Monday, October 31, 2011

Kuih Puteri Ayu

len kali letak byk sikit kaler hijau


Assalamualaikummm~~~

mai bekfes puteri ayuu ^^ tun wat mlm sabtu masa tgh tgk final bola Ganu vs N9. buat utk bw bekal ke usrah. satu adunan dpt byk jugak, so tun frozenkan jugak separuh (abih semua pun nk di frozen kan. huhu.. )..


nk ckp pasal bola dulu laa.. tun bukan peminat tegar bola. tp bila ganu masuk final tu, terasa la jugak nk tgk.. nk bila dh stat tgk tu, sah2 laa dgn penuh semangat patriotik. haha... kali last ganu menang malaysian cup, tun still sekolah.. ingat lagi, dah sampai sekolah dah, pastu announcement hari tu cuti sbb ganu menang bola. hehe... nway, frust jugak bila n9 sumbat 2 gol.. tp nk wat camner, dh adat pertandingan kan.. utk team ganu, berusaha lagi!


hari isnin seharian ke Miri (2 n half hour drive fr bintulu). saje galok sbb buhsan tgk bandar bintulu. xde la byk sgt shopping, toys baru pun x byk utk ditambah, tp berjaya la jugak capai few things termasuk lah acuan puteri ayu nih. kaler pink! suke!! balik just in time utk tgk bola.. sambil2 nunggu bola stat tu, godek2 dapur kak ros jintanmanis.. tun mmg x pandai sgt wat kuih tradisional, ingatkan susah.. bila tgk2 senang je rupa2nya wat kuih nii.. mcm wat apam biasa je. to biasa la, first time buat, xreti lg nk agak byk mana nk letak kelapa tu. nx time tun nk letak byk sket, baru sedap gigit masin2 kelapa tuh =)

x cukup acuan, letak dlm acuan apam.. pink lagi! ^^

kuih ni sgt lembut!! lepas sehari suntuk pun lembut lagi... =)

Kuih Puteri Ayu
Resepi: rohaya1710@myr
Sumber: ros@JM

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putih + dgn sikit tepung gandum dan garam
( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)

** utk kelapa tun guna:
1/2 c kelapa kering campur dgn 2 sb santan + 6 sb air
1/2 sb tepung ubi
1 sk garam

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com
-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*

1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.
2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).
3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

Sunday, October 30, 2011

~interlude~


my laling loves cats.. me so-so je.. but when he saved these 2 cats from the office when we moved here, i end up looking at these 2 all day longg..  

Oyen sleeping skills never fail to amuse me ^^



** n3 saje2 supaya blog x berdebu time wiken ;p



Friday, October 28, 2011

Donat Pisang



Assalamualaikumm~~~

Donat lagii!!! skrg musim mendonat.. hoho.. rasa mcm semua pun nk di donatkan. boleh tak? ;p pisang ni xtau laa yg zaman bila beli. rasa2nya masa tu kak nor bagitau pasal diet pisang, hihi.. bulan lepas kan? byk sgt beli pisang time tu, x sempat nk mkn dh ada yg nmpk cm nk lembik2. so cepat2 selamatkan mereka, which is chunk everything into freezer.. haha.. ye, tun mmg simpan pisang yg x habis dalam freezer. jadi keras kejung gitu.. tp dgn cara ni, mmg xde pisang yg dibazirkan, n x perlu marathon resepi pisang utk selamatkan pisang. tun biasa simpan dgn kulit2, nnti nk guna utk wat kuih, kupas kulit dia, dan lenyekkan je.

ok laa.. resepi donat pisang tu angkut dr dapur kak izah.. masa baca tu, mmg pelik habis, pesal kak izah ckp indon nih? haha.. rupa2nya, resepi adaptasi dr resepi donat yg owner dia indonesian. apa2 pun, mmg sgt lembut dan sedap sangat! rasa2nya  texture dia jd sgt lembut dan lemak sbb ada kuning telur tu.. mmg berbaloi buat nih ^^





pejam mata ye tgk itam sket tu.. muahhaha,... tun rasa 50g utk sebiji donat agak besar kot. donat ni jadi gemuk2. yg 1st tun goreng tu tgh2 dia x masak, jd yg lain tu tun slowkan api dan goreng lama sket. tu yg hitam tu. dan sah2 la pisang n gula tu caramelized bila goreng (compare ngan kaler cengkodok pisang, xde la itam sgt donat tun ni kan.. hihi). tp xde rasa hangus tau... 

