Wednesday, August 24, 2011

Kek Lapis Bumi

Assalamualaikumm~~~

Malam ni mlm 25 ^^ mari tido awal supaya dapat bangun qiam, iA =) habis terawikh baru nk online, huhu.. hari ni duk ngadap baju raya. sebab baju plain, kene laa jahit manik2 kat lengan tu. me ni bukannyer jenis yg pakai tudung gaya2 kan, so nnti satu badan plain, dh la baju kelabu. nnti baju kelabu, tudung kelabu.. nasib baik kasut raya x kelabu jugak ye.. kui kui....

nway, ni 2nd kek lapis yg me wat! wee.. adakah nmpk sedikit improvement?? boleh laa kan. hihi.. nmpk lapisan hijau kt tengah tu mcm nipis sket kan.. tu sbb telah berlaku accident.. huhuhu.. me kukus 5 minit, pastu cuah je lapisan lagi satu.. rupa2nye lapisan bawah ada bahagian yg cair lagiii!!! uhuk uhuk... so lapisan hijau tu dia dh ada tercampur2 pastu turun ke bawah (xde dlm gambar ye, gambar tunjuk bahagian yg cantik je.. haha..).. jd, pesanan kt kawan2, SEBELUM TUANG LAPISAN SETERUSNYA, TEKAN2 DULU TGK DAH KERING KE TAK..  xtau laa apa masalah kukusan me nih, pas 5 minit x kering lagi, ada lapisan yg sampai 8 minit baruu laa kering. tp tgk kek tu, nmpk kering sgt ke? rasa dia Ok je.. cuma me x expect rasa nescafe dia agak kuat. bagi yg x minum caffeine mmg x sesuai kot. 

apa2 pun, tq kak sue dan kak dayang atas resepi yg senang ni.. xde laa lama sgt wat nih.. (sbb 6 lapisan je kot. hihi...) 


 hmmm.. nape tgk org lain buat lg moist ye?


Kek Lapis Bumi (Kukus)
rujukan sumber asal : HaSue@Myr
resepi olahan : DayangJack@DapurKu Sayang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air


  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/4 cawan serbuk holicks
  • 5 biji telur gred A 
  • 225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
  • 4 sudu besar serikaya
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2  sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air panas)
  • Pewarna hijau dan kuning
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.   ni ikut kukusan kot, tun 6 minit tu still ada bahagian yg basah, jd tekan2 sikit check samaada dah kering sebelum tuang lapisan seterusnya.
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  11. Akhir sekali ialah adunan nescafe. Ulangi proses hingga habis.
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Tuesday, August 23, 2011

Tauhu Singapura


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dh masuk malam ke 24 Ramadhan.  Alhamdulillah jugak masih lagi berpeluang menunaikan solat sunat terawikh. Kalau kat kampung ni, rasa2nya start seminggu b4 raya, saf2 kt surau tu makin berkurang. huhu... sibuk kt kuih raya agaknya. sepatutnya 10 mlm terakhir berusahalah utk mengejar lailatul qadar (peringatan utk diri sendiri juga nih.. insyaAllah..).

ok laa.. mlm2 ni nk tayang menu berbuka td. ptg khamis ni dh nk balik kg kan, so skrg operasi clearkan peti sejuk. tgk ada tauhu sepeket lagi, bila ntah belinya... haha.. survey2 resepi, ternampak menu ni kat umah CMG. kacang pun ada lg lebih wat rojak aritu. senang betul wat ni, xde masak2 pun. mula2 konpius jugak sbb xde masak2, so daku pun men-spam wall FB CMG tu. tq for the quick reply ye. dapat lah menghabiskan tauhu ni dgn jayanya ^^

Tauhu Singapura
resepi: CMG @ DTS

BAHAN KUAH KACANG :-)
150 gram kacang tanah
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus, gunakan air masak)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca besar kicap pekat

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
4 keping tauhu, digoreng dan potong dadu
1/2 biji timun, diracik halus
1 biji sengkuang saiz kecik, diracik halus
2 genggam taugeh, celur sekejap dan toskan
Hirisan halus cili padi merah (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KACANG :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan, buang lapisan nipis pada kacang tanah tadi dan kisar. Masukkan ke dalam bekas, tambah bahan kisar halus, jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (selalu kuah kacang sedikit manis), jika pekat tambah sedikit air, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  2. UNTUK TAUHU SINGAPURA :- Susun tauhu goreng yang telah didadu dalam pinggan. Letak hirisan sengkuang, taugeh dan timun atasnya, curah kuah kacang dan tabur hirisan cili padi. Hidangkan segera...




