Saturday, July 30, 2011

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan..

sumber wallpaper: isma new zealand

Assalamualaikum wbt =)


few days menggantung periuk. alhamdulillah, duduk di kampung mmg sgt best! pergi ke kebun, mandi sungai, n mkn durian dgn byknyer.. sekali sekala blk kg, mmg laa xkan masuk dapur.. masuk dapur utk makan je, sbb mama masak lg best.. hihi =)

hmm.. esok hari last dlm bulan Syaaban insyaAllah.. me doakan semoga tarbiyah Ramadhan kali ini dihayati dgn lebih baik insyaAllah.. selamat menunaikan ibadah puasa, dan selamat berlumba2 mengerjakan kebaikan.. me mengambil kesempatan ini utk share satu artikle dr blog favourite me, article ni bertarikh 2thn lepas, tp ilmu yg baik x lekang di zaman kan ;)

Selamat Datang Ramadhan
sumber: Ust Halim @ inijalanku

Ramadan kini tiba. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan diri. Dihujung Syaaban, Rasulullah saw berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang Ramadan. Di sini saya mengambil kesempatan mengingatkan diri saya dan kita sekelian berkenaan Ramadan dan persiapan untuk memasukkinya.

Kita memasuki bulan berkat dimana pahala dilipatkali gandakan bagi mereka yang mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dengan ini hamba-hambaNya semakin bertaqarrub kepadaNya dan lebih berpeluang memasuki Syurga yang disediakan Allah swt. Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. sabda Rasulullah saw bermaksud, “Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu-pintu Syurga(hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan, minum, hubungan suami isteri, menjaga lidah, pemandangan dan hati hanya semata-mata kerana Allah. Oleh itu Allah sendiri yang akan membalasnya. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Didalam Ramadan, kita melipatgandakan ibadah solat kita, dan lebih membiasakan diri kita mendampingi surau, masjid dan para jemaah didalamnya yang beriman. Sabda Rasulullah saw berkenaan Ramadan bermaksud, ‘Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).


google image

Ramadan mengajar kita erti persaudaraan dan kesatuan umat Islam. Dari Ibnu Syahab, dari Urwah bin Az-Zubair, dari Abdul Rahman bin Abdul Al-Qari’ berkata: Aku keluar bersama Umar Al-Khattab ra pada suatu malam Ramadan ke masjid dan mendapati orang ramai bersolat sendiri-sendiri dan berselerakan. Ada yang bersolat sendirian. Ada yang bersolat diikuti beberapa orang. Umar ra berkata bermaksud, “Aku lihat jika dikumpulkan mereka dibawah seorang imam, itu adalah lebih baik”. Kemudian beliau melaksanakannya dan mengumpulkan orang ramai (bersolat) diimami oleh Ubay bin Kaab ra. Pada suatu malam yang berikutnya, aku pergi bersamanya ke masjid dan melihat orang ramai bersolat di belakang seorang imam mereka. Umar ra berkata, “Alangkah baiknya bid’ah ini“… (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Mukmin dan mukminah sentiasa mengejar peluang yang disediakan Allah swt untuk hamba-hambaNya. Ini termasuklah ganjaran berlipatkali ganda Malam Lailatul Qadar dimana ia lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari). Dalam riwayat Al-Bukhari yang lain bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan”.

Ramadan adalah bulan Iktikaf, iaitu berada di masjid untuk memberi tumpuan sepenuhnya beribadah khusus kepada Allah swt. Iktikaf membersihkan hati dan akhlak kita, kerana kita berdamping dengan rumah Allah swt dan dapat tenang memuhasabah dan menilai diri kita yang sering alpa dan tergoda. Dari Urwah bin Az-Zubair ra dari Aisyah ra berkata bermaksud, “Sesungguhnya Nabi saw beriktikaf pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan sehingga Baginda saw diwafatkan Allah. Selepas kewafatannya, isteri-isterinya pula beriktikaf” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).


sumber: ismadhl

Ramadan adalah bulan Jihad dan Kemenangan. Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul.

Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah). Ameen.

Ustaz Halim


~~ Apabila tiba Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dirantai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) ~~

Monday, July 25, 2011

Langkah Demi Langkah: Sosej Blossom Bun


Assalamualaikumm..

n3 khas utk kwn2 me yg tanya camner nk wat sosej blossom bun nih.. so akak2 or adik yg dh pandai wat tu, berpura2 laa yg anda baru belajar nih.. kui kui.. blh guna mana2 resepi roti putih. utk resepi roti mayonis yg me guna utk wat ni last time, boleh lihat sini ye.. me malas betol nk cnp resepi lg.

