Sunday, May 3, 2020

Menu Buka Puasa: Kuih Seri Muka

Assalamualaikum..

Dah 10 Ramadan baru nk ucap selamat berpuasa 😅

Ramadan yang sayu tahun ni, sebab gi surau takleh, berbuka umah mak takleh, nak buat majlis buka puasa pun takleh.

New normal, semua terawikh kat rumah je.
The whole family, but scattered around at different locations. Semoga ada rezeki nak berterawikh sama-sama tahun ni.

First week, Harith Hasha completed 8 rakaat terawikh, walaupon mulut bising komplen kenapa kne solat banyak and opkos abinya terpaksa baca surah pendek semua, awang ni bila solat suara dia lagi kuat baca surah dari imam. Dah habis 8 rakaat, baru gi sambung solat sikit lagi sbb nk baca surah panjang, amik feel terawikh. huhu..

Sehari dua ni, Hasha dah pandai ngelat, ngantuk laa, peel solat banyak. haha.. takde paksa pun, tapi sape solat dapat upah coklat. kih kih..




 Pembuka tirai Iftar tahun 2020, Kuih yang muncul setahun sekali kat blog Tun.. haha...

Kuih Seri Muka. Resepi yang sama Tun ulang setiap Ramadan. InsyaAllah, elok sokmo kejadian dia.


Kuih SeriMuka
Resepi: NanaSham
sumber: tun telani

Bahan-bahan

Bahan lapisan bawah:-

  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair - tun guna santan kotak, campur dgn air 1/4 bahagian
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur- utk separuh adunan, tun guna 2 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste) - tun guna pandan paste

Cara-cara

Untuk lapisan bawah:-
  • Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  •  Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min. - tun rendam 2 jam
  • Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  • Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  • Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  • Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi.
  • Siap untuk dilapis dgn lapisan atas. - tun lapik loyang dgn plastik supaya senang nk keluarkan

Untuk lapisan atas:-
  • Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  • Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam
  • Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  • Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji.
  • Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!! - tun blendkan je semua bahan..
  • Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas.
  • Kukus la selama 45min atau 1jam....


PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

2 comments:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^cc
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.biz...^_~3:23 PM 15-Sep-20
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Ur comments r much appreciated ^o^