German Cookies


Assalamualaikum~~

hihi.. org lain dh berderet2 list biskut raya, me baru je nk stat. thesis tun tu bukan laa dh hantar satu buku tau. baru je hantar 2 chapter, ada lagi 2 chapter besar dan 1 chapter kecik.. hihi.. ada yg dh ckp congrtaz lak. apa2 pun, terima kasih me ucapkan. skrg ni ada chapter yg dh siap separuh, dan ada yg baru letak points. mudah2kan chapter2 seterusnya pun dpt ditulis dgn pantas. sbb supervisor suruh submit 2 chapter b4 raya, tu yg hepi sbb dh xyah pk buat masa skrg, nnti lepas raya baru kita pk pasal chapter lain. haha...

ok, meh tgk kukis yg pertama me buat. me wat pas blk terawikh mlm td (sini isyak awal, so dlm ko 930 tu dh blh masuk dapur, xde laa lama sgt wat biskut nih). sama lak dgn kak izah ye. ni 1st time me guna potato starch dalam masakan. jakun pulak rasa.. doh sgt lembik dan agak melekit, nk wt bulat2 tu pun kene tekun. me simpan dlm fridge jap supaya mudah nk bentuk. n sebab nama biskut raya kan, kene laa ada manik2.. hihi... wat 2 adunan, satu yg asal, satu lagi tun tambah choc paste (sy cintakan coklat! hihi). mmg bila makan tu tergezut. haha.. mcm gula2 kapas, mencair dlm mulut! bagi yg suka kan texture tart, maybe akak suka mkn nih. kan tat pun style cair2 penuh mulut bila makan. tun sebijik dua buleh la, pastu xleh gi dah.. me jenis yg makan biskut crunchy2 krup krap krup krap.. huhu..


apa2 pun, terima kasih pada penyumbang resepi. harap2 adik2 tun suka biskut nih.

GERMAN COOKIES
source : Rima
copied: kak Nor

Ingredients
125g butter - high quality
40g icing sugar (sieved)
125g potato starch
80g superfine flour (I used Plain Flour)

Method
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 min.
** for chocolate flavour, tun added half teaspoon of choc paste.

Monday, August 22, 2011

Donut Ball (Resepi II)

Assalamualaikumm~~~

wahh.. buka dashboard penuh gambo org tayang kukis..  tun plan nk stat mengukis arini, tp lambat pulak balik dr kedai. kalau stat skrg takut nnti lambat pulak masak utk buka puasa. eh, lupa pulak nk ckp, pagi tadi hantar 2 chapter thesis.. weeee~~~~~~~ alhamdulillah. sebab tu baru blh wat projek biskut n kek raya. plan nk wat sikit2 je sbb nnti nk blk wat biskut raya ngan adik2 kat kampung ^^

donut ball ni wat utk buka puasa semalam. xtry pun resepi I, hihi.. ni untungnya cuba lambat2, terus try versi improvise.  hihi.. tun pemalas kan, tuang je semua, pastu adunan sgt2 lembik.. uu uuu.. len kali nk letak air sikit2. sbb lembik, tun tambah tepung lagi. tp xtambah byk sgt takut keras. sbb lembik tun bulat2 ngan sudu pastu letak tepung kat tangan baru wat bulat betul. apa2pun, sedap dan senang resepi nih. dh try donut ball ni malas dh nk wat donut biasa. haha.... 

resepi dr kak Dayang. ramai dh try nih.. ce try gugel, mmg byk kuar. hihi..

Donut Ball (Resepi II)
resepi: kak Dayang

bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.  - tun etak chocolate filling. nyummyy!!!





Friday, August 19, 2011

Rojak Tepung, Ayam, dan lain-lain.. hihi



Assalamualaikum wbt~~

arini dah 19 Ramadhan ye.. esok dh masuk fasa baru, 10 mlm terakhir. insyaAllah, tahun ni, mari sama2 kita mengejar lailatul qadar. arini nk kene cepat2, tiba2 banyak pulak kerja nk wat buat.. nnti dh settle few things me marathon BW yer. kalau ikut hati masa tgk dashboard td mcm nk klick semua page, tp sabo.. sabo.. perlu tahu mana priority. pas zohor nnti nk keluar bandar beli barang2 utk majlis iftar esok. insyaAllah, iftar esok nk wat majlis sket kt umah sempena nuzul Qur'an aritu, sini kan x cuti, xleh wat rabu aritu sbb xde org nk nolong. alang2 tu, sabtu tu dh malam 21, insyaAllah niat tambah saham akhirat. sape2 yg tinggal kt area bintulu jemput la dtg umah ye =) kalau yg duk mukah tu nk dtg pun kami alu-alukan juga ^^

ok2.. menu iftar semalam. rojak tepung yg x berapa tepung jd nyer sbb byk bahan2 lain.. me xbiasa makan ni, len kali me nk letak mcm2 dlm cucur tu, kasi lg sedap.. hoho.. kalau campur taugeh, daun bawang, udang or ikan bilis sure lg sedap 'tepung' tu.. apa2 pun, alhamdulillah, selera je makan =) terima kasih kt penyumbang2 resepi. me cnp je ye, byk kerja nk wat nih.

