Monday, February 27, 2012

Ayam Bakar Halia


Assalamualaikumm~~

dh nk maghrib baru nk buka blog. td sepetang gi ziarah jiran yg x sihat, so sempat nk BW awal2. nway, sblm tertangguh2, nk letak resepi ayam nih :) mmg sedap sgt. duk tertliur2 tgk kak ummi nyer ayam, bila kak ummi letak je resepi,  terus tun gi defrostkan ayam :D 

resepi yg sgt senang nk buat. perap lama2 lg sedap. xleh nk bebel lama2, ada hal nk buat. hihi.. nnti tun BW ye ^^


AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - tun x tumis
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.

Thursday, February 23, 2012

Soft Japanese Sweet Bun



Assalamualaikum~~

lambat sket berblog sbb tuan dapur emotionally unstable sket pagi td. huhu.. nway, not smtg to be shared publicly, so i'll just write about the bread lah. 

dh lama x meroti.. yup, last week x meroti pun. biasanya kalau angin malas datang tu, bila keluar ke bandar time weekend akan singgah bakery beli roti. but last weekend, tgk2 bakery tu tgh renovate pulak. ada je bakery lain yg halal, tp roti dieorg.. hmmm.. kalau kasi 2-star tu pun kasi sbb kesian je. xde kualiti langsung. so, terpaksa la mengerahkan tenaga bibik ku ini.. macam laa susah sgt wat roti tu kan.. campak2, tunggu bibik uli, pastu bulat2. huhu..

ni wat ala2 cinnamon pull apart gitew ^^

last time nmpk mokwo buat roti ni. mcm menarik je. lagipun dh lama x try roti lain, asyik2 duk ulang basic bread tu je kan. biasanya tun malas sket nk wat water roux tu, sbb biasanya mesti ada yg lebih, simpan dlm peti, last2 rosak camtu je.. tp kali ni tun tgk kt resepi tu, water roux dia cukup2 je utk satu adunan roti ^^ suke! 

salasilah roti ni panjang jugak.. resepi asal dr Gert, mokwo tgk kat blog NoorMasri, dia pulak tgk dr anawahid, anawahid pulak amik dr blog kak nor, kak nor cnp dr blog kak hana, kak hana pulak tgk dr dapur kak ummi dan CMG. fuhhh.. penat gi cari salasilah roti nih.. /sweat  terima kasih kpd semua2 yg terlibat ye.. hihi.. 


breakfast pg td.. japanese sweet bun, scrambled egg (with lots of white paper! ^^ ) and grilled sausage. i think, sbb ada byk tepung gandum dlm resepi ni, roti ni agak mengenyangkan berbanding roti yg guna 100% tepung roti, dan texture dia pun agak dense.

resepi yg tun guna diolah dr NoorMasri, tun translate n simplified ye, sbb panjang sgt. hmm... tun rasa next time nk tambah sket yis dia, sbb lambat sket nk naik roti ni. 

Soft Japanese Sweet Bun
Resepi: Gert

bahan2:
  • 375g tepung roti
  • 100g tepung gandum
  • 35g susu tepung
  • 75g gula - tun letak 65g je
  • 3/4 sk garam
  • 7g atau 2 1/2 sk yis - nx time tun nk letak 3 sk
  • 1 bj telur- pukul sedikit
  • 150ml air suam - tun guna 130ml je
  • 40g butter, dadu kecil
  • 1  bj telur + sedikit air- utk sapu atas roti - tun xletak

Water-Roux Paste/Tang Zhong:
  • 25g tepung
  • 125ml (1/2 c) air

 Cara2:
  •  
  •  Buat water roux terlebih dahulu. campurkan tepung dan air, dan masak atas api sederhana sampai jd paste yg pekat. kacau2 sampai x melekat di pan. sejukkan sebelum diguna.
  • masukkan semua bahan termasuk water roux dlm BM (kecuali telur utk sapu kt atas tu). setting utk doh dan tunggu siap.
  • dh siap uli, blh la bulat2 atau bentukkan ikut suka. prroff kan doh smp naik 2 kali ganda.
  • sapu atas dgn telur (jika suka) dan bakar pd suhu 180 C, 15-20 minit atau sampai keperangan. 

Wednesday, February 22, 2012

Shepherd Pie


Assalamualaikumm ^^

baru balik dr dapur kak yatie, tgk dia tunjuk shepherd pie... terus teringat yg tun blom letak lg shepherd pie ni kat blog.. hehe... buat 2 hari lepas. sbb tun x makan daging, so guna ayam.. sedap sgt!! tp.. tgk laa rupa dia yg buruk tuu.. uuu uuuuu.... sbb xde masher, tun mash kan dgn garpu je potato tu. pastu bila nk paipkan cantik2, dia tersumbat :( uhuk uhuk... xleh nk paipkan sbb x smooth. terpaksa la drop2 n penyet2 je atas tu. 


rupa xde, tp rasa 2 thumbs up!

