Sunday, May 3, 2020

Menu Buka Puasa: Kuih Tepung Pelita




Assalamulaikumm..

Menu 3 Ramadan, baru nak upload. hihi... Paling senang nak buat kuih ni. InsyaAllah resepi menjadi, dah guna dari tahun 2012 lagi resepi yang sama.

Kalau buat tak jadi tu, bukan salah resepi. hihi.... (sbb tun pernah buat sekali tak jadi, masa tu masak banyak sbb ada majlis kt rumah. haha.. jadi cair tak keras2)




Excited ada daun pandan, biasa letak dalam bekas biasa je, kali ni kita merajinkan diri buat bekas tepung pelita. Tapi daun halus-halus, halus berongga kat tengah, jd letak daun pisang. Daun semua ngkut yang rumah mama.

KUIH TEPUNG PELITA
resepi: kak Yani @myR
sumber: kak izah, tun telani

Bahan-bahan ( tun dpt lbh kurang 20 bekas kecil)

Lapisan bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air - tun guna 1sk pandan paste
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Lapisan Atas

  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 2 sb tepung ubi
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan - tun guna 1cwn santan kotak + 3 cwn air
  • 1 sk garam

Bahan tambahan

Gula utk diletak ditgh2 lapisan - tun letak 1/4 sudu kecik gula
Cara-cara

Lapisan bawah

  • Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  • Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat. tun masak smp dia letup2 dlm kuali
  • Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  • Taburkan gula atas lapisan jika suka 

Lapisan atas
  • Perah santan, masukkan tepung dan garam. Kacau sehingga sebati.
  • Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat. yg ni pun tun masak smp letup2 dlm kuali
  • Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  • Sejukkan

4 comments:

  1. Rajinnya Tun buat tepung pelita...puas makan ni.

    ReplyDelete
  2. sana sini org buat tepung pelita:) saya belum sempat lagi membuatnya.Teringin juga buat untuk dessert buka puasa..inshaAllah.

    ReplyDelete
  3. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^cc
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.biz...^_~3:23 PM 15-Sep-20
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Ur comments r much appreciated ^o^