ROJAK TEPUNG
Resepi Asal: KAK HANA
Sumber: KAK IKA

Bahan-bahan

UTK KUAH
  • 10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
  • 40g kacang tanah - goreng n blend
  • 40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)
  • *segenggam udang kering
  • *sebiji bawang besar
  • *5 biji bwg merah
  • *3 ulas bwg putih
  • gula melaka
  • air secukupnyer - dlm 6-7cwn
  • garam
  • gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)
UTK TEPUNG ROJAK
  • 2 cwn tepung gandum
  • satu sudu makan rata yis
  • 3 sudu gula
  • garam
  • air
  • pewarna kuning - optional
  • myk utk deep fry
BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
  • timun - hiris
  • tauhu - goreng n hiris
  • tempe goreng - hiris
  • sengkuang - hiris
  • salad lettuce - hiris
  • kangkung celur (optional)
  • taugeh celur (jika suka)
  • telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
  • kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
  • ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
  • mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee



Cara-cara
  • UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
  • blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
  • masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
  • pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
  • bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
  • UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
  • dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
  • perap adunan selama 1 jam.
  • panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
  • CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)

Thursday, August 18, 2011

Murtabak Sardin Cream Crackers


Assalamualaikumm~~~

ingat nk masukkan n3 pagi td, duk dpn lappy, tgk2 kamera xde.. my laling bw gi opis pulak, dh laa gmbr xtransfer lagi.. ni dia baru balik, cepat2 me transfer.. xleh tulis byk2 ni, my laling ada hal nk kene gi bandar, so nk mengikut laa..  alang2 tu blh me singgah bakery. kui kui.. ye laa, masing2 duk tunjuk biskut raya, tergugat gak nengok. biasa wat kuih kt kampung, kt umah sini mana laa ada acuan kuih tu kan. malas la pulak rasanyer nk beli baru. nk wat bulat2 semua buleh tak? hihi...

ok la... nk salah satu menu iftar semalam.. alhamdulillah, walaupun me kurang sket mkn sardin (selain wat sambal tumis), tp sedap pulak mkn murtabak sardin me. my laling mmg hantu sardin, mmg sedap betul tgk dia makan.. tq akak noorsha ku cayam atas resepi yg senang n sedap nih. len kali blh wat lagi =)

RESEPI MURTABAK SARDIN CREAM CRACKERS
Resepi Asal : kak noorsha

Bahan² Untuk Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar -didadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
garam &; gula secukup rasa
2 biji telur
2 bj limau kasturi- amik jus  <- ni tun tambah

Bahan² Untuk Topping
Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)


Cara² Untuk Inti
1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.  tun tambah jus limau kasturi.


Cara² Untuk Melapis Murtabak
1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
5. lapis sampai inti yang terakhir.
6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)   (tun bakar x sampai 30 minit dlm 25 minit je kot dh nampak perang2.. ikut atas oven laa ye )

Wednesday, August 17, 2011

Kuih Kaswi Gandum dan Salam Nuzul Qur'an


Assalamualaikum...

dh 17 Ramadhan hari ni, terasa sedikit 'kosong' sbb takde program khas atau kuliah yg dpt di attend utk memperingati sejarah besar penurunan Al-Qur'an. browse jugak rancangan2 kt TV terutama Oasis dan TV al-Hijrah, xnmpk pulak mcm ada rancangan yg relevant *kecewa*..  nway, kalau nk info yg lebih pasal nuzul qur'an, blh refer SINI, me pun jumpa sbb google td. 

byk tak kuih kaswi me tuuu... me wat 1 adunan. kaler dia lebih pekat sbb me guna dark brown sugar utk kedua2 portion gula. wat byk sbb nk bw ke surau utk moreh semalam, kumpul pahala lebih sempena nuzul.. tapi kannnn......... me gi surau tu, tgk2 jemaah, alahaiii berapa kerat je yg ada.. *kecewa lagi*. xde pengisisan apa2 pun.. hmm... maybe org x perasan kot arini Nuzul Qur'an. wallahua'lam..  

resepi kaswi ni, spt yg lepas jugak, ceduk kt umah kak izah.. tq akak izah ku cayam!


KUEH KASWI GANDUM
resepi: Chef Hanieliza.fotopages
sumber: kak izah


Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir  * yg ni tun guna gula merah juga
*saya tambah beberapa helai daun pandan


Masakkan semua dan sejukkan


2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]   * letak utk kuih kaswi yg pejal
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam


Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.
 
 ps: tun xde sumber kelapa parut kat sini, so guna kelapa kering. campurkan dgn sedikit air atau santan dan panaskan, pastu blh guna mcm kelapa parut biasa (tp of course la kelapa parur fresh lg sedap)

pps: semoga dpt memanfaatkan Ramadhan yg semakin hampir ke penghujungnya.

Tuesday, August 16, 2011

Kerabu Bendi

Assalamualaikummm.........

beberapa hari blog ni sunyi sepi.. huhu.. ada majlis berbuka dua hari berturut2, jd x masak utk iftar la.. sahur msk telur masak kicap je. hihi.. bkn selera sgt nk mkn time sahur, tp sahur jugak laa, sbb nabi ckp apa yg bezakan puasa kita dan puasa yahudi ialah sahur.. 


عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
(Hadis riwayat An-Nasaie.)

sumber: iluvislam 


semalam berbuka ngan roti jala, tp sbb dh byk kali letak resepi roti jala kt blog ni, maleh pulak nk amik gambo.. pastu, rasa mcm nk mkn sayur pulak.. n sebagai pencinta bendi yg tegar, me mmg selalu beli bendi dgn byknyer.. xtau nk masak camner utk padankan dgn roti jala, so me wat kerabu laa, blh meratah ^^ google tenet, xde pun org yg dh letak resepi kerabu bendi nih, jd me pun sesuka hati laa mengerjakan dia. muahahaha... tp mmg sedap rupanyer bendi ni dibuat kerabu.. me ratah ni je time buka puasa, sampai roti jala mkn 2 bj je. hihi... kalau rasa nk berdiet buleh wat sokmo nih..

me share resepi utk pencinta2 bendi tegar mcm kiteorg ni ye =)

Kerabu Bendi
Resepi: Tun Telani
Bahan2:
  • 15 bj bendi
  • 2-3 bj cili padi- ikut tahap kepedasan masing2 ye - hiris halus
  • 2 sudu besar ikan bilis- goreng dan tumbuk kasar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 btg serai- hiris halus
  • 1 bj limau nipis/ 2 bj limau kasturi- amik jus dia
  • 1 sudu kecil gula

Cara2:
  • didihkan air dan celur bendi sebentar. jgn lama sgt, nnti x sedap. nk dia rasa rangup2. lepas celur baru di kerat2 menyerong. jgn kerat sblm celur, nnti dia jd terlalu berlendir.
  • Gaulkan dgn semua bahan.
  • Siap utk dihidang bersama nasi atau ratah saja bg yg ingin berdiet.. hihi..




Saturday, August 13, 2011

Basic Doh dan Chocolate Filling

Assalamualaikumm~~~

hihi.. ada ke orang len wat roti puasa2 nih.. me pon x berapa selera nk mkn roti, tp dh ada yg mintak suruh wat roti kan, layankan je.. ni roti yg separuh me wat roti john tu.. xkan nk wat roti john sampai 14 biji kan.. hehe..  wat camni, pas moreh blh bw gi surau bagi2 kt sapa2 yg ada kt surau tu.

ni 1st time me guna Basic Doh kak nor yg glemer nih. gebu je keadiannyer.  chocolate filling pun cilok kt umah kak nor jugak.

BASIC DOUGH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
  • 100ml air
  • 100gm water roux*
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30gm butter
  • 30gm shortening

  • Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  • Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  • Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  • Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  • Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  • Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  • Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  • Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
  • 50gm tepung gandum
  • 250ml air

  • Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  • Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  • Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  • Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  • Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

CHOCOLATE FILLING (versi edit)
kredit pada tuan resipi asal : Puan Azlina Alias
sumber : K.Anna QawinaK.Nor
Bahan-bahan :
  • 250ml susu sejat
  • 180ml air suam
  • 180gm gula castor
  • 60gram serbuk koko
  • 60gram tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum (yg ni k.nor tambah)
  • 60gram mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
  • Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
  • Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau diblend.
  • Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
  • Masukkan mentega dan vanila.
  • Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
  • Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.

Friday, August 12, 2011

Menu Buka Puasa: Roti John



Assalamualaikumm~~~

arini lambat sket meletak n3, dr pagi duk kehulu ke hilir dlm bandar settlekan keje.. kagum x? skrg dh pandai drive sendiri ke merata tempat dlm bintulu nih.. ye laa, dah 4 bulan lebih pindah sini kan..  nway, mesti ada yg pelik nape roti john me tu x tertutup.. malu nk citer, ekceli roti tu atas dia terhangus sket.. muahahha... tu yg roti john me tu duk ternganga je.. kui kui.. me suka letak kobis sbb bila mkn ada rangup2 gitu. sedap! 

xnk ckp byk2 sbb nk gi BW pastu tgk keje sekolah jap. iftar arini xyah masak sbb my laling ada jemputan ke IKM sebelah nih, so me dgn x malunyer akan tag along.. bukan ape, sian kt kawan me kt sini, dia sorg je pegawai melayu pompuan, kene laa teman dia.. betol x? kalau ikutkan me ni, me lg suka masak sendiri, jenis yg suka makan kt umah. lagi2 duk sarawak ni, kdg2 makanan yg di order x kene ngan selera.

eh, dh tercakap byk dah. hihi.. 2 hari lepas kan my laling ni tiba2 duk sebut dh lama x makan roti.. so sbb me ni wife yg baik, semalam me pun kerah laa tenaga BM me uli roti.. doh tu separuh wat roti john ni, separuh lg wat roti ngan coklat filling. nnti la tulis n3 roti coklat tu. ni cnp resepi roti john yg sgt2 senang nk wat nih, rasa pun sedap..