DONUT PISANG
adaptasi drp: Donat Kentang Fatmah


Bahan-bahan

  • 250 gm tepug gandum
  • 1 sb susu tepung
  • 5 gr ragi instant
  • 2 biji pisang - 2 biji pisang tun berat lbh kurang 120g
  • 50 gr gula psir
  • 40 gr mentega *saya guna marjerin
  • ½ sdt garam
  • 2 btr kuning telur
  • sedikit essence vanilla- tun lupa nk letak

Cara-cara

  • Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan pisang ,tuang telur dan , uli hingga rata dan setengah kalis.
  • Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
  • Bagi adonan  masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
  • Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
  • Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.

Thursday, October 27, 2011

Mood ke laut + Menu campak-campak je...

Assalamualaikumm!!!


tulunn!! tulunn!!! mood tun dh bersiap nak ke laut... huhu..  payoh betul laa kalau suka emo nih.. (marah kat diri sendiri)... punya laa xde mood smp malas nk nengok blog nih.. tp letak jugak la n3. kesian kat blog ni kalau tinggal lama2. takut naik sawang2 pulak. huhu..

semalam hantar 1 journal, tgh bersemangat nk wat keje sekolah, hari ni ngadap lagi 1 journal. idea susah pulak nk datang. pastu laptop nk rasa mcm nk campak dari balkoni je.. huh! tgh2 nk masukkan citation, boleh hang pulak.. pastu nk refresh x buleh.. last2 force exit. selalu buat hal laptop nih. nk salahkan laptop pun xleh gak. dh dekat nk 5 tahun umur dia. abah ckp, laptop ni expect bertahan 2 tahun je, the extra years are bonus. betul jugak. pastu yang ni ada statistical software ngan software utk citation reference utk tulis journal ngan thesis. mmg software 2 tu sgt heavy. memory penuh ngan dia je..

nway, better stop membebel.. nnti org yg singgah ke dapur ni sama2 tension. huhu... malas nk pikir byk2.. nama ayam pun malas nk pikir, muahaha..

malas nk pk, bahan perap campak2 je.. huhu

Ayam Bakar Campak2

  • 6 ketul ayam
  • 2 ulas bawah putih
  • 1/2 inch halia
  • 1 sk jintan putih
  • 1 sk jintan manis
  • 1 btg serai
  • Sedikit kunyit, garam n gula



  • Blend semua bahan2 perap. perap ayam dlm 20-30 min. 
  • Bakar 200 C, 35-40 min. balik2 kan..

ni gambar kecik sbb hudus.. hehe.. semalam tgk epal hijau dh nyawa2 ikan dlm peti. pastu ada sedikit kulit karipap yg x guna sbb x cukup inti. last2 gaul2 epal ngan gula perang n cinnamon powder. letak dlm kulit karipap, sapu atas dia dgn susu pekat n bakar 180 C 10 minit. nyummyy!! rasa rangup2 n wangi cinnamon tu tun suka! hihi..


ok.. nk try bukak lg sekali journal yg duk hang n pending dr tadi nih..

Wednesday, October 26, 2011

Nasi Ayam Penyet


Assalamualaikumm~~ ^^


arini saya jadi budak baik. dari pagi ngadap kerja sekolah.. dh submit 1 correction utk di semak, pasni nk ngadap second journal. semoga Allah permudahkan lagi =) 

sementara ada semangat nk menulis ni, baik focus kan.. so n3 cepat2 je ye.. nasi ayam penyet ni my laling yg nk makan. jd, walaupun x cukup bahan, buat jugak laa.. tgk la sayur tu, patutnya ada mcm2 ulam kan, ni pucuk paku je yg ada. hihi.. sambal pun x cukup lada besar. tp alhamdulillah, sedap sangat.. tq kak ijan for the recipe. muaaakkksss!!

ps: tun buat 1/4 ekor ayam, tp bahan2 rempah2 tun guna separuh.