Doh roti yg terhasil dibahagi2 kepada beberapa bahagian. utk resepi yg guna 300g tepung roti, me bahagi 8 atau 9.

amik satu bahagian, leperkan dan letak sosej yg telah direbus di tengah2.

gulung2

ni dah dibungkus. sosej dlm tu..

kerat 7 atau 8 bahagian. pastikan sosej terputus, tp doh roti tu jgn putus tau..


nk senang, letak dlm dulang pembakar dulu, baru buka sosej tu.. nk explain pun xreti..

yg paling hujung tu letak kt tengah2, pastu baru kemaskan.


biarkan naik 2 kali ganda, baru paipkan sos cili dan mayonis kt atas. blh juga letak cheese kalau nk lagi sedap =)

Saturday, July 23, 2011

Roti Coklat Chip


Assalamualaikumm~~~

waahh.. arini sgt bekerja keras ^^ penat2.. sepanjang pagi memasak2.. ptg ni kn tetamu nk sampai, pastu isnin me nk balik kampung. nnti laling me ni akan duk sorg2 2-3hari b4 dia gi kuching sbb me stay kt kg smp dia blk dr kuching. so me marathon masak lauk utk 2-3hari pastu frozen kan. semalam dh frozenkan karipap dan nugget. so cukup laa utk my laling nk makan. hihi..

ptg td angkut sorg kawan me dtg umah.. hihi.. thank you dear sudi dipaksa dtg. kui kui.. sementara gi pikap dia, stat menguli roti (owh.. sy cintakan BM ini ^^ ). me wat roti coklat utk mkn mlm2 =) resepi mcm biasa, cilok kat umah ratu roti, cik ros jintanmanis.


Gebus..


Bun Coklat Chip

Sumber: Ros JM

250 gram tepung roti
2 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu kecil yis
170ml cecair ( 70ml susu segar 100 ml air suam)
1 1/2 sudu besar marjerin @ butter
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar coklat chip
1 sudu kecil bread improver ( boleh ganti dengan water roux)
1 sudu besar susu tepung

Cara-cara

1. Kalau ade BM tu boleh masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik.

2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic w
rap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 9 bahagian bulat kecil dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit hingga 1 jam dan gilss permukaan bun dengan sedikit susu segar dan beberapa titik madu, kemudian tabur permukaan bun dengan sedikit gula . Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

4. Sejukkan di atas redai, dan simpan di dalam plastic bersih dan di dalam bekas kedap udara bagi mengekalkan kelembutanya. Selamat Mencuba.

wat dlm mapin cup jugak!

Friday, July 22, 2011

Nugget Ayam Taufu


Assalamualaikum~

Lambat mengapdate arini.. arini saya sgt berdikari. esok ada tetamu nk dtg, so arini pergi bandar sorg2 beli barang dapur. dah lebih 3 bulan duk kat bintulu, me still x familiar dgn jalan kt sini, n biasanyer me ada driver (my laling laa tu), so x amik kisah sgt pasal jalan. td beli sayur2 kt supermarket (me lg suka beli sayur kt supermarket sbb ada tanda harga), then gi pasar ikan. tp me xtau jalan ke pasar ikan dr bandar. haha.. last2 tepon gak my laling tanya direction..

balik dr pasar, siang2 ikan dulu.. pastu wat stok frozen nugget dan frozen karipap. berjaya laa jugak memenuhkan fridge. pastukan, dh nk maghrib baru me gi buang sampah. bukak je pintu tgk gelap lampu kt luar x pasang. bila turun buang sampah baru me perasan sgt sunyi sepi... uhuk uhuk... uwaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!! org2 yg dtg kursus kt sini semua dah balikkk!! xde org dah.. uu uuu.. umah me satu2nyer umah yg menyala lampu.. *nangis...xpe2.. berani! berani!! (sambil kunci semua pintu dan tingkap..).. petang esok ada tetamu nk dtg 2 hari, so me beli tiket blk kg hari isnin.. doakan me sorang2 yg dikelilingi hutan nii ye.. (wat muka sedih... )

ok laa.. me nk tido awal mln ni, lg lama berjaga, lg lama me takut.. huhu.. me share resepi nugget ayam frozen ni ye.. ada byk je resepi yg ok, tp me nak habiskn stok tauhu yg tinggal seketul, me wat resepi kak ros nih.. kak ros kata, dia tengok dlm rancangan masakan jepun.. tq ye..



Nugget Ayam Taufu
Resepi: Kak Ros JM

Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)

  • 4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
  • 2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs
  • 1/2 biji telur
  • 150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu - guna tauhu biasa yg 4segi tu. kalau x suka, xletak pun xpe
  • sedikit garam
  • lada sulah
  • 2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah) - tun tak letak
  • *Untuk Coating*
  • 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
  • 3 cawan breadcrumbs

Cara-Caranya

1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.

2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.

3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.

4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.



ni siap utk frozen

Thursday, July 21, 2011

Cinnamon Roll

sila abaikan ke'hangus'an yg berlaku ;p

Assalamualaikum..

pagi td tgh happy2 menghitung waktu kepulangan my laling esok, tiba2 dpt phone call.. my laling ckp pengarah suruh stay kt semenanjung till next week... (uwaaaaaaa~~~~~~~~~~~~~~~~~~ me siap nk guling2 rasanyer.. uhuk uhuk uhuk.. ). minggu ni ok lagi sbb ada org tumpang bangunan ni utk penginapan urusetia kursus, dr hari selasa till jumaat, stat friday, mmg me sorang2 laa kat sini. the only people yg me jumpa setakat ni ialah makcik tukang sapu (me nmpk kot tingkap), dan jugak pakcik2 jaga yg lalu depan umah selang beberapa jam. bincang2, last2 decide utk me balik semenanjung. terus book tiket flight utk next week. wiken ni nk settlekan hal2 yg perlu disettlekan, so plg awal monday mlm baru me blh balik. turun KL dulu, pastu baru balik kemaman.. susah kan duk jauh2, dulu kalau ada hal, me terus stat enjin kete n balik umah, walaupun drive 4 jam setengah, but better than now. nway, x elok berkeluh-kesah kan.. alhamdulillah, dpt jugak blk kg utk 1st day puasa.

