Tuesday, December 6, 2011

Doh Asas Roti Manis

tambah coklat emulco utk wat roti coklat

Assalamualaikum~~

Alhamdulillah.. pasti ramai yg berpuasa sempena hari Asyura arini ye.. semoga amalan kita diterimaNya insyaAllah. buat sahabat maya tersayang yg akan menjalani rawatan penting hari ini, semoga semuanya berjalan lancar, semoga sentiasa tabah menghadapi ujianNya.. insyaAllah.. kalau tun duduk dekat2 blh pergi melawat, tp skrg doa je yg blh tun kirimkan.

arini tun nak share resepi doh asas dr kak ros JM pulak. tun suka try byk2 resepi roti utk cari yg mana paling senang dan berkenan dihati.. ye laa, lain org lain taste-bud kan. masa buat ni berlaku accident sket.. huhu.. dah siap bibik ku menguli baru laa teringat yg lupa letak telur! huhu.. ye la, sbb buat 2-3 mende sekali time tu, sambil2 letak barang dlm BM, letak jugak dlm blender utk wat bekfes, last2 letak telur dlm blender je xletak dlm BM. tp alhamdulillah, elok je kejadian dia. lembut jugak, maybe sbb tun letak bread softener kot. tun suka sbb doh xlembik dan melekat2. so next time bila letak telur maybe tun akan kurangkn sikit air utk dapat doh yg senang dibentuk mcm ni.



Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux - tun letak bread softener
** tun buat roti dgn coklat filling, jd tun tambah 1 sk chocolate emulco dlm doh

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu - tun guna susu pekat

*untuk topping*  xletak, tun letak filling chocolate
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.  (tun akan letak 150ml air dulu, pastu bila BM dh start menguli baru tambah air sikit2 jika perlu)

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

13 comments:

Liza said...

salam tun...walaupun berlaku accident tp roti tu ttp nmpak gebu kan...buat roti ni bila time menjadi mmg syok sgt kan, tp time yg dia keras tu punyalah frust....hihihihi
tp org cakap belajar dr pengalaman kan....

Yana Shaiful said...

k.yana xcuba lg doh asas k.ros ni..nnt nk cuba lah..Tun,bread improver & softener tu fungsi dia lain ke sama..k.yana slalu guna bread improver jer..:=)

psstt..k.yana br jer mkn bun coklat urai..tak sempat nk post lg hihii

EmbunRosaliza said...

Assalam Tun, nape lah akk ni malasnya nak buat roti, selalu akk buat atas tu mcm kering je, tu yg malasnya. Cantik roti tun tu, berkilat

Zalieda Zaliedana said...

Assalam tun,kak ct pon hrp akak kita tuh selamat n semuanya berjalan seperti yg diharapkan..Moga akak ... tuh tabah menghadapi dugaan ni..Da rezeki leh dapat bb lagi..Kak ct mmg tension wat roti mgu lps n pau klmarin xnaik,yis 3pek lam kotak rosak,walhal xbuka lagi,adeii,geram jer,pagi tadi hubby g pasar,smpat la suh dia beli lagi..

Kak Sam said...

huahhh harap2 cik abg akak tak lupa le janjinya. Hari tu dah bagi hint tapi cam takde apa pun. Tun doakan akak erk... hehehe ada kaitan ke?

Unknown said...

amboi meroti lagi tun...rajinnya dia...cantik jer tgk roti tun ni. menu apa lak berbuka puasa hari ni yer:)

ibundo said...

salam tun. bundo berlegar2 di dapur tun ni sambil jeling-jeling menu yang ada.
bundo ambil buntu seketul..

nOOrsha said...

salam tun...lapo perut akak bile tgk ade roti kt sini..uhuhu..cicah milo, mantapp ni tuuunn..:)

Ummi said...

Assalam Tun, akak pun buat jgk roti ni minggu lepas, sampai xdan nak posing lawo2...snap jek bulat2 gitu, xdan nak operate isi....hantar gi rumah adik, minum2 petang situ...hehhehe... Memula wat masuk dlm BM x naik, guna yis yg dah buka agaknya, pastu 2nd round buat, guna yis baru buka, tu diaaa, naik penuh dlm BM...hehhe...mmg best eh, pekena dgn kopi O ujan2 ni!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

roti! i love roti . i take roti for breakfast tau! roti gebu adalah roti kegemaran:))

cik cek said...

Nak roti sebiji....emmm...harum semerbak bau roti....:)

maz said...

waaaa rjinnya adik kmaz ni mrotii..npe xsmpai pun utk kak...bila la angin mroti nk smpai ni..asik mkn rti bli jee..ujan2 memang best cicah rti nga kopi o kan..

quinnie said...

rajinnya tun buat roti...kita hari ni buat garlic bread kak ratna tu...harap2 elok la menjadiknya..hehehe