Friday, March 29, 2013

Nasi Harissa


Assalamualaikummm~~~~

lunch ape arini? arini kami cuti, altho i'm such an ignorant that i dont even know what holiday it is.. muahaha... sarawak je ke yg cuti? huhu.. teruk kan? 

sungguh stress sbb selalu amik gmbr x jadi skrg.. jd kelam dan x cantik! ~X(   rasa2nya nasi pun amik gmbr 20 keping, 2 keping ni yg ok sket, tu pun perlu edit terangkan sket.. haihh..tu laa.. malas lg nk belajar n explore kamera, duk guna full auto, mmg ikut nasib la jd cantik ke tak. pastu amik gmbr atas meja study. muahaha... my house is too small to have a mini studio like others.

apa2 pun, asal ada gmbr je.. menu lunch today. ko 2 baru siap masak sbb duk wat ape sepagi tun pun xsure. skrg short term memory loss. risau pulak asyik lupa je.. shud gugel activiti yg perlu dibuat utk menajamkn minda, maybe perlu main sudoku banyak2. huhu...


back to the recipe.. nasi ni nmpk Mel tayang semalam.. terus ter-jakun sbb xpenah dgr. hihi.. pastu terasa mcm nk mencuba sbb senang je pun. bahan2 pun majoriti mmg ada kt dapur.. ketumbar tu sbb tun mmg xpenah beli (xsuka bau daun dia), so bantai letak serbuk ketumbar. hoho... masak 1 cawan beras je, so pandai2 la agak bahan2 dia :)

Nasi Harissa
Sumber: kaknor (resepi Noreen - xde link)
Sumber: Mel, tun telani

Bahan-bahan:
  • 1kg beras basmathi - tun guna faiza herba ponni
  • air ikut padat beras dan lebihkan 100ml 
  • 3 labu bawang besar - dihiris
  • 500g lobak merah/karot - diparut kasar
  • 3 ikat daun ketumbar - ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau
  • 2 jari kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 10biji buah pelaga
  • garam secukup rasa
  • bawang goreng
  • daun ketumbar
  • minyak atau mentega untuk menumis
Bahan2 kisar:
  • 1 sudu kecil jintan halus - tun guna jintan putih+ jintan manis
  • 3cm halia
  • 10 ulas bawang putih1sk serbuk ketumbar- tun tambah sbb xde daun ketumbar

Cara:
1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian gaulkan dengan lobak merah dan tos hingga kering
2. Panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Kacau sehingga naik bau  - tun tumis sekali dgn bahan kisar
4. Masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi. Tumis sehingga garing
5. Masukkan air dan garam secukup rasa
6. Apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak.Boleh juga dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa. 

7. Setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng. Tutup periuk rapat-rapat. Setelah beberapa minit, kacau dan biarkan masak sepenuhnya. Hidangkan dengan lauk-pauk yang lain


8 comments:

Zaliedana said... [Reply]

Nasi harrisa nih dlu prnh nmpk juga kak ummi ke kak ayu tah yg msk..Ermm kak ct pon dah lupa,makin tua dah nih tun,camnih la kan,hihi..Kak ct lak suka daun ketumbar,klo wat msakan thai cam tomyam ke kerabu sotong,mesti letak adun nih..Mmg wajib de lam esbok juga nih..beras herbaponi hb kak ct xsuka,prnh beli sekali jerk,tapi dia kta mkn nasi xpuas,mak kak ct mmg gna beras nih,klo kmi blk kg,mmg dia xmsk ler guna beras nih,sbb mnantu ksayangn xsuka,heheh..

Sheila Shafeareen said... [Reply]

Assalaualaikum Tun menarik ni resepi pun mudah aje tu tingal beli keret...behasit nasi,pasti harum dgn bau kentumbar dan jintan....rasnye mcm nak cuba juga ni

Hafizah Mohamad said... [Reply]

nampak sedapla tun nasi harissa ni...tapi sayang...anak2 kak fiza kalau buat nasik pelik2 ni kureng sikit nak jamahnya...kalau pg umah kenduri asyik tanya nasi putih x de ke...hadoi la...ha ha ha...

bykkan makan kismis... badam...kacang2...buah tin...sbb kak fiza baca satu blog tu...dia bg anak2 dia makan bahan2 ni lah...nak bg anak2 tajam daya ingatan unuk menghafaz...kalau tun tgk MHI pg tadi ada...seronok sgt bila anak2 boleh menghafaz ni...cubalah tun...InsyaAllah...atas izin Allah juga...kita berusaha Allah yg nak beri...yer x...selamat mencuba...(^^,)

Mel said... [Reply]

Mel tu tak tahu cuti ape..Tetiba pagi2 hubby dengan selamba cakap 'Hari ni cuti'..Bila tanya cuti untuk apa, dia pun tak tahu..hihi

Orang yang menuntut ilmu banyak cabaran. Beli kurma, kismis and buah tin banyak2 dari Segamat tu..^^

Chah said... [Reply]

Errr kenal tak ai??? Alaaa...aiii yang ala2 karam di lautan sepi ni......errr nk kaber line ni....aipun x penah dengar nasi harissa nih....tp ai dengar2 ada org tu ter ayu jer posing dlm aroma....heeee srlamat berkenalan tun.....tp yg ralatnya masa tu datin nk kejar masa nk naek lrt ( hukk atin naik lrt????) selak2 kt kedai magazine tp x terlintas pulok nk membelinya.... Agak2 kategori taik idung masin x ai ni??? Nk kena gi beli semula lah....

Gee® said... [Reply]

Tun... kalau tak silap ada kuar dlm Aroma April? hehehe...tahniah!!

Rohah said... [Reply]

first time juge dengar nama nasi ni..aromanya mesti terangkat ni sbb ada daun ketumbar..

zana fahmi said... [Reply]

Kakpb ambil gmbr atas frezer je, ko ado? haha..peduli apa tak cantik pun asalkan bukti kita yg masak..hehe.

Nanti nak cuba juga la, mcm nasi beriyani je nmpknya. Makan dgn apa yg sedap tu Tun?
Tun punya link dah ada sama2 dgn geng masak la. Kakpb letak geng masak kat muka depan blog. Senang nak terjah.