resepi asal dr chef hanieliza, tp di guda oleh kak ummi cayang.. tq buat dua2 chef yg hebat! /XD nmpk je panjang ni, nk buat senang je ^^

SHEPHERD'S PIE
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar - tun guna dada ayam, diced
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - akak x letak pun
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun)
  • Garam secukup rasa


Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

Simple Breakfast




Assalamualaikumm~~~

menu breakfast dikala malas  busy. tun mmg suka combination potato+omalette /blush. carbo + protein, then masukkan sayur2 sket for the fibre. there, complete nutrition in a plate :D


told you my laling LOVEs sausage, so, whenever there's a sausage inside, most of the time he would say 'sedapnyer!'  /XD  bila ada org ckp sedap, berbunga2 la hati tukang masak ni kan.. hihi... menu simple2 camni mmg sesuai nk bw gi picnik or bekal gi sekolah :)

Omelette with Potato and Sausage
Recipe: tun telani

Bahan2:
  • 2 bj potato- dice,  rebus empuk
  • 3 bj telur
  • 2 btg sosej - slice
  • secekak daun saleri- dice (kalu suka ketumbar blh gantikan dgn ketumbar)
  • 1/2 carrot- grated (kali ni xde stok pulak)
  • garam
  • serbuk lada hitam
Cara2:

  • hancur2kan sket kentang rebus, jgn jd mash potato, biar kasar2.
  • gaul2kan dgn sosej, daun saleri dan carrot.
  • pukul telur dgn garam dan serbuk lada hitam, gaulkan dgn potato mix tadi.
  • masak atas non-stik pan dgn api sederhana. bila nmpk tepi2 tu mcm garing sket, terbalik kan atas pinggan, then slidekan ke pan utk masak bahagian atas pulak. 
  • serve mcm tu je or dgn sos ^^

    Tuesday, February 21, 2012

    Sambal Udang


    Assalamualaikumm~~~

    Masak sambal lagi! I just LOVEEE sambal dan masak merah /blush mkn tiap2 hari pun xpe. hihi..

    tried other recipes for udang.. tp mmg xde masakan udang yg lain yg buleh menggugat kecintaaan tun pada sambal udang. hoho..  even udang yg letak dlm mee kari kesukaan tun pun, tun 'kureng' sket. tun jarang2 beli udang (tun biasa alah sket, gatal2 bila makan, dan udang kolestrol tinggi, jd mmg elak dr selalu beli), tapi, tiap2 kali beli udang mesti akan buat sambal. 


    byk ni sekali hadap je tau.. hihi

    Masak sambal biasa2 je. kadang2 tun tumis byk2 lada tu, lepas tu frozen kan.. hihi.. pastu kalau ada hari2 yg malas atau x sempat tu, goreng je ayam pastu gaul2 dlm sambal yg dh ada. mmg hantu sambal betul kan :)

    Sambal Udang
    resepi: tun telani

    Bahan2:

    • 1/2 kg udang- buang kepala udang, bersihkan, dan tos
    • 1 bj bawang besar *
    • 3 ulas bwg putih*
    • 1/2 cm halia* (bahan * dikisar)
    • 5-6 sb cili giling
    • 2 sb kicap
    • 2 sb sos cili
    • 2 sb sos tomato
    • sedikit asam jawa
    • Garam
    • Gula

    Cara2:
    • Tumis bahan kisar bersama cili giling sampai pecah minyak. Masukkan gula dan tumis lagi.
    • Masukkan kicap dan sos cili. Tumis sampai agak kering. masukkan asam jawa, tumis kejap.
    • Masukkan garam, gaul2 dan masak sampai udang bertukar warna. perasakan garam. 


      Ayam Ungkep


      Assalamualaikumm~~

      Morning!!! eh, dh dekat nk tengahari pun. pagi ni bekfes ngan sekut kering je. hehe... bila my laling x bekfes kt rumah, mmg kompom dapur x berasap. dr zaman study dh biasa mkn biskut cicah milo/nescafe utk bekfes, xpun roti 2keping. padahal, kalau di ikutkan yg sebetul2nya, brekfast la yg paling penting dan buleh makan byk2 kan. kalau ikut citer Dream High, nk kurus, bekfes mkn byk2, lunch mkn sikit, dinner minum yogurt je kan ;) hihi... 

      nway, back to the menu, ayam ungkep ni xtau la zaman bila buat. bila tgk gambar, penat pikir ni lauk apa. haha.. siap buleh lupa tu.. pastu baru teringat ni resepi usha kat umah kak yana yg skrg ni tgh duk alahan tu. mesti damia seronok nk dpt adik ye. mish you la kak.. cepat2 sihat n update blog ye :)


      mmg sedap resepi ni. ada rasa ala2 ayam sambal hutan, tp xde cili giling. sbb tun suka mkn pedas, tun tambahkan cili padi jugak, pastu wat berkuah sikit. nyum! kalau xde idea nk masak apa lunch arini, blh la try masakan jawa ni ye. tun wat suku dr resepi asal.