ok laa.. habis luahan perasaan, berbalik pd cinnamon roll nih.. walaupun terhangus sket, tp nk tepek jugak.. muahahaha.. lega sket hati rasanya bila bau harum cinnamon memenuhi rumah time bakar.. wahhhh, sy sgt cintakan cinnamon.. hihi... kalau wat apple pie pon mesti taruk cinnamon byk2.

filling dia me edit dr joyofbaking, doh dia guna resepi roti mayonis lagi =)

Cinnamon Roll

Doh Roti
Sumber: Roti Mayonis, kak yani

Bahan2
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux (refer bawah)
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung

  • masukkan semua bahan dlm breadmaker dan tekan setting doh. pastikan letak yis dan garam di hujung yg berbeza supaya tak bercampur.
  • keluarkan doh dan tumbuk2 utk keluarkan angin.

Filling

Sumber: joyofbaking

  • 80 g brown sugar
  • 16 g tepung gandum
  • 1/2 sb cinnamon powder
  • 50 g butter
  • 1/2 c kismis (kalau suka)

  • gaulkan gula perang, tepung dan serbuk kayu manis.
  • campurkan dgn butter dan gaul sebati.

Cara-cara:

  • Doh roti dibahagi dua. Amik satu bahagian dan canaikan mcm dlm gambar.

  • Letakkan bahan2 filling atas doh roti

  • Gulungkan. Kerat kepada 9 bahagian (atau mengikut ketebalan yg disukai)
susun dalam loyang. boleh susun rapat2 atau sebiji2.
  • Ulang dengan separuh lg aduanan roti
  • Bakar pada suhu 180 C, selama 15 minit.. kalau suka boleh letak icing kat atas mcm kt kedai (me xletak sbb dah manis)
ps: me wat separuh adunan sahaja
pps: selalu2 laa perhatikan oven supaya tidak hangus mcm roti yg me wat.. haha..

Resepi Icing

1/2 c icing sugar
1 sb susu segar/susu sejat

campurkan gula icing dan susu.
drizzle atas cinnamon roll yg dah siap dibakar.



Water Roux
Sumber: mamafami


  • 50g tepung gandum
  • 250g air

  • panaskan bancuhan tepung dan air atas dapur.
  • kacau sampai dia pekat. rupa dia mcm kanji yg wat gam tu..
  • sejukkan sebelum di guna.

Pineapple Panna Cotta



Assalamualaikum...

morning! pagi ni bangun tgk umah kosong lagi.. cakap dgn kucing je laa 2-3hari ni.. bertahan lg satu hari, esok my laling balik... weee~~ arini nk tido awal biar cepat sket masa berlalu.. huhu... my laling tepon smlm tanya wat keje sekolah tak? me tak wat.. huhu.. sbb xde mood. tiap2 hari duk bersedih hati je. huhu.. teruk x?

nway, org lain dah kebah demam panna cotta, me baru laa nk buat. kebetulan kawan me dtg aritu bw 2 bijik mini pineapple yg omey. siyes omey! size dia kecik je.. hihi. tp bl amik gmbr x nmpk pulak mini dia tu.. dh potong2 sebijik mkn ramai2. lg satu me puree kan utk wat panna cotta nih. punyer la mini, 1 bj tu, dapat 1 cwn lebih je isi nenas tu.

percubaan pertama me gagal dgn hebatnyer. hahaha.. konon2 nk wat lg hebat laa, me letak puree dlm gelas, pastu sejukkan (xfreezekan pon), pastu curah panna cotta tu.. after semalaman pun x beku2! haha.. membazir je.. sbb dia jd terdilute kot.. so smlm we cuba lg la.. wat biasa2 je lah, spy x membazir.

me malas nk pikir pasal resepi dia, so google kan aje 'pineapple panna cotta', kuat few recipes, tp me guna yg kak izah punye. ni pasal malas nk menaip, so nk cnp.. hoho...

PINEAPPLE PANNA COTTA
sumber: Kak Nor, Kak Izah


Bahan2:

9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket) - pastikan ada tanda Halal ye kwn2
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula
*saya guna 1cawan nenas + 1 sb gula

Cara2:

1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi @ nenas keatasnya dan bolehlah dihidangkan.


jemput makan.. lembik2 goyang2 inul gituw.. hihi.. me mampu mkn sikit2 je.. sedap, tp mkn byk2 muak jugak ni. sbb dia bersusu dan rasa lemak2.. hihi.. kalau wat gelas kecik2, makan ramai2 kompom cepat laku. sesuai laa kalau nk wat bday party or time jamuan.

