Assalamualaikum :)
Arini dah 9 Muharram.. insyaAllah, mari sama2 puasa sunat dlm bulan Muharram nih.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
“Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah
puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam
merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardhu.” (HR. Muslim, no. 1982). sumber: ekhutbah
esok 10 Muharram, jadi insyAllah, mari sama2 puasa sunat hari 'Asyura :D
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,
وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
“Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim no. 1975)
Bilakah Hari ‘Asyura Itu?
Hari ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram.
tp sebab kaum Yahudi pun puasa 10 Muharram ni kan (...Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini.. ), jadi lebih elok jika digabungkan puasa dgn hari sebelum atau selepas.. (seelok2nya 9 dan 10 Muharram), tp blh juga puasa 10 Muharram saje.
ok.. selamat berpuasa! puasa2 pon, misi mengurangkan berat diteruskan dgn masak lauk2 yg lebur je.. haha... masalahnyer, masak lauk2 lebur rasa mcm sedap je, jd makan byk jugak.. saboo je la. xde disiplin lgsg.
resepi ayam masak tempoyak ni, tun jumpa kat mesra.net, tp tun olah sesuka hati ikut tekak sendiri ^^ aritu angkut tempoyak yg mama buat dgn byknyer. penuh peti ngan tempoyak. hihi
Ayam Masak Tempoyak
resepi asal: mesra.net
olahan: tun telani
Bahan2:
- 1/2 ekor ayam
- 5 bj cili padi- tumbuk
- 1 batang serai - ketuk
- 2 sudu besar tempoyak
- 1 sk serbuk kunyit / blh juga guna kunyit hidup
- Air secukupnya
- Garam
Cara2:
- Masukkan semua bahan dalam periuk.
- Didihkan hingga ayam masak.
- Perasakan garam.
6 comments:
oh..sedapnya tempoyaknya...nanti balik akan ku bawa juga..hihii
Selamat berpuasa dear Tun
dapat kuah pun kira dah ok hehe.Makan nasi bertambah tambah ni..bahayo :)
Resipi ala2 diet ke Tun? alaa...mana ada tempoyak? tapi durian tu bukan kolestrol ke? hehe..belasah je la Tun. Akak puasa juga hari ni, semalam terbabas tak sedar bunyi jam. Ni pun sahor dgn air masak je.
Sedapnya makan nasi hangat nih... nyum2x
semlm mala pun masak tempoyak juga tap guna ikan kacang-kacang. itu ja yg ada. 3org ja yg makan. kakak2 tak makan ... sorang mmg tak makan durian sorang lagi tak suka masam kata rasa pelik
Salam...sedapnya jika ada tempoyak. Bila dah habis stok durian memag terliur lihat org masak ....kena tunggu musim durian tiba.
Post a Comment