Nasi Ayam Penyet

Bahan-bahan ( 6 orang )

 Untuk Ayam

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

 

Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging 
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td) 
  • tun gun beras perang   

 Cara2:
 
Untuk ayam

·  Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
·  Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
·  (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
·  Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
·  Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 

Untuk Sambal
 
·  Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
·  Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
·  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
·  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
·  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
·  Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
·  Masukkan gula merah dan gaul rata.
·  Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

 Untuk Sup
 
·  Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
·  Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. 

Untuk Nasi
 
·  Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
·  Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
·  Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
·  Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
 

Tuesday, October 25, 2011

Pumpkin Ball @ Pumpkin Donat Ball



Assalamualaikumm~~

morning! ^^ dh breakfast ke blom? kalau blom, meh join tun makan bebola labu nih.. pelik je bila eja bebola labu. kui kui.. actually, masa mula2 defrost puri labu tu, plan nk wat donat, pastu tiba2 angin M dtg melanda.. godek2 ala cengkodok je.. haha.. tp alhamdulillah, kejadian dia gebu dan lembut sgt! *hepi*

gebu kan =)

1 adunan ni dpt banyak la jugak. tun goreng tu, dapat dlm 2 pinggan. haha.. dh la 2 org je kt umah ni kan. so, 1 pinggan tu simpan utk minum petang.. panaskan dlm microwave jap. alhamdulillah, still lembut je. maybe sbb labu kan family ngan kentang, jd mmg sesuai utk lembutkan kuih. n kaler golden sangat cantik!

Pumpkin Ball
Resepi: tun_telani

Bahan2:
  • 1 cawan labu lecek - blh rebus, microwave, atau bakar labu tu, pastu lecek
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk yis
  • 50 ml air suam
  • 1 sb susu tepung
  • 2 sb gula
  • 2 sb marjerin- cairkan
  • gula icing

Cara2:

  • campurkan yis, air suam dan gula. biarkan sampai berbuih.
  • masukkan labu, tepung, susu tepung, dan marjerin. Gaul hingga sebati. adunan sedikit lembut ye. perapkan dalam 20-30 minit.
  • amik sejemput adunan dgn jari yg basah (supaya x melekat kt tangan) dan goreng dlm minyak panas. 
  • angkat, tos, dan gaul dgn gula icing.

Ila_cheqSue : 1st Anniversary Giveaway

-link ke Blog sini-

Assalamualaikumm~~~

pagi2 dh ngadap intenet ye.. baru je siap masak sarapan.. pastu tiba2 teringat yg semalam ckp kt cheq sue nk join GA, tp terlupa.. sblm terlupa, tun nk post n3 GA ni.. 1st ly congratulations utk 1st anniversary ^^ semoga terus memeriahkan dunia blogging. rasa2nya mcm baru je kenal cheq sue nih. tun pun lupa mcm mana perkenalan kita ye. 

tgk syarat2 dia dulu...

SYARAT-SYARAT :

GA ni khas untuk BLOGGER MASAKAN SAHAJAcheck
kalau ada 2 blog pun (peribadi & GA) sila sertai melalui blog peribadi - satu ni je blog, rojak semua dlm ni.. hihi...
- cuma buat satu n3 tentang GA ni dan dalam n3 tu perlu ada
"Saya rekemenkan cheq sue untuk cuba ................... " 
apa2 resepi dalam blog korang tu, dan sertakan link resepi tersebut - nnti letak kt bawah
- jangan lupe masukkan gambar kat atas tu  - dh letak
- kemudian masukkan link n3 korang tu kat komen box ni - nnti dh post gi letak

TARIKH TUTUP :
30 Oktober 2011 - Midnite


"Saya rekemenkan cheq sue untuk cuba ................... " 
 
 hmmm.. yg ni kan, mula2 nk suruh cheq sue try nasi dagang, tp tgk2 dh buat dah.. then pk, suruh try up-side down pizza laa.. tp ni pun cheq sue dh buat.. jadi, tun pilih ni lahh..
 