Wednesday, July 20, 2011

Stylish Awards dr Yana dan Kak CT ^^


Assalamualaikum..

terasa ceria je hari ni bila tgk shoutbox ada msg dr kak CT dan Yana suruh ambil award ^^

stylish blogger award ye? so skrg ni me dh jd seorang yg beutiful n stylish laa kan.. haha.. (last time kn beautiful blogger...). tgk cermin jap....
.
.
.
.
boleh laaa, beautiful tu dh ada, nk kata stylish, kalau baju kurung n jubah tu kategori stylish, layak laa kot.. kui kui...

ok laa.. kali ni award xde keje rumah.. me suka yg ada keje umah sikit2, sbb pastu blh gi baca kt semua2 org n kenal2 lagi dgn semua =) tp bila xde keje umah ni, xlaa terasa susah hati bila perlu tag org.

award ni perlu tag 8 org. hmm... nk pilih org ni yg plg susah actually.. tp me pilih yg blom ni tag ye. me tgk kak sue, kak mas, kak izah, kak nor, kak anim, kak anna, nani, dan ramai lg dh di taq..so me tag 8 org ni ye:

kak nadya
kak naz
kak nazrah
kak lieza
kak sheila
kak nur
kak sam
kak rose

sudi2 kan laa amik award ni ye =)

k laa, me nk gi tepon my laling~~

Upside-down pizza.. lagi dan lagi...


Assalamualaikum...

meh makan upside down pizza nih.. xde org nk habiskan.. huhu..

resepi tgk sini dan sini ye.


makan utk dinner n bekfes.. selagi x habis ni mmg xmsk mende lain laa.. haha..

ps: bkn kedekut nk kasi kt jiran tetangga tau, tp skrg adtec ni kosong, semua pun ada keje kt tmpt2 lain. yg ada pak guard je, xkn nk kasi kt pak guard yg muda2 n bujang tu kan.. jd mende lain pulak.. huhu...

Tuesday, July 19, 2011

Ayam Goreng Cajun Berserai

Assalamualaikum~

dh dekat nk tengahari ye. lambat betol masa bergerak minggu nih. me still menghitung hari ni.. lambatnyer petang jumaat nk sampai =(

xnak cakap byk laa.. me wat ni utk dinner semalam. xtau nk masak ape. huhu.. me cnp dr umah kak mas ye..

Ayam Goreng Cajun Berserai
Sumber: Kak Nor, Kak Sue, Kak Mas

Bahan :

  • 2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan (tun rebus dulu 10 minit, baru perap)
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus
  • 4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
  • 1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
  • 1 tbsp serbuk ketumbar
  • 1 tbsp rempah cajun
  • 1 tsp serbuk jintan putih
  • Garam dan perasa(jika suka)
  • Serbuk cili(jika suka pedas)
  • Tepung beras (tun tambah)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara2 :
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
  2. tun golek2kan dlm tepung beras sblm goreng utk lebih rangup.
  3. Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan.



me dh buat lama dh ayam goreng cajun versi asal, tp terhangus sket, so x tayang kt blog. hihi.. tp hangus2 sket pon still sedap =)

Monday, July 18, 2011

Lalapan Ayam


Assalamualaikum..

ekceli kekurangan mood nk menaip.. huhu.. biasa laa, kene tinggal kan.. tp kalau xtgk blog, terasa lg sunyi.. uhuk uhuk.. pagi ni sgt terasa sgt sunyi sepi.. kt blok me mmg total empty, kt blok sblh ada 2 pegawai yg bila2 masa akak ke KK. so, pintu me kunci, tambah pulak dgn 2 rantai kunci.. hoho.. alhamdulillah, malam ada kawan2 yg dtg teman tido kt umah ni.. (me telah memaksa rela dieorg.. huhu... nway, thank you very much, altho here is quite far from their work place..)..

nway, me menayang nasi lalapan, my laling's favourite. pegi miri last week, 3 mlm berturut2 dia mkn nasi lalapan. haha.. kuatnyer penangan nasi lalapan miri. mmg pure nasi lalapan cuma jumpa kt sana. kalau kt semenanjung, org panggil nasi ayam penyet. beza nasi lalapan dan nasi ayam penyet is cara serving yg berbeza. kalau nasi ayam penyet, mkn ngan nasi ala2 nasi ayam, nasi lalapan mkn ngan nasi putih. then, lalapan di ambil dr 8 item yg perlu ada masa serve.. ni gmbr nasi lalapan kt restoran muara, miri.


nasi lalapan di serve dgn 1 lauk (ni ayam), 4 jenis sayur (pucuk ubi, kacang panjang dan kubis yg dicelur, timun), 1 tempe goreng, 1 tauhu goreng, dan 1 serving sambal belacan. yg me nyer ni, me mintak tukar kobis dgn extra tauhu goreng =). pastu mkn ngan nasi putih dan 1 mangkuk sup. bahan perap ayam dia sama dgn bahan perap ayam nasi ayam penyet =)

Lalapan Ayam
olahan dr: nasi ayam penyet, kak ijan@myr


utk ayam

bahan2:
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Cara2
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Utk sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 5 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 5 biji Cili padi
  • 5 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 3 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Limau nipis
Cara2
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. Perahkan asam limau jika suka.
Utk sup

  • panaskan air rebusan ayam bersama bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih. perasakan garam.
  • tabur daun sup dan bawang goreng sblm hidang.

