Thursday, October 3, 2013

Blueberry Cheese Tart


Assalamualaikummm /XD

n3 cepat2 je sbb byk mende nk buat.. alhamdulillah, after lebih setahun duk fikir2 nk buat, akhirnya ada juga kerajinan nk buat cistat nih. tu pon sbb kak zizah (akak blok sebelah) nk order. haha.. teruk x? 1st batch buat utk org order. maklum laa, kos mahal dan ambil masa nk buat, jd kalau nk try2 dulu tu, fikir byk kali jugak. alhamdulillah menjadi :)

tun cuma penah makan sekali je cistat nih.. raya few years back mama order dgn cikgu sekolah. masa tu makan rasa mcm x sedap lgsg. crust dia rasa mcm xbape nk masak, 'lemau', tau x lemau tu ape? mcm keropok masuk angin, gitu lah.. maybe sbb tukang buat tu xsuka crust rangup kot.. atau mmg cistat crust dia x rangup? sbb tun bakar crust sungguh2 hati, lepas letak filling pon masih rangup crust dia.. maap la kalau yg beli tu x suka crust rangup /sweat


nway.. resepi usha kat blog 2 org tokey cistat ni haa.. tq atas perkongsian :x

Blueberry Cheese Tart

Crust
Resepi: Anna Qawina
Sumber: tun telani

Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)

Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara.
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.


Filling
Resepi : Kak Azita Zain
Sumber: Kak Sari Yusa

Bahan2:
  • 250 gm krim keju
  • 50 gm gula kastor
  • 1 telur B
  • 1 st esen vanilla/ esen lemon

Cara-cara :
  • Pukul krim keju dan gula kastor menggunakan hand mixer.
  • Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan dalam piping bag.
  • Ambil sedikit adunan krim keju dan letakkan pewarna biru atau ungu.
  • Masukkan filling blueberry dalam piping bag, picitkan secukupnya ke dalam tart shell.
  • Picitkan pula adunan krim keju tadi sehingga memenuhi ruang tart shell.
  • Gunakan lidi yang bersih dan lorekkan adunan krim yang berwarna di atas krim keju bagi membuat coraknya mengikut citarasa anda.
  • Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 5 - 10 minit. Sentuh sedikit permukaan krim dengan jari jika tidak melekat bermakna telah masak. Jika masih melekat, tambah masa 1 atau 2 minit lagi.
  • ** tun bakar sampai filling dia nmpk kembong dalam oven..

11 comments:

Mel said...

Hebat!!1st batch buat utk org order..Terorr tun ni *Puji minta orang anta sini gak*. hihi..

Sekarang tengok tun rajin wat kuih muih bagai, mel pun nak rajinkan diri. Seronok jumpa orang2 yang rajin. Bagi aura positif dan tambah rajin juga.

Mas said...

perhh...tahniah tun....
cantikk cheese tart tun tu...

mala said...

cantik kaler biru cheese swirl tu

Anonymous said...

saya suka guna resepi anna ni, sebab crust dia cruncy2 gitu

dulu penah try resepi lain lemau je jadi tak sedap bila nak gigit tu hihi

shell tart byk kat rumah tu raya haji ingat nak buat lah hehe klu rajin

ummiaisyah said...

kemas je tat dia....walopon pon fes taim..dh mcm pro....akak pon suka yg crispy...

ZalinZalina said...

Kak ina pun suka yang crunchy..cantik gak lorek kaler biru yek..

Anna Qawina said...

Alhamdulillah3x..Sayang Tun ketat2..x sia2 paksa buat..eh akk paksa ke? Haha..comel Tart tuh..prektis make perfek la kan..dah alam2 nnt makin meletop la..kalah kitaorng ni haa..
Yep akk pon suka rsp ni..mudah2han semua beroleh manfaat ats perkongsian hamba Allah tu kan..moga maju jaya Tun..*dah macam pegang maikropon ni haa..

asyifamustaffa said...

sama la...sy pun jual guna resepi ni gak...rangup kan...lepas letak filing dgn ciz pun masih rangup lg...klau lemau tu...cmne plak rasanya tu...?

Unknown said...

Salam Tun, minggu depan ada juga kwn order cheese tart blubery. Nanti akak refer blog tun ni ye.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

percubaan pertama??? gaya macam dah cuba berkali2 ni Tun, tahniah!!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

malu kat tun.. akak dah pemalas buat sebarang jenis tat skrg ni.. acuan ada 3 beradik dok bertapa je dlm gobok.. hehe..