dh pernah mngalami masalah grantt masa wat master, tp x amik iktibar jugak masa wat Phd, kan dh jd slow sbb masalah grant jugak.. nway.. semoga Allah permudahkan dan dpt proceed projek dgn jayanya.. aminnn... 


ekceli tgh jeles nih.. mama abah Alhamdulillah dh sampai ke madinah, wat umrah, bawak sekali adik2 yg tgh cuti.. nak ikotttt!!! sob sob... rezeki adik2 yg bongsu dpt ikut mama abah. akak2 ngan abang2 kalau nk pergi kene sponsor diri sendiri.. huhuhu.. plan asal nk pergi tgh tahun aritu, masa tu tun xdpt ikot sbb tgh pegnen kan harith. tp masalah visa, so tunda akhir tahun. doa2 smg blh wat haji masa still muda lagi. dh tua2 nnti susah pulak xlarat nk berjalan.. smg Allah mudahkan utk sempurnakan rukun iman ke 5 nih.. amiinnn... 



nway, menu terperam dlm folder. hahaha... salah satu sayur feveret tun selain terung, bendi, pucuk ubi kayu, dan pucuk midin. sayur lain makan jugak, tp kurang laju la.. sayur nih wat seperiuk pon blh hbs tun mkn sorang.. 

kalau masak lemak ni, ikut suka hati tun je nk masak camner. kdg2 letak bawang, kdg2 x letak. ikut mood. kali ni mmg versi sungguh kurang rajin, bawang pon xletak. kih kih...

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Padi
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 ikat pucuk paku
  • 1 kotak santan (200 ml)
  • 5-6 bj cili padi- ikut kepedasan yg diingini - tumbuk
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai- ketuk
  • Sedikit air
  • Sedikit garam dan kunyit
  • Sedikit ikan bilis atau udang kering (kalau guna udang kering, tumbuk dahulu)

Cara2:
  • Masukkan semua bahan dlm periuk, masak dgn api sederhana hingga mendidih dan pucuk paku lembut.
  • Perasakan garam.

Sunday, December 7, 2014

Bingka Pandan Tanpa Telur + Kunjungan blogger Mel@melinblossom


Assalamualaikummm :)

Tun tgh berbahagia sbb mama dan 2 org adik tun ada kat umah skrg nih ^^ dtg teman harith sbb abi harith outstation 2 minggu. Smp selasa aritu, esok dh nk balik :( kejap je rasanya..


nway.. last sunday menerima kunjungan blogger Mel dr mellinblossom.blogspot  :) antara blogger yg stay kat sarawak, tun plg kerap jumpa dgn mel.. rasa2nya dh lebih 5kali kot jumpa mel.. hihi.. alhamdulillah, tu salah satu perkara yg plg tun suka pasal GMM nih.. kawan2 alam maya rasa sgt rapat, n bila jumpa rasa mcm dh lama kenal ^^


Mel dtg tgk baby harith yg makin bambam slps 3bulan.. gambar tpaksa diblurkan sbb sedikit ter'seksi' di situ.. huhu.. tudung tertarik pulak. tq aunty mel sudi dtg jumpa harith, siap bawak kasut dan baju baru kat harith.. nnti besar sikit harith blh pakai baju n kasut tu ^^


Masa mel msg nk dtg pagi tu, mmg berpusing kepala fikir nk masak apa laa.. mel masih lagi berpantang lps keguguran aritu. alhamdulillah zaman skrg blh gugel je semua, tun gugel kuih tanpa telur, dlm byk2 kuih, ni yg paling senang n cepat. masuk blender semua, then campak dlm oven. sempat2 je masak kuih bila mel n hubby sampai.. panas2 lg kerat kuih nyer.. kih kih..


bakar lama biar byk kerak. alhamdulilah sedap mcm bingka biasa.. xterasa pun adunan ni xde telur.. jimat pon jimat.. nx time blh buat lagi ^^

Bingka Pandan Tanpa Telur
Resepi: kak Fida@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1 cwn gula halus
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 cawan air pandan (atau air + pandan pes)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sb mentega/majerin - cairkan
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau dan kuning (opt)
  • sedikit bijan - untuk tabur
Cara2:
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali bijan dan kacau hingga sebati dan gula larut atau kisar dalam blender dan tapis.
  2. Tuang dalam loyang/acuan bersapu mentega/majerin dan tabur bijan.
  3. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kuih,potong kecil dan hidangkan.