Sayur2 utk dicelur (ikut suka):
  • Kobis
  • Kacang panjang
  • Pucuk ubi kayu
  • Bendi
  • Timun
Tauhu dan tempe

  • tauhu di potong 3.
  • tempe belah 6.
  • gaul tauhu dan tempe bersama rempah ayam dan sedikit garam kunyit.
  • goreng garing..
nyumm! my laling kata pasni dh xyah pegi kedai ^^


Sunday, July 17, 2011

Ubi Kayu Rebus je??


Assalamualaikumm..

arini tayang ubi kayu rebus je.. hihi.. mkn pagi semalam. terasa nostalgia je bila mkn ni.. hihi.. bila fikir2, mmg dh bertahun2 me x makan ubi kayu. kali last mkn kat umah tok sue me. cucu balik sebut pasal nk mkn ubi kayu bakar, terus tok sue me gi tarik ubi kayu.. masa tu me balik summer time 1st year.. fuh. brp tahun dah tu.. dh 6 tahun! windu pulak kt tok sue me yg baik.. (al-Fatihah)..

yg tiba2 terasa nk makan ubi kayu tu, sbb abah me hntr MMS tunjuk dia mkn ubi kayu rebus. dh laa anto mms gambar durian2 kt kebun.. uwaaaa~~~ sedihnyer!! sila frozen kan durian2 kebu itu ye.. raya nnti nk blk makan. x kira!!! ehh.. kembali pada ubi kayu ni, ada sorang kakak cleaner tu yg kasi.. me saje je tanya2 dia kalau umah dia ada pokok ubi kayu. hajatnyer nk mintak batang sket, nk tanam kt kawasan ni. ye laa, gersang je kt sini. me dh beli pokok limau nipis dan limau purut. beli yg anak pokok, kalau nk semai sendiri, kompom dh x hidup. hihi.. 2 anak pokok+ pasu + tanah gambut = 90inggit! mahal kan? sbb org nursery tu ckp dia import dr semenanjung.

ehh, pesal citer pasal ni pulak, cepat tul tersasar.. haa, ubi kayu kan.. me mintak keratan batang ubi kayu kan.. akak tu punye laa baik, bukan setakat batang ubi kayu, sebesen ubi kayu dia kasi, pastu seplastik besar pucuk ubi. pastu pokok ubi ubi ada 2 jenis, satu ubi kayu yg biasa2 ni laa kan, lg satu pokok pucuk ubi yg daun dia panjang2 sket, kt sini mmg byk jual, rasa dia lebih kurang pucuk ubi kayu, cuma lg sedap dibuat ulam.. byk betul. ptg semalam me dh tanam (cucuk je pun) 7 batang blkg blok ni, ada lg separuh yg x tanam lg.. haha.. penuh laa ubi kayu kat adtec pasni.. semua org xyah beli dah.. hihi..

ubi kayu yg akak tu kasi. ada lg yg x masuk gambo.. sape laa nk habis kn ni.


Semua pandai kan wat ubi kayu rebus. me mkn ngan kelapa parut yg gaul ngan garam n gula sket. my laling mkn ngan sambal ikan bilis..



pastu nk angkut gak hadiah birthday dr kak sue n kak lieza.. walaupun umur dh tua 2 hari dr bday. hihi..



thank you kak sue.. susah payah je kasi ni dgn tenet yg mcm siput sedut yg sakit tu ye..


ni kak lieza kasi.. lewat sehari je kak.. =)

Friday, July 15, 2011

Alhamdulillah... terima kasih semua

Assalamualaikum~~~

Terima kasih atas semua ucapan dan doa yg diberikan.. terharu je rasa.. sampai je miri bukak2 FB tgk byk wish =) bawak beg besar gi angkut hadiah..

kek dr kak CB.. tq kak CB.. terliur tun yg tgh puasa nih...

Pastu tun memenuhkan pasu2 di rumah dgn pelbagai jenis bunga.. wangii satu umah.. nnti dh lama wat jd bunga kering penanda buku.. hihi



ni dr kak gee... tq kak ^^


ni dr kak noorsha saya ^^ hntr laa dgn puding jugak =)


ni sejambak dr kak nor ^^ hadiah dh smp awal2 lagi.. hihi


pastu dapat jugak bekal utk buka puasa dr kak ros.. tq kak ros ^^


pastu dapat jugak kad omey dr kak sheila ^^ tq kak =)



last sekali nk membalas pantun kak anim =)

ni kak anim jual..

Uda dan Dara makan sedulang
Sambil di intip olek mak nani
Apakah resepi istimewa setelah pulang?
sebagai meraikan majlis hari ni?

tun jawab yer... (abaikan rima di tengah yg x kena.. hihi)

izah dan hasue jalan berlenggang
dikejar oleh mas dan anna
ku tunggu-tunggu abangku pulang
ingin ke bandar makan berdua..

Mari Membeli Pantun

Assalamualaikumm~

*** n3 ini akan menggunakan bahasa yang kurang rojak, harap maklum.. hihi~~ **

Alhamdulillah, masuk jumaat minggu ke 2 di bulan Syaaban. Terima kasih kepada kak nor yg mengingatkan semua ttg nisfu syaaban. nyaris2 sy terlepas puasa sempena nisfu syaaban hari ini (tersilap kira hari dan menyangka nisfu syaaban jatuh pd hari ahad- sy sudah bercadang utk puasa hari sabtu).. alhamdulillah, ada roti dlm bilik hotel ni utk saya bersahur mengalas perut utk perjalanan hari ini. iA hari ini akan pulang ke Bintulu setelah 5 hari berkampung di Miri.

owh, pasti ada yang hairan kenapa saya berbahasa agak baku.. hihi.. masih didalam mood memperkasakan bahasa melayu setelah merenung bait-bait pantun selama beberapa hari (saya tidak merenung laptop saya sepanjang hari ye..).