      Ayam Ungkep
      Resepi: fidadaud@myr
      Sumber: kak Yana


      Bahan-bahan ( 10-12 orang )
      • 1 ekor ayam (Dipotong 8,10 atau 12)
      • 30-40 gm ketumbar - dikisar halus
      • 1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
      • 6 biji bawang kecil
      • 4 ulas bawang putih 
      • 1 icnh halia- tun tambah
      • Kunyit - sebesar saiz ibu jari
      • 1 batang serai - dititik
      • 3 sudu makan gula
      • Garam - secukup rasa
      • 2 cawan air 
      • 4 bj cili padi - tun tambah
      • Minyak untuk menumis

      Cara-cara
      • Panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.- tun blend sekali ngan halia
      • Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih dan serai.
      • Apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
      • Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
      • Masukkan air. Gaul lagi.
      • Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat. tun masukkan juga cili padi
      • P/S: Boleh juga gantikan ketumbar/jintan putih kepada serbuk ketumbar/jintan putih. Jika malas nak menumbuk, boleh juga dikisar.

      Monday, February 20, 2012

      Mad About Eggplant?? ;)


      Assalamualaikumm~~

      uwaaaaaaaa!!!!!! i'm not in a very good condition now. didn't managed to do any work. haish.. bad girl.. bad girl.. okay, mostly bcoz my laling took my lappy to his office the whole afternoon just now ( usually i did most of my work that time). its a new lappy, so need to install few software. yup, got a new laptop last week, the old one didn't managed to survive my master. huhu.. lucky for me the uni library was kind enough to email me the EndNote software and lisence, if not, i'm gonna be in a BIG trouble.. arigatou! /XD

      nway, told you before that nowadays, i was mad about eggplant. had pajeri terung few times already, made the sambal terung hasue, grilled terung kak noorsha, and even masak lemak with terung.  hehe..


      whenever i got no idea what to cook, pizza is always a savior. my laling loves eating pizzas.. hmmm, he loves lots of things actually. nway, pizza is one of his favourite thing. and it's easy to make too! if i'm in a hurry, i'll make up-side down pizza, but if i have some spare time to wait, i'll knead a pizza dough. for the filling, sausage is a must! i always had chicken sausage in the fridge, it's not that healthy, but i rarely eat sausage, so it's still ok, i guess. 

      for this one, apart from sausage, i sliced eggplants (about 1/2 cm each, I put 2 layers of eggplants!), n grated some carrots. about 10 minutes before cooked, i cracked an egg on top. it's yummy!

      Muffin Pandan


      Assalamualaikum~~

      what's up with 2 entries within a morning? owh.. it's already 12++ pm, so its ok i guess.. tries to focus on my reading about Utah Paradigm.. yeah,, i know, i heard it for the 1st time also (last week), but need to include it in my discussion. the paper is to 'wordly', altho it's only 22pages long. i might cought headache reading all the big words /blur
      from what i skim through, basicly it just told you that physical activity lead to strong muscle and that leads to strong bones. i wish there is a simpler explanation about the mechanism.

      nway, been reading my sis blog (dib, is it a private blog? sowii.. dh 'ter'baca). hmm.. teenagers life is complicated, glad i passed through those emotionally-unstable-rebellious-having-crushes-over-n-over-again stage safely. hopefully she pass those well also. but, wut's with a sir with short-n-tight shirt and pants that let others see his boxer when he bent over???  OMG /shock.. no wonder budak2 rosak akhlak, i think the kementerian need to brain-wash all the new teachers before letting them go for their posting. i've seen teacher (n even the so-called 'ustaz') taking 'advantage' of the students before (which involve texting and calling the 'pretty' students at night, n bawak 'jalan2' personally during school trip- some of the teacher are married-man!) n i hope it didn't get worse now. parents, be aware.. school is not that safe anymore. really!!



      nway, altho i'm really worried about my sisters, but insyaAllah they will behave. I'll pray that all of us will always be under His guidance, insyaAllah.

      Ok, back to the recipe. This is called 'muffin' but I think the texture and the method of making resembles cupcakes. for muffins, usually you dont need to beat the mixture till creamy, and you never use mixer in combining the flour. nway, whether it's muffins or cupcakes, this is really a 2-tumbs up recipe! so yummy and the fragrants during baking is heavenly. 

      tq for kak yatie n kak izah for sharing :D i make half the recipe and got 7 standard size muffins.


      MUFFIN PANDAN
      Resepi: kak Yatie
      Sumber: kak  izah

      Bahan-Bahan
      • 180 g mentega (unsalted butter)
      • 140 g gula halus
      • 2 biji telur
      • 80 ml susu segar
      • 1 camca teh esen vanilla
      • 220 gm tepung gandum*
      • 2 sk baking powder*(*disatukan dan diayak)
      • 1 camca teh pandan paste - i used pandan flavour n green colouring

      Cara membuatnya
      • Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
      • Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
      • Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..