Monday, April 1, 2013

Ayam Masak Hitam


Assalamualaikummm :)

bersiaran dr 360 Hotel, Kuching.. will be in Kuching for a week, but most likely akan tukar hotel tomorrow. the room is nice, very pretty, but the front counter receptionist is quite 'unfriendly'. and my laling x suka breakfast dia.. huhu....tun no comment sbb byk2 makanan pun bukan blh mkn semua pun. amik sepinggan dh kenyang.

arini tayang lauk yg ganding dgn Nasi Harissa last week. kali ni berkenan dgn Ayam Masak Hitam yg tun usha kat dapur kak Yana.. malas nk bersusah2, pilih lauk yg senang2 je dan yg confirm semua bahan ada.


AYAM MASAK HITAM
Resepi : Zai95 @ MyResepi
Sumber: kak Yana


BAHAN-BAHAN:- ( 4-5 orang )

  • 5-6 ketul ayam - dibersihkan, digaul garam dan kunyit. Kemudian goreng separuh masak
  • 1 biji bawang besar - separuh dihiris dan separuh lg ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 5 sudu besar cili kisar ~ yana letak 3 sudu besar je
  • 3 sudu besar kicap pekat masin ~ yana letak kicap masin je 1 sudu besar
  • 5 sudu besar kicap pekat manis - agak2 lah klu kurang hitam tambah lagi
  • sedikit gula dan serbuk perasa ~ yana ltk kiub ayam - tun tak letak semua
  • garam ~ yana xletak - tun xletak sbb kicap dh masin
  • minyak utk menumis
  • 1 sudu teh jintan manis - yana guna serbuk
  • 1 sudu teh lada hitam - yana guna serbuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • sedikit air

CARA PENYEDIAAN:-
  • Ayam dibersihkan, digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng separuh masak.
  • Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  • Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang besar yang dihiris, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
  • Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi. Biar agak garing sikit kemudian masukkan cili kisar, jintan manis, lada hitam, kicap masin dan kicap manis. Biar hingga terbit minyak.
  • Kemudian masukkan sedikit air, biar hingga mendidih. Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masak hingga kuah agak pekat dan ayam empuk..siap

16 comments:

  1. mcm masak kicap ye tun resepinya, nanti boleh lah try

    lapar pulak dtg sini time2 lunch ni

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.. bahan2 pun tak susah.. nak cuba.. anak2 suka makan ayam.. :) thankssss

    ReplyDelete
  3. salam tun..
    oooh miss kuching, terutamanya pasar satok hihi hitam2 pon sedap niii :)

    ReplyDelete
  4. Bulan lepas, hubby duk hotel tu gak.Mood unfriendly tu macam sama je. Boleh mengundang rasa'takkan datang' dah ke situ..hihi..

    ReplyDelete
  5. Assalam Tun cayang, apa khabar? Alahaaaiii terima kasih sudi singgah ke dapur suam2 akak tu....apapun ayam hitam mu menggoda jiwa...ni kalau masak kasi rentung okeh x...haha

    ReplyDelete
  6. teruja beul tengok ayam masak hitam ni..

    ReplyDelete
  7. Assalam tun, ayam masak hitam
    nampak sedap..oh lawan dgn nasi harissa ya..pasti sedap tu kan dear..

    ReplyDelete
  8. Wah..wah..ni dh cukup mengiurkan ni..:)

    ReplyDelete
  9. Tunnnn...ada rmah ke tak ni...kamz mai bwa pngan nk mtak laukk laa...rmah kmaz klu lauk2 itam ni memang lakuu...muahh..

    ReplyDelete
  10. amboi kak tun jelesla zila ni...nanti pun nak wat jugak la..mintak dah bis kutt ye...

    ReplyDelete
  11. Macam masak sumur bali je ni. Ingat hari ni nak cuba nasi Harissa tu, kalau takde halangan.

    Tun, bulan Mei nnti akak jln2 Kuching, tolong promote hotel mana yg bagus utk akak.

    ReplyDelete
  12. tu dia....compehem sedap ayan masak hitam...mahu licin cepat ni klu anak2 beranak akak makan..

    ReplyDelete
  13. Ayam masak hitam mcm ni la yg akak suka..tq resepi ;)

    ReplyDelete
  14. assalam, salam ukhuwah dari bunda..

    ReplyDelete
  15. Tun ni klau mkn dgn nasi putih pon sedap jugakkn...nmpk sedap

    ReplyDelete
  16. terima kasih sis utk perkongsian resepi. boleh try masak utk lunch harini ni.. sedap.

    ReplyDelete

Ur comments r much appreciated ^o^