 

Saya rekemen cheq sue untuk cuba Cookie 'n' Cream Aiskrim ^^
ferevet tun nihhh =) resepi refer SINI ye
haaa.. cuba, jangan tak cuba.. hihi


ps: GA yg tun janji nk wat tuu nx week ye iA.. wiken ni tun nk gi miri, alang2 tu blh cari2 hadiah yg sesuai utk GA ^^

Monday, October 24, 2011

Petang ni layan ni je laaa...


Assalamualaikumm~~~

tengah minum petang ke? tun kalau xde idea sgt nk masak ape (atau bila virus M dtg melanda), masuk dapur godek2 tepung, goreng cekodok.. hihi...

ni cucur udang geragau kering.. tun mmg xleh makan udang kering yg biasa tu, mesti bersin x henti2. dtg bintulu ni, jumpa udang geragau yg dikeringkan.. masa mula2 tu, takut jugak nk try, tp my laling mmg dh biasa ngan udang kering, jd tun try je la masak.. bila makan tu.. wahhh.. xde gatal2 langsung! hahahaha.. *hepi* jd bila resepi2 yg perlu guna udang kering tu, tun guna udang geragau kering la.. alhamdulillah.. xde bersin2 atau sakit kepala pun..

xde resepi pun nk letak. main campak2 je. kali ni tun guna yis.. udang tun tumbuk dulu, pastu campurkan dlm adunan tepung. biarkan dlm 20 minit dulu pastu baru masukkan tauge dan goreng. makan ngan kuah rojak pecal. sedap!

Apam Mentega yg tak jemu di makan..


Assalamualaikummm~~~

kembali ke dapur maya selepas berehat sepanjang weekend.. biasa laa, bila weekend mmg ada byk agenda. apam ni me wat utk bekal ke usrah semalam.. (finally! buat jugak akhirnya.. haha.. resepi dh nearly 2 tahun rasanya.. kui kui...). memang sedap, kalau kecik2 tu, sebijik2 sebijik masuk mulut.. haha.. jadi, beware, kalau x ramai tukang makan, sila wat separuh atau suku adunan untuk menyelamatkan ukuran pinggang dan berat anda.. hahaha.. me wat separuh adunan. tu pun dpt banyak..

me pun xtau la kenapa susah betul me nk buat apam nih.. duk tangguh2 je. sampai laa masa makan kat umah kak lieza (refer SINI).. fuhh.. memang xleh berenti makan. haha.. nasib baik time tu kak lieza bg tapau.. kalau x, xlena tido agaknye teringat kat apam mentega.. kui kui..




Jom tengok resepi.. resepi dr kak Sofea. kak pia juga dh share kr myresepi. ramai dh cuba.. kalau berjaya nnti tun hantar laporan ye.. (sejak 2 menjak dia susah nk send laporan kat myr, tunggu loading dgn lamanya pastu error :/ )


Apam Mentega
Sumber: Kak Sofea@after6am, kakfiza@myr

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 3/4  cawan gula castor 
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. Selamat Mencuba.......

Friday, October 21, 2011

nk wordless.. tapi.. tapiii...


tapi gatal tangan nk menaip jugak~~ hahaha..

me suka sgt2 makan burger malaysia nih.. kali ni saje2 try guna resepi lain utk donat dia. tapi mengecewakan sbb agak lembik. pastu susah nk bentuk.. me cuba utk menyelamatkan, tp still serap minyak sket bila goreng.. (lemak... lemakkk.... uhuk uhuk..)

sambal ikan bilis campak2. tp sedap.. (puji diri sendiri..). sbb campak2, jd xleh tulis resepi..

okayyyy.... word sket2 je.. hihi..

nite2!!

selamat berhujung minggu semua..

Asam Pedas Kak Anim



Adoii.. nape blogger war hall niih.. penat mengarang, bila publish, kuar gambr je :( nway, malas dah nk bercerita lg sekali..

ni lunch semalam.. tun duk teringat akak2 ni cerita pasal kesedapan masak lemak kak anim kan.. so tun saje2 la nk tgk ada x asam pedas version kak anim.. gugle 'asam pedas kak anim'. tup2 kuar resepi nih.. hihi.. masa tumis tu sgt wangi.. kuah pun pekat je. sedap!

