Tuesday, December 23, 2014

Lontong


Assalamualaikummm..

Alhamdulillah berjaya mengapdate lagi.. menu ulang2 je pon.. ni dh n3 ketiga lontong dlm blog nih.. kui kui.. tp kalau xtayang nnti berabuk pulak xde n3. biasa tun mkn lontong masa raya je. dulu masa mula2 jumpa lontong xleh terima rasa dia. biasa laa, org ganu membesar dgn nasi himpit kuah kacang, sekali jumpa nasi himpit kuah sayur lemak mmg jakun.. kih kih.. dh kawin org johor ni, rasa dh terbiasa mkn lontong.


Kali ni lontong versi togel.. hahaha.. kalau kawan2 fb tun sure tahu nape.. mmg kelakar sbb penuh konfoden plan menu lontong utk lunch. dh siap2 bahan, buka peti tgk xde sayur.. jenuh pikir mana sayur sbb mmg ingat dh amik sayur kat kedai. pastu baru teringat tun letak semula sayur tu sbb nk gi pilih sayur yg lagi segar, last2 lupa terus nk amik.. huhu.. so the only sayur dlm lontong ni is kobis.. mujur la ada tauhu ngan tempe. encik laling tun peminat tegar tempe, jd asal ada tempe, laju la dia mkn lontong nih.


Kalau nk mkn lontong nih, bg tun yg plg penting perlu ada sambal. sambal ikan bilis or sambal kacang. kalau xde sambal, tun kuis2 mkn sikit2 je. hehe.. resepi dari CMG, altho kdg2 tun campak2 apa yg ada dlm peti je.

Kuah Lodeh utk Lontong
Resepi: CMG
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 8 tangkai kacang panjang, hiris serong
  • 2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng)
  • 50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
  • 1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
  • 1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis
  • 3 keping tempe, dipotong kiub
  • 1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
  • 1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis- tun potong dadu
  • 1200 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • Air jika perlu
  • 1 cekak soo hoon, kerat pendek
  • 2 batang serai, dititik
  • 1/2 inci lengkuas, diketuk
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 3/4 camca teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan- tun guna udang geragau
  • 1 inch halia - tun tambah
Bahan Sampingan
  • Nasi impit @ ketupat
    Serunding - tak letak
  •  Sambal tumis @ sambal kacang
  • Telur rebus, dibelah dua

Cara2:

  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  • Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... [Reply]

Sedapnyaaaa Tun.. dah lama akak tak pekena lontong ni .. yummmy :)

IeRA said... [Reply]

Salam singgah..

Rajinnya Tun! saya dah lama tak masak ni.. kalau rajin pun time raya je..hihihi

Mel said... [Reply]

kelmarin rendang dengan nasi impit..tengok lontong ni rasa teringin juga..minggu masak guna santan ni...tapi itu yang sedap..hohohooho

Yana Shaiful said... [Reply]

huhuu..pantang btul tgk org bt lontong..trasa mau bt jgk ^__^