Selain sains, saya juga meminati bahasa (selagi tidak berkenaan dgn sastera klasik yg memeningkan kepala saya).. walaupun dizaman sekolah, markah bahasa melayu saya agak kurang berbanding bahasa inggeris (mama saya cikgu bahasa inggeris). Tetapi, dr segi puisi, pantun, dan apa sahaja yg seangkatan dgn nya, mmg saya minat. walaupun bagi saya mengarang serangkap 'poem' adalah lbh mudah dr serangkap 'puisi'.

dah besar2 ni, baru saya tau mengarang serapkap pantun tdk la semudah yg dijangka. biasanya, bila saya mengarang pantun, saya hanya akan memilih rima yg sama dihujungnya. selepas membaca tips2 dr blog uncle AL, baru saya sedar yg perkatan di tengah2 jua memerlukan rima yg sama! selain itu, utk menyedapkan pantun, sy gemar memilih pembayang yg indah2 dan bersifat positif.. rupa2nya, ini jua satu kesilapan! (sy agak terkejut ttg ini..hihi..). rupa2nya, kalau pantun itu bermaksud negative, pembayang juga harus laa negative.. Ooo.. faham ke? nnti akak2 boleh la mengajar anak2 ttg cara yg betul utk menggubah pantun yang baik =)

ok laa, kembali kepada pantun yg ingin di beli dr uncle AL di blog KomenSen ( <- apakah maknanya ini? ).


ini adalah pantun yang dijual;

Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?

Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?

Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat

Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?



saya beli ye uncle;

Menggulai sepat di dalam kawah
Disimpan jua pada kekanda
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk berjasa usah dilupa.

Hinggap merbuk di atas dahan
Jeratnya mahu namun tak sampai
Kayu mereput jadi tambatan
Hanyut perahu dilanda badai.

Bunga di taman tidak dibaja
Sudah suram pudar warnanya
Bila iman tipis di dada
Halal haram mudah dilupa.


ok x? boleh laa tu kot.. ada rangkap yg sy rasa blh diperbaiki, tp sbb tarikh tutup esok, dan sy takut tak sempat nk hantar, jd saya pertaruhkan jawapan ini =)


ps: terasa mcm bahasa indonesia je yg sy tulis... ye laa, kali terakhir mengarang bahasa melayu masa SPM. masuk matrix dan uni mmg bahasa inggeris memanjang. huhu..

pps: dapur akan kembali berasap malam nnti.. beberapa hari ni dh bertambah list menu dlm queue. windunyer nk masuk dapur...

Wednesday, July 13, 2011

GIVEAWAY BLOG RYO ..Jom Join Contest !!

Assalamualaikum....

Setelah gelak sorang2 sepanjang pagi dlm bilik hotel nii.. tiba laa masa tun mengarang.. penat pk nk karang apa.. haha.. eh, lupa nk wat intro betol2. kali ni me join GA dr Ryo.. padahal bukan peminta pasu pon, n me ni duk sarawak.. (hadiah dia pasu sarawak yg comel..). tp me nak memeriahkan dan bg sokongan kat rakan2 blogger.. me di taq oleh kak mas.. terasa pressure utk mengarang aft baca n3 kak sue n kak mas td.. kui kui.. me cuba je laa.. owh, b4 that, ada syarat2 dia..


Syarat mudah:
  1. Mesti ada blog,senang la Ryo nak jenguk2 bawak buah tangan ke blog korang
  2. Copy and Paste banner 'start' kat atas,buat entri bertajuk GIVEAWAY BLOG RYO,link ke laman blog hijau ni. x reti nk letak link kt banner tu, link SINI ye.
  3. Taip sedikit kisah pendek yang kreatif bermula dengan ayat 'Saya toleh kanan,sambil membawa sebungkus nasi lemak.Kemudian.....'(sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.)
  4. Tag sekurang-kurangnya 2 orang blogger lain dan pastikan mereka tahu.
  5. Tarikh tutup :17/7/2011
ps: cerita di bawah adalah rekaan semata2.. huhu.. tiada kene-mengena dgn personaliti sebenar watak..