Roti John Mudah
Sumber: umie @ myr

Bahan2:
  • 250gm daging cincang - tun cincang isi ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • sedikit garam
  • 3 biji telor
  • sedikit butter
  • 6 keping roti 'finger rolls' (yang pandai buat roti boleh buat sendiri... umi_e tak pandailah...)
  • sos dan mayonis (jika suka)
Cara2:

  1. Blend bawang dan bawang putih
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
  3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
  4. Belah dua roti jangan sampai putus
  5. Masukkan telor dalam daging cincang
  6. Pukul sebentar telor+daging
  7. Panaskan butter dlm kuali
  8. Sapukan adunan daging+telor atas roti  - tun letakkan adunan dlm kuali pastu telangkupkan roti atas tu, style org pasar malam masak
  9. Terlangkupkan atas kuali
  10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
  11. Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
  12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka

Thursday, August 11, 2011

Kerabu Pucuk Ubi


Assalamualaikummm~~~

arini xnk menulis panjang2, sebab nk wat keje sekolah.. hihi.. rajin! rajin! (padahal sebab supervisor dh hantar email ngan msg tanya progress.. huhuhu.. pose2 nih, slow sket berpikir.. maybe sebab kurang gula kot... kan gula penting utk brain function.. excuse, excuse.. time x pose pun slow jugak.. uhuk uhuk...) 

nway, wat kerabu utk menghabiskn stok pucuk paku yg dh sekian lama dlm fridge tu. nasib baik laa x rosak. kalau x membazir je..  me malas nk goreng kelapa segala bagai, lagipun xde kelapa parut fresh kat sini, so letak kerisik je. main campak2.. alhamdulillah, sedap.. makan dengan byknyer sampai x cukup utk bawa ke sahur.. kui kui...

Kerabu Pucuk Ubi
resepi: tun_telani

Bahan2:
  • 2 mangkuk pucuk ubi kayu (lepas rebus dapat semangkuk je ni)
  • 1 mangkuk taugeh
  • 2 bj bawang merah @ 1 bj bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 sudu besar ikan bilis- goreng dulu *
  • 1 inch belacan- bakar/goreng *
  • 1 sk kerisik
  • Garam
  • Gula

Cara2:

  • Rebus pucuk ubi kayu sampai lembut. Toskan dan perah air dia, pastu hiris2.
  • Tumbuk bahan2 bertanda *, pastu tumis sampai naik bau. Tambahkan kerisik dan gaul sebati.
  • Masukkan pucuk ubi kayu dan sedikit air jika perlu. (tun masukkan air sikit supaya senang nk menggaul sebati, kalau suka kering xyah tambah air)
  • Masukkan garam dan gula. Garam tu agak2 ye, sebab ikan bilis dah masin.
  • Masukkan taugeh dan gaul sebentar.
  • Siap utk dihidang bersama nasi atau bubur.


Wednesday, August 10, 2011

Kuih Bakar



Assalamualaikumm~~

Alhamdulillah.. dah masuk mlm 11 Ramadhan.. dah habis terawikh dah pun. Semoga terus istimaqamah dlm beribadah kepadaNya, iA =)

b4 cnp resepi, me nk share 1 majalah yg sgt best! ada kawan yg tolong belikan wiken aritu. me pulak lupa nk tanya mana dia beli, xtau la kt kedai buku or online. ni terbitan telagabiru (http://telagabiru.net.my/index/). majalah ni mcm majalah Solusi, tp utk remaja, tp xpe la, semua pun remaja at heart kan.. hihi... gaya penulisan pun menarik sbb nk tarik mintat remaja kot. me baru baca separuh, tp mmg penulisan yg sgt2 best. (terharu sbb best sgt, boleh x?) antara penulis artikel are Ustaz Zahazan (me suka ustaz ni!) dan Ahmad Fedtri Yahya TV3 tu.

Ini isu perdana (volume 1 laa kan).. berikan sokongan anda ^^
** iklan ini tdk berbayar ye.. hihi..

Ok.. back to kuih bakar yg sedap! b4 this me wat kuih bakar resepi lain tau.. resepi tu mcm jd lembik sket.. yg ni just nice. suke! resepi tun culik kat dapur cik cek, cik cek pulak usha yg CMG.. tq kpd penyumbang2 resepi.. tun cnp resepi asal, pastu tulis cara tun wat ye..


KUIH BAKAR PANDAN
Resepi Asal: CMG
Resepi: Cik Cek

Bahan2:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 - 3/4 cawan gula..( nak kurangkan pun boleh...)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis...
  • 2 biji telur gred A
  • 300 ml santan...( aku guna sekotak santan Ayam Brand -200 ml + 100 ml air...)
  • 125ml jus pandan...(kisar 3 - 4 helai daun pandan dgn air....tambahkan air kemudian tuk dapatkan 125ml jus pandan...)
  • 1 sudu besar minyak masak canola...( resepi asal guna minyak sapi yg dicairkan....)
  • 1 sudu kecil pandan paste Nona...( nak guna jenama lain pun boleh...)
  • Beberapa titik pewarna hijau apple STAR BRAND...
  • Bijan secukupnya utk ditabur atas permukaan kuih....

Cara2:
  • Campurkan bahan2 kering ...tepung...gula ....garam dan serbuk kayu manis kedalam mangkuk....gaul sebati...ketepikan....
  • Campurkan pula bahan2 cair....telur....santan...jus pandan dan minyak masak canola...kacau sebati....
  • Campurkan bahan2 cair kedalam bahan2 kering tadi....gunakan whisker gaul sebatikan adunan.....masukkan pandan paste dan juga pewarna hijau....tapiskan adunan......
  • Panaskan oven 200 darjah celcius...( aku guna microwave...)panaskan baking pan sekitar 3 minit....kuarkan dari oven...sapukan/spray minyak masak kedalam acuan baking pan....
  • Tuangkan adunan kuih bakar kedalam acuan baking pan....taburkan bijan diatas permukaan kuih...bakar dalam lingkungan 20 - 30 minit atau sehingga kuih bakar masak...kalau suka kuih bakar yg agak garing permukaan dan bahagian tepinya bolehlah dipanjangkan sedikit waktu membakarnya...terpulang citarasa masing2 k....jgn lama2 sgt lak dibakar...garing dan keras lak jadi kuih bakar tu nanti....
  • Siap dah...biarkan sejuk...sebelum dikeluarkan dari acuan....senangkan....

ni yg tun buat.. lebih kurang je, cuma versi pemalas.. kui kui...

