Assalamualaikummmm :)
Sejak musim Restriction Movement Order COVID ni, dah lebih 10 kilo tepung gandum habis 😂 Terapi diri supaya tak terlalu stress takleh kuar rumah, maka ku kuar masuk dapur.. kih kih..
Jadi aktiviti budak2 ni juga, main doh. macam-macam bentuk la kan jadinya. Tapi Alhamdulillah, ada la satu tray yang cantik sikit. Sebab memang niat dan bagi roti sosej ni ke jiran2.
Duduk taman ni, Alhamdulillah dapat jiran yang lebih kurang sebaya belake, anak2 pon lebih kurang sebaya 💗 Petang2 biasanya lepak sama2 sambil tunggu anak2 main basikal kat depan rumah. Bila rajin angkut la kuih makan sama2.
Musim PKP ni, semua pakat letak atas pagar je. huhu... semoga cepat kembali normal.
Resepi ni resepi yang Tun olah dr pelbagai resepi. Ni yang paling simple dan paling kerap Tun buat sebab takde bahan-bahan special. Siapa yang selalu masak, memang ada semua la bahan2 ni kat dapur.
Basic Bun / Doh Asas
Oleh: Tun Telani
Bahan-bahan:
- 500g tepung (guna tepung gandum pon ok, kalau nk tahan lembut 2-3 hari guna tepung roti @ high protein)
- 1 peket yis (tun guna Mauripan)
- 1 bj telur
- 100 g gula (utk bun manis, boleh kurangkan kalau xtak terlalu manis)
- 125g butter/marjerin
- 125ml air sejuk
- 1 sk baking powder
- secubit garam
Cara-cara:
- Tun guna BM, jadi masukkan je semua dalam BM, uli 2 kali supaya lembut gebus gebas. Setting tun 14 minit, buat 2 kali.
- Kalau uli tanga, boleh campur semua, uli sampai tak melekat kt tangan dan doh licin.
- Biarkan naik 2 kali ganda.
- Tumbuk2 doh dan uli utk kuarkan semua angin.
- Boleh bentukkan sesuka hati.
- Bakar 15-20 min, 180C bergantung kepada oven masing2
Selamat mencuba.
Stay safe, stay home
2 comments:
Wah! 10 kg tu Tun... kira banyaklah juga. Kak baru habis 2 kg tepung gandum, campur tepung beras, tepung pulut adalah dalam 3 kg heheeee.
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.
Post a Comment