Asam Pedas Kak Anim.
Resepi : Kak Anim
Sumber: Kak Mas
Bahan :
  • 1 ekor ikan talapia hitam.kalau guna ikan tenggiri ambil 1/2 ekor/1/2 ikan jenahak/ikan merah - Mas guna ikan patin- tun guna ikan pari
  • 20 tangkai cili kering - didihkan sebentar angkat dan toskan - dikisar
  • 1 labu kecil bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit halia - dikisar
  • sedikit kunyit hidup - dikisar
  • 1 kuntum bunga kantan - dikisar
  • 2 batang serai - dikisar
  • sedikit daun kesum - di kisar
  • air asam jawa secukupnya
  • 1 kiub ikan bilis - tun letak sedikit ikan bilis, blend dgn bawang
  • garam secukup rasa
  • beberapa batang bendi
  • tomato - dibelah 4
  • sedikit serbuk kunyit - Mas tukar ngan kunyit hidup
  • sedikit serbuk lada hitam
Cara memasak :

  1. Ikan di bersihkan dan dilumur garam dan sedikit serbuk kunyit.Ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak @ pecah minyak.
  3. Pastikan cili betul2 masak masukkan sedikit air asam jawa, kacau sedikit.
  4. Masukkan ikan dan didihkan sebentar, kemudian masukan garam dan kiub ikan bilis.
  5. Masukkan lebihan air asam jawa dan biarkan mendidih lagi. Kemudian baru masukkan  bendi ,tomato @ terung jika suka.
  6. Kecilkan api dan didihkan hingga masak.Tabur sedikit serbuk lada hitam, biaekan seketika dan boleh tutup api dan sedia untuk di hidang.


Thursday, October 20, 2011

Cabutan Bertuah LCS

Assalamualaikuummm~~~

bosan dh ke tgk scone tun yg x jadi tuu?? hihi.. mmg ada scone yg doh dia cam cekodok ye? xpe la.. dr tgk scone x jadi tu baik tgk kamben omey nih... hihi...



LCS buat cabutan bertuah.. dr last week lg tun tgk nih, tp sbb mendemamkan diri, pastu tenet wat hal pulak, ni baru laa blh join. utk ke LCS, sila klick..



pastu kene tag "tagkan 3 geng kamceng tak kamceng korank :P" <- ayat jiya nih.. hihi

tun duk pikir2, sapa yg x kisah di taq utk GA camnih.. so tun tag 3 org nih ye.. tp bak kata jiya lagi "Tiada paksaan samada nak join atau tidak walaupon di'tag' :)"

3 org yg tun taq ialah:


hihi.. x kisah kan kene tag? tarikh tutup malam esok ye... (jumaat)..

ni salah resepi ke salah tukang masak??

Assalamualaikumm~~

 tengok title n3 tu mestu ada yg blh agak yg tun masak x jadi kan? hehe.. pagi ni mmg plan nk buat scone utk breakfast. saje2 nk gunakan puri labu dlm fridge tu, lagipun  kesian tgk buku resepi ni x khatam2 lagi.. kalau sapa2 yg pernah mkn scone mesti tau yg dia ala2 roti sket, tp guna baking powder. so, utk buat scone ni perlu uli2 sket, pastu terap bulat2..

masaalahnyer.. past masuk2 semua bahan.. doh dia nmpk cam gini...
.
.
.
.
.


sah2 laa xleh nk uli dan terap2 kan...

adoi... baca 2-3kali resepi, rasa mcm betul dah timbang semua bahan.. tun tambah tepung lagi.. still lembik, rasa blh wat cekodok je.. sabooo je laaa... last2 tun scoopkan, bakar dalam mapin cup.

alhamdulillah.. edible jugak.. rasa OK je.. luar keras2 sket, tp dlm lembut sangat..


 
ni rupa dia dalam buku resepi tuu


ni yg tun buat.. ada dah rupa dia tu.. hihi.. tp resepi tu perlu dibaiki spy blh terap2..

eh.. apa moral of the story ye? hmm.. owh, jgn percaya bulat2 kat buku resepi.. hihi.. ada buku pun still perlu try n error jugak. dan sbb ni laa tun lg suka tgk resepi yg org dh pernah try kt blog. buku resepi byk2 n mahal2 kt umah ni simpan wat koleksi dan bahan bacaan.. hoho


ps: terima kasih kepada semua atas ucapan tahniah semalam.. walaupun yg ucap tahniah tu ada yg viewer beratus2 ribu lemon dan dh ada yg sejuta.. moga ukhwah berpanjangan, insyaAllah..