'Saya toleh kanan,sambil membawa sebungkus nasi lemak.Kemudian saya melihat sekeliling dewan makan mencari2 tempat yg sesuai. hari2 minggu mcm ni, x ramai student yg breakfast di dewan makan. ramai yg pagi2 mcm ni masih qada' tido ataupun marathon basuh kain.. waktu saya turun td pun ternampak kelibat kak sari berjalan bersama kak sheila dan kak naz ke bilik air membawa sebaldi baju. maklum laa, asrama kami tidak menyediakan mesin basuh.. setelah berfikir2, saya mencapai lagi sebungkus nasi lemak, mmg sedap nasi lemak yg dimasak kak ayu, pemilik tender dewan makan ini.

di hujung dewan, saya ternampak akak se-dorm saya, kak izah n kak hasue.. bkn main rancak lg bersembang.. sy menuju ke arah mereka utk bersarapan bersama2.. kak izah, seperti biasa, membawa bekal muffin chocolate gardenia. mmg suka betul makan muffin akak senior saya sorang ni. saya pernah melihat locker kak izah, ada sekotak muffin, bekalan utk sepanjang minggu. kak sue pulak makan nasi lemak seperti saya, tp didepannya terdapat 1 tupperware kek lapis sarawak. owh, rupanya, inilah yg ada dalam parcel kiriman kakaknya di kampung. jd, saya bersarapan dgn nasi lemak dan kek lapis yg sedap.

selesai makan, saya menyiapkan tugasan yg diberikan cikgu nor azmihah. subjek ekonomi rumah tangga mmg subjek kegemaran kami. hampir semua budak dorm saya ambil subjek ini. saya melihat soalan tentang contoh masakan yg boleh dibuat menggunakan senarai herba2 yg diberi. hmmm...oregano, parsley,.. senang je nih.. soalan no 3, cajun.. cajun? selepas beberapa minit berpikir, saya surrender.. budak kg mcm saya mmg x penah melihat cajun ni.. sy lihat kak lieza dan kak nieza sedang membaca majalah Jelita, menandakan mereka telah menyiapkan kerja sekolah. jd, tanpa segan saya meminjam buku latihan mereka utk mencari idea.. alhamdulillah, akhirnya siap tugasan yg diberikan..

esoknya, kami ke kelas ERT pagi2 lagi. sbb sy tido lewat semlm, sy terkocoh2 bgn. itupun setelah di kejut warden mamahawa dan pn. Ct Delima yg membuat rondaan pagi. saya mengejutkan nani di sebelah, dan berlari2 anak menuju ke sekolah. risau juga, takut di tahan pengawas yg garang, tapi, kami bernasib baik pengawas yg bertugas di gate arini kak CB dan kak anim, kami sengih2 sambil membuat muka yang sedih dan comel, jd tidak diambil nama.. alhamdulillah.. hari ni ada kelas membuat bahulu ajaran cikgu nazrah. kami membuat bahulu pelbagai bentuk dan filling ^^ saya lihat kak noorsha membakar bahulu bentuk love. di dlm hati, saya mengagak dia ingin hadiahkan kepada buah hati dia, senior ajib dr kelas engineering. kak ika pula hias bahulu dia ala-ala bento, saya melihat ada bauhu kak ika yg dibalut dgn seaweed.. tgh2 sy membakar bahulu, tiba2 saya terbau roti yg sedap.. laaa, rupa2nya orang lain bakar bahulu, kak anna dan kak mas melanggar arahan cikgu, dan membuat projek roti mayonis di hujung makmal ERT. tetapi, oleh kerana mereka buat roti yg banyak, semasa waktu rehat kami sekelas tidak ke kantin, tp berpiknik di tepi kolam ikan sambil makan roti bersama-sama..

sambil memakan roti mayo yg sedap, dalam hati, saya bersyukur kerana berpindah ke sekolah ini dan mendapat kawan2 baru yg sgt baik.. alhamdulillah...

....
...
....

hahahahaaha~~~~~~~~ penat pikir.. cerita tanpa climax dan anticlimax. plot pon ntah apa2.. hihi.. =)

eh.. perlu tag 2 orang ye.. adoii.. siapa yg x busy skrg dan sudi mengarang ye? risau gk nk suruh org wat karangan ni.. nnti tun pk nk tag sape. dh berejam mengadap n3 ni, nk post dulu.. haha..

Tuesday, July 12, 2011

Kek Lapis Seri Kaya (Kukus)



Assalamualaikum..

me bersiaran dr Miri ^^ honeymoon 2nd time sempena birthday me yg bakal tiba.. hadiah dia, duk hotel seminggu.. haha... ye ye je.... my laling ada kursus la kt sini.. sbb me ngade2 nk ikut, so me berkampung la kat hotel ni.. siap bawa keje sekolah lg dtg hotel. nk tunjuk rajin kt enchik H ku itew.. kunun2 masa dia gi kursus me dgn rajinnyer menaip thesis.. padahal after BW ni dh plan ni gi shopping. haha.. ehh... wat keje sekolah dulu sejam, utk cover rasa bersalah.. hihi..

nway, ni adalah n3 tertunggak. kek ni ni dh dibuat 2 hari lepas. dh tayang2 kek kt FB dah.. hihi... kak ni ditujukan khas buat mek siam ika.. muge2 pas mkn kek manis ini lebih bertenaga utk wat keje rumah.. tenaga dia dh hbs kt lain.. kui kui... *aduh... kene sepuk dah ngan kak ika.. hihi...

ni 1st time me cuba melapis.. nama pun 1st time kan, so harap2 di maafkan laa ke-comotan yg berlaku. ramai yg kasi idea2 bernas masa nk wat ni. pasni nani pulak kene try ye, hehe.. me pilih resepi yg paling senang sekali nk wat, dn x byk bahan.. ni amik dr umah kak anna. kak anna dh siap bg tips2 penting lg kt FB.. setiap lapisan perlu dirata kn, n aft kukus/bakas, sila tekan2 ye. yg ni patutnyer xde hawflakes, tp lepas wat 2-3lapis tu, me gatal pulak gi letak hawflakes. ye laa, biasa mkn kek lapis yg masam-manis je kan.. bila xletak ni, rasa mcm bkn mkn kek lapis sarawak je. len kali me nk beli bekas kecik2 n asingkan setiap layer tu. baru laa sama tebal =)

ok la, me copy resepy dia ye.. me wat 1/2 adunan.. xsure size loyang, utk 1/2 adunan ni, lbh kurang 3.5"x7" rasanye.