Bahan2:
  • 1 c tepung gandum
  • 3/4 c gula
  • 1/4 tsp garam
  • 2 bj telurBulleted List
  • 200 ml santan (1 kotak)
  • 100 ml air
  • 1 tbsp minyak (guna minyak masak biasa)
  • 1 tsp perasa pandan
  • sedikit pewarna hijau
  • Bijan secukupnya

Cara2

  • masukkan semua bahan dalam blender.. pastikan masukkan tepung last sekali supaya tepung x melekat kt blender
  • tuang dalam loyang yg telah disapu minyak atau dlm apa2 acuan.
  • bakar 200 degree selama 20-30 minit.
  • siap =)
sedap!


Angel Hair Goreng Pedas Berempah


Assalamualaikum...

uwaa.. gambar kite blur... tensi! tensi!! xtau laaa nape.. nk kate salah setting, mmg biasa guna auto je.. huhuhu... amik 4 keping, empat2 x sharp! huh! majuk ngan kamera tu kejap.. tp bila pk2 maybe sbb amik cepat2 kot. ye laa, dekat2 nk buka puasa tu hidang2, pastu baru amik gambar.. nk kejar2 duduk kt meja nunggu buka pose lagi kan..

..... update: eh, lepas post tgk xde laa blur sgt gambo tu.. kui kui..


nway, ni wat sekali ngan sagu santan gula melaka tu.. patutnye nk letak n3 semlm, tp dh xde tenet kan, marathon la semua sekali arini.. tgk resepi tu, ada cajun kan.. so dh blh agak sape tuan resepi dia kn. hihi... mmg femes resepi ni, ramai dh wat. tun je yg lambat. tunggu bulan puasa dulu baru laa teringin nk mkn mcm2 kan =)

k, cnp cepat2. nk wat keje sekolah nih.

Angel Hair Goreng Pedas Berempah
Resepi: kak nor

Bahan:
  • 200 gm angel hair
  • 150gm daging kisar - tun guna chicken ball, sosej, dan crab stick
  • 3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
  • 1 labu bawang besar *
  • 1 biji tomato (besar) * (*dipotong dadu)
  • 1/3 biji capsicum merah *
  • 1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong panjang)
  • 1/2 batang lobak merah ~ disagat kasar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar ~ kurangkan jika tak nak pedas sgt - tun guna cili giling
  • 1/2 sudu besar cajun
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 cawan air rebusan makaroni
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • garam
  • sedikit gula
  • daun sup ~ dihiris
  • minyak


Cara:
  • Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 1/2 cawan air rebusan)
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. tun tumis kan juga cili giling
  • Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar warna putih.
  • Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
  • Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
  • Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
  • Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
  • Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan masakan yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka pasta yg kering)
  • Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
  • Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

Sagu Santan Gula Melaka



Assalamaulaikummmm~~~~~~~

bestnyer ada intenet!! dr isnin malam intenet down, mmg mati kutu dibuatnyer.. nk buat keje sekolah pun xde mood (kalau ada intenet sibuk tgk blog pulak,, haish,, sila rajin2kan diri ye.. ckp kt diri sendiri).. nway, makan sagu lagii... saya suka sagu! ^^ hihi.. kan sagu nk wat bronok yg terlembik tu ada lebih, pastu dgn dukacita, tun pun simpan laa dlm peti.. lepas overnight, dia jadi pejal! weeee~~~ kan kalau letak dlm peti air dia tersejat.. huhu.. hepi! hepi!! lain kali kalau sagu terlembik lagi, simpan je dlm fridge semalaman tanpa cover, iA dia akan jd pejal. kalau lama sgt nnti jd keras ye.

actually kan, tun nk wat lompat tikam sagu, tp aritu x save pulak resepi dia. dh xde intenet kan, buat je la sagu santan gula melaka nih. senang nk ingat resepi ni sagu + santan +gula melaka. hihi..


sedap!! rasa pejal2 sagu, combine ngan manis gula melaka, dan lemak2 masin santan.. fuhh.... mmg xleh wat banyak2, nnti gemok!


biasa main campak2 je nih.. pandai2 laa bajet byk mana air gula dan santan yg diinginkan. ada org suka makan manis2, ada org suka kurang manis.. bajet sendiri la ye..