Wednesday, October 19, 2011

THANK YOU!!! ^^ dh 100k rupa2nya

Assalamualaikummm~~~

hari ni terasa berbunga-bunga bahagia. pagi smlm dh tgk dh nombor kt page view tu, 99 000++.. wah.. teruja kejap, pastu sepetang sampai la mlm tak ngadap tenet sebab laptop wat hal. adapter rosak, laptop dh 5 tahun umurnya, dr time degree lagi nih. pastu bateri pun dh weak. tukar adapter baru, bila pegang lappy ni, mcm ada electric current ngalir. xkuat, tp terasa la jugak.. bahaya, kan? so kurangkan penggunaan smp laa my laling free nk gi tukar adapter nih..

nway, pagi ni tgk pageview 100 200! terasa sangat terharu.. walaupun orang lain dh beratus2 ribu view kan, tp bagi tun, mmg x terjangka pun ramai orang sudi singgah dapur yg serba kekurangan nih.. resepi2 pun banyak yang copy2 org punya je. nak reka sendiri x pandai.. dah laa baru setahun jagung aktif berblog.. tun start blog ni pun sbb my laling ckp kalau tulis blog boleh la share smtg yg bermanfaat. eh, masa tu blom my laling lagi.. still 'saya awak'.. hihi.. more than 2 years ago, x kawin pun lagi.. pastu dh stat blog tulis 2-3kali dh x tau nk tulis apa, dan  after that busy dgn persediaan kawin, pastu sambung master. bila mr.H me transfer bintulu (and my mum-in-law ckp 'kene ikut pindah'), baru la ada masa utk bereksperimen di dapur. masa tu cuma kenal myresepi, pastu few blogs mcm hanamemories. bila dah stat blog masak2 ni, baru laa slow2 kenal bloggers masak2 yg sgt happening. mula2 kenal kak haSue, pastu kak Nor, kak Izah, dan kak Mas. ingat lagi mula2 tegur kak haSue sbb ikut resepi crispy fried bread.. dgn sportingnyer kak sue dtg tulis komen kat n3 tun. mmg sgt terharu. terima kasih akak. 

memang baru 10 bulan tun aktif berblog, tapi terasa kenal rapat dengan semua rakan2 bloggers.. 1st time terima parcel dr kawan alam maya (kak nor hantar cajun), pastu 1st time berbalas msg dgn kawan blogger (kak anna), chatting2 kat FB, sampai laa bertentang mata dgn kak sue dan kak lieza.. dlm masa 10 bulan ni memang terasa sgt byk ukhuwah yg bertaut.. semoga ukhuwah kita semua berpanjangan, dan tun doa ada rezeki utk berjumpa dgn semua rakan2 bloggers.

wah.. apesal rasa mcm tulis novel/diary nih? huhuhu.. mode terharu, mula laa mengarang mcm surat cinta kan.. hihi.. apa2 pun, terima kasih sekali lagi kepada semua pengunjung Life is a constant battle.. tun amat menghargai semua pembaca yg tinggal jejak mahupun silent reader.. terima kasih..





hmmm.. sebagai menghargai kunjungan semua, tun ingat kan wat GA, tp xde idea nk GA pasal apa, dan xtau nk beli hadiah apa.. nnti dh ada hadiah2 yg sesuai, tun buat GA ye, insyaAllah.. sementara tu, tun bagi bunga2 rose kat garden tu. petik sendiri ye..  kali ni spek matching baju, kaler biru.. n sebelah yg omey lote tu, mama tun.. omey kan.. hihi... 

lots of love,
tun_telani