KEK LAPIS SERI KAYA
Resepi : LinRosLy
Sumber: kak anna

Bahan-bahan:-

  • 300gm tepung gandum
  • 300 gm mentega..Ana guna buttercup
  • 200 gm gula pasir..Ana guna 250grm gula castor
  • 180 gm seri kaya
  • 6 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • - sedikit pewarna merah
  • -Ana tambah pewarna kuning - tun x letak
  • hawflakes- tun tambah

Cara:-

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Masukkan seri kaya dan esen vanilla dan pukul lagi
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis
  • Bahagikan adunan kpd 2 bahagian *warna asal dan warna merah
  • Kukus setiap lapis hingga habis..Setiap lapisan lbh kurang 5-8 minit.
  • Lapisan terakhir, kukus 20 minit @ sehingga masak, bila cucuk kek dgn lidi, keluarnya lidi bersih tandanya kek dah masak
  • Tutup penutup kukusan dengan tuala bersih supaya air tak menitik & mencacatkan rupa atas kek.
  • Pastikan setiap lapisan kek yg dikukus betul2 kering & masak baru diletak lapisan yang seterusnya (blh tekan dgn jari, kalau tak melekat kat tangan dah ok le tu)
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.
nota tun: kalau nk tambah hawflakes, tun suggest, kurangkan gula ke 180g je..

ni gmbr kecik sket sbb malu ada kedut2 atas tu.. haha... kukus lama sgt, air pun dh stat menitik.. me xde kain spare yg sesuai uyk balut tutup kukusan tu....


Monday, July 11, 2011

Roti Mayonis


Assalamualaikummm~~

morning!!! few days x menaip resepi.. bila wiken mmg selalunyer sunyi sket dunia blogging ni. me pun semalam pagi2 lg dh keluar rumah. gi riadah, pastu gi halaqah.. lunch pun makan luar. petang me godek2 roti nih.. eh.. lupa nk mewar-warkan kepada semua.. akhirnya, me dah ada bibik!!!!!!!!!!!!! weeee~~~~~~~ alhamdulillah.. few months jugak laa place order, baru laa sampai BM me nii. sgt2 berbahagia.. hihi... kalau sebelum ni, berejam me ngadap doh roti tu, skrg sambil2 bibik tu menguli, boleh laa me wat keje sekolah.. (moga2 keje sekolah ye, bukan smb bibik wat keje, tuan dia duk BW memanjang.. hoho..).. nway, terima kasih pada kak mas yg telah memberikan tunjuk-ajar dan tips2 nk guna BM nih.. me duk tanya2 time nk uli donat, tp donat me gambar sgt x cantik! len kali laa wat lg pastu amik gambar.

roti mayonis ni roti yg paling glemer skrg kan? ramai yg dh wat ni.. jap me nak cari list, haaa.. mula2 me tgk kak anna, pastu kak mas, kak mas siap wat 2 kali tuu.. kak anim, kak nieza, dan kak izah pun dh wat. haaa, betapa glemer nyer roti ni.. pastu, me tengok kak nor wat, mmg x tahan dah.. terus gi tambah stok tepung roti.. haha.... me wat mcm2 bentuk jugak.... utk satu adunan ni, me dapat 3 bj roti kosong, 2 roti sardin, 3 roti tuna mayo, dan 3 roti sosej ^^ byk kan.. mkn ptg, bw ke dinner, n bekfes sekali =) ptg semalam pun tepon kawan blok sebelah suruh dtg umah mkn roti (ekceli sbb excited nk tunjuk roti hasil bibik baru.. hihi).. jom tgk resepi..

Roti Mayonis
Sumber: kak yani

Bahan-bahan:
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
Cara-cara:-
  1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
  2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik
  4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
  5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit

Water Roux
Sumber: mamafami

Ingredients :

50g flour
250g water

1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

** majority kami masak water roux atas dapur. panaskan bancuhan tepung dan air atas dapur. kacau sampai dia pekat. rupa dia mcm kanji yg wat gam tu.. sejukkan sebelum di guna.

** water roux ni tahan 3 hari. satu adunan ni dapat wat 2-3 adunan roti.

roti putih... gebu, kan.. utk bekfes td, me panaskan sekejap dlm microwave =)


ni ada inti sardin, malas nk kerat utk tunjuk inti. me x suka roti inti sardin, tp wat utk my laling


ni me nyer favourite .. letak hotdog!! weeee~~~ sprinkle a bit of origano, dan letak mayo n chili sauce, kalau ada cheese lg sedap!


ni habiskan stok tuna mayonis yg me guna utk wat shushi.. me x suka sgt rasa ikan2 atas roti ni.. haha... tp lain org lain selera kan =)