Sagu Santan Gula Melaka
Sumber: tun_telani

Bahan2

  • 1/2 c sagu
  • 1 1/2 c air
  • 2 sb gula
  • Gula Melaka
  • Santan pekat (tun guna yg dlm kotak)
  • Garam
  • Sedikit tepung jagung - jika suka santan jd pekat

Cara2

  • Masak sagu dengan air sampai agak pekat. Masukkan ke dalam loyang dan kukus 20 minit. Sejukkan.
  • Masak gula melaka bersama sedikit air sampai gula larut. boleh masukkan daun pandan jika suka. Sejukkan,
  • Santan dipanaskan dgn sedikit air dan garam. Masak dgn api perlahan sambil dikacau. Masak sehingga santan berwap dan ada buih2 kecil. Boleh dimasukkan sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air jika suka santan tu nampak pekat. Sejukkan.

Cara hidang

  • Scoopkan sagu tadi kedalam mangkuk.
  • Curahkan gula melaka dan santan.
  • Sgt sedap di makan sejuk ^^

Monday, August 8, 2011

Paprik Ayam Pedas


Assalamualaikum...

ni bukan menu iftar semalam tau.. huhu.. ni gambo yg duk dlm folder, dh nk bersawang dh nih.. huhu... semalam sgt sedih.. me buat kuih sagu, me x suka kalau ada putih2 biji dia tu, jd mmg biasanye me kukus lama sket. tp, smlm masa kukus tu, me pun gi la wat keje lain, smbil2 tgk laptop jugak.. last2 kan, me terover kukus! uwaaaaa~~~~~~~~~ jg lembik, dh x terasa sgt kenyal2 sagu dia tuu.. uhuk uhuk... dah laa nk bawa gi berbuka puasa umah kawan.. sbb dh terlambat nk x sempat nk wat kuih lain, me pun pasrah je la bw kuih sagu yg terlembik sket tu. potong pun jd x cantik, last2 me scoop guna sudu n gaul2 dlm kelapa.. uu uuuu... sgt segan nk tunjuk kt org. nasib baik laa kawan2 me berbaik hati n xde komen2 yg negatif.. huhu...

ok laa. me xde mende nk tunjuk, tu yg gi buka folder gambar tgk mana2 yg blh dimasukkan. biasanya me jarang letak n3 pasal menu2 yg dh bersawang.. tp xpe la, betulkan niat bg idea utk masak iftar, iA dpt juga pahala kan =)

me mmg sgt suka makan ayam paprik! siyes! kalau nk cepat ni antara menu campak2 yg paling me suka. kejap je dah siap.. xyah dh masak 2-3 jenis lauk sbb blh campak segala jenis sayur. tp masa me wat ni kan, peti me dh hmpir kosong n xde sayur yg sesuai nk letak (xkan nk letak sawi dlm paprik kan.. hehe....).. biasa me akan penuhkan dgn carrot, kacang panjang, kobis bunga, n capsicum.. paprik asalnye xde tumis cili boh, tp sbb me suka mkn pedas, me tumis cili boh jugak ^^

kalau ada sayur2 lg sedap ni


Paprik Ayam Pedas
resepi: tun_telani

  • 1/2 kg ayam - goreng separuh masak dgn garam n kunyit
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 3 sb cili giling
  • 3 sb sos cili
  • 3 sb sos tomato
  • 1 sb sos tiram
  • 1 btg serai- ketuk
  • 5 helai daun limau purut
  • Sayur yg disukai (carrot, kacang panjang, capsicum, kobis bunga, tomato) - masa wat ni ada sawi je dlm peti, jd xletak sayur :(
  • 4 bj cili padi- kalau nk lebih pedas blh ketuk atau belah 2
  • Garam
  • Gula

Cara2:

  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sampai wangi.
  • Masukkan cili boh dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan sedikit gula.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, dan sedikit gaul. Gaul sebentar dan masukkan ayam.
  • Masukkan serai, daun limau purut, dan masakkan sebentar.
  • Masukkan sayur dan cili padi, gaul sebati.
  • Perasakan garam.

Sunday, August 7, 2011

Menu Berbuka: Yong Tau Fu ^^





Assalamualaikummmm ^^

Tuan umah dh pulang ke bintulu.. jd dapur kembali berasap.. kt kampung pun dapur berasap gak, cuma xde la beria sgt nk amik2 gambar segala bagai kan.. ni menu berbuka semalam.. gara2 x dpt menahan godaan dr mek siam @ kak ika nun.. mmg hebat penangan YTF dr bangkok nih, smp org kt bintulu nih duk terkenang2 sepanjang hari.. haha.. mujur laa wiken, blh laa kuar shopping..

dulu2 masa zaman kt matrix mmg selalu terliur YTF nih.. ada jual kt bazar ramadhan, mmg sedap.. tp me xleh makan, sbb mmg gatal betul belacan dia. silap makan mmg 2-3 hari la duk bersin, siap blh demam lagi.. huhu. bila duk sarawak nih, mmg alhamdulillah, me xde problem ngan belacan. maybe sebab guna udang geragau yg fresh, dan bila masak sendiri, me goreng dulu belacan tu. jd x gatal pulak.

mmg sedap kuah YFT nih.. walaupun me wat terpedas sket.. haha... pedas2 pun, cuah byk gak kuah dia.. haha.. mcm2 kiteorg beli utk isi dia.. haha.. ada chicken ball, fish ball, set steamboat nyer isi (ada mcm2 bentuk dlm 1 paket.. suke! suke! ), sosej, ada telur burung puyuh, dan sayur2.. hihi..

jom tgk resepi yg sgt teramat senang ni.. siyes senang, me ingatkan susah nk wat nih.. cnp dr umah kak ika.. apa yg kak ika wat tu me ikut sebijik2 ^^

KUAH YONG TAU FU
REsepi Asal: Minami@myr
Sumber: Kak Ika

Bahan-bahan ( 5-6 orang ) <- tun mkn 2 org je, cuah byk2 kuah dia.. hihi

  • 10 tangkai cili kering>>Yg ni kita lebihkan
  • gula melaka atau kurozato>>yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)>>Lebih kurang 1/2 sudu besar
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan>>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air>>yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto
  • kacang tanah goreng- tumbuk (ni tun tambah)

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain

Isi dia tun celur dlm sup.. just rebus air dgn kiub ayam, pastu tambah halia dan garam sket.. =)

sedap! sedap! rasa mcm nk mkn lagi je.. hehe


Friday, August 5, 2011

mari mengangkut kad ucapan Ramadhan

Assalamualaikum..

bersiaran dr KLIA.. baru sampai dr kuantan, tunggu flight ke bintulu lg few hours.. hoho.. lama kan.. skrg ni x berapa sihat, batuk2 dan sakit tekak.. fuh, mmg mujahadah betul nk puasa bila ada sore throat ni kan. nk mengaji continuously pun susah.. mlm2 selalu lupa nk makan ubat pulak tu. huhu.. semoga cepat la sembuh ni, iA.

hari ni dh 5 Ramadhan. br nk mengangkut kad2 ucapan Ramadhan dr kawan. kalau ada yg terlepas pandang, cakap la ye =)


ni dr kak naz.. husna br belajar puasa, moga jadi anak yg solehah =)


ni dr kak noorsha.. gmbr kak sha mmg kaler cantik!

Align Centerni dr kak izah.. hihi.. omey kan =)

Align Centeryg ni kad ucapan dr kak ummi..

yg ni pulak yg kak rose


butterfly cantik angkut dr umah kak mas ^^

lastly, kad ucapan dr kak nor. time kasih akak =)

nk angkut kad dr umah kak sue gak, tunggu loading xkuar2 pulak kad kak sue... huhu..

Wednesday, August 3, 2011

Menu Berbuka Puasa: Nasi Dagang ^^


Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah, dh hari ke 3 dlm bulan Ramadhan yg mulia. semoga kita semua diberi kekuatan utk terus istiqamah dlm beribadah kepadaNya. mari berlumba2 tadarus al-Qur'an =) skrg lunch hour blh digunakan utk bertadarus al-Qur'an. masa me still kt uni, bila Ramadhan, kiteorg buat small groups utk tadarus sama2. kalau x sempat nk pergi pun, blh juga mengaji kt library sorg2.

Ok laa.. ni menu Iftar semalam ^^ best buka puasa kt umah =) tp kesian pulak kt my laling buka puasa sorg2 kt sarawak nun.. nnti nx week kita mkn nasi dagang ye.. nasi me still masak style lama, tp gulai tu dgn bahagianya me dh ada rempah gulai cap bunga ros ^^. resepi amik kt myr, tp me ubah sikit2 ikut cara org2 kampung masak ;)

owh, gmbr kurang sharp sket sbb me x bw balik kamera ke kg.


Nasi dagang

Resepi asal: yani@myr dan mamadzie69@myr
Sumber: tun_telani

Bahan2:

  • 3 cawan beras wangi
  • 1 cawan beras pulut
  • 400 ml santan (2 kotak)
  • 3 bj bawang merah- mayang
  • 1 cm halia- mayang halus
  • 1 sk halba
  • Garam
  • Gula - sedikit

Cara2
  • Rendam beras sekurang2nya 4 jam
  • Basuh, tos, dan kukus beras selama 5 minit.
  • 100 ml santan di campur dgn 100 ml air masak utk dijadikan santan cair. Gaul nasi dgn santan cair dan kukus hingga masak (bergantung pd kukusan, me dlm 40 minit)
  • Baki santan (300ml) digaul bersama bawang, halia, halba, garam dan gula.
  • Bila nasi masak, gaulkan dgn baki santan, dan kukus semula selama 5 minit.
  • Siap =)



Gulai Ikan Tongkol
Resepi Asal: minami@myr
Sumber: tun_telani

  • 1 tin santan(400ml)
  • 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia, dan 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering- potong, rebus, dan buang biji
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 6 keping asam keping
  • garam dan secubit ajinomoto- tun xletak ajinomoto
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • Sedikit nisan/ gula melaka - tun tambah
  • 1 sudu besar kerisik - tun tambah
  • 1 cm belacan
Cara2:
  • Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak.
  • Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul.
  • kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan.
  • cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan jika suka.
  • Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam,nisan dan kerisik. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol dan asam keping turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
  • Masak sampai kuah agak pekat.

ps: gulai ikan tongkol ini memerlukan masa yg agak lama utk di masak. jd buat persediaan awal =)