Monday, July 30, 2012

Menu Buka Puasa: Nasi Dagang


Assalamualaikum~~~~~~~

salam 10 Ramadhan.. dh berlalu 1/3 ramadhan rupa2nya.. dh juzuk berapa baca Qur'an? hihi.. (jawab dlm hati je la ye). semoga terus beristiqamah, insyaAllah. tun kurang sihat sket skrg. mmg sgt xselesa bulan2 puasa ni sore throat, pastu nk batuk2. pagi2 b4 terawikh makan panadol, sahur pun makan panadaol lagi. harap2 x berlarutan la, aminn.. 

nasi dagang ni menu wajib bulan puasa. tun buat hari sabtu aritu. kene wat time wiken sbb perlu ambil masa yg lamaaaa sgt kat dapur. rasa2nya, projek nasi dagang ni la yg meyebabkan tun demam (salahkan nasi dagang pulak ye..huhu..).dr pagi marathon kat dapur.. mmg ambil masa yg lama, lagi2 tun buat agak byk, ada opis-mate my laling yg mengidam nasi dagang. mana laa nk cari bintulu ni kan, so enchik laling suruh misus terchenta dia buatkan. hihi..

one plate for me, makan sampai gemok ;p
tun guna resepi yg sama yg tun olah sblm ni. insyaAllah x mengecewakan. kali ni tun buat double amount dia, tepon mama siap2 tanya masa mengukus tu perlu lamakan ke x. mama ckp xpayah. alhamdulillah, ok je 40 minit tu. cuma kukusan terakhir tu kukus 10 minit instead of 5 minit.

Nasi dagang
Resepi asal: yani@myr dan mamadzie69@myr
Sumber: tun_telani

Bahan2:
  • 3 cawan beras wangi
  • 1 cawan beras pulut
  • 400 ml santan (2 kotak)
  • 3 bj bawang merah- mayang
  • 1 cm halia- mayang halus
  • 1 sk halba
  • Garam
  • Gula - sedikit
Cara2
  • Rendam beras sekurang-kurangnya 4 jam
  • Basuh, tos, dan kukus beras selama 5 minit.
  • 100 ml santan di campur dgn 100 ml air masak utk dijadikan santan cair. Gaul nasi dgn santan cair dan kukus hingga masak (bergantung pd kukusan, me dlm 40 minit)
  • Baki santan (300ml) digaul bersama bawang, halia, halba, garam dan gula.
  • Bila nasi masak, gaulkan dgn baki santan, dan kukus semula selama 5 minit. - utk 2kali ganda resepi, kukus akhir tun kukus 10minit.
  • Siap =)


nasi dagang ganu, wajib guna gulai ikan tongkol nih.. lauk lain tun mmg xmakan. hihi... masak dgn sgt2 lama.. yg ni cair sikit sbb dh nk berbuka puasa. total atas dapur hampir2 3jam tau. hihi

Gulai Ikan Tongkol
Resepi Asal: minami@myr
Sumber: tun_telani
  • 1 tin santan(400ml)
  • 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia, dan 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering- potong, rebus, dan buang biji
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 6 keping asam keping
  • garam dan secubit ajinomoto- tun xletak ajinomoto
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • Sedikit nisan/ gula melaka - tun tambah
  • 1 sudu besar kerisik - tun tambah
  • 1 cm belacan
Cara2:
  • Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak.
  • Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul.
  • kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan.
  • cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan jika suka.
  • Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam,nisan dan kerisik. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol dan asam keping turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
  • Masak sampai kuah agak pekat.

acar mentah wajib ada ^^
Acar Timun Mentah
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 2 batang timun- buang biji dan potong memanjang
  • 1 batang carrot - tun sagat
  • 2 bj cili merah
  • 2 bj bawang merah- mayang
  • 1cm halia- potong memanjang halus2
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • cuka masakan - dlm 1/4 cawan, lebih kurang la, tun tuang je

Cara2:
  • Gaulkan semua bahan2 dlm mangkuk
  • Cuka tu anggar2 je. xperlu tenggelam timun tu. Gaul2kan setiap 5 minit hingga rata.
  • Tun biasa simpan dlm sejam sblm makan, sbb cuka bila air timun dh keluar :)

ps: kalau nk timun yg rangup, rendam timun dlm air kapur sebentar. Pastu tos, bilas, dan blh campurkan dlm acar.



Sunday, July 29, 2012

Kuih Buka Puasa: Kuih Bakar/Bingka Kentang

Assalamualaikum...

n3 ringkas dihari minggu. terima kasih pada yg sudi menjenguk dapur tun ye :) alhamdulillah, masih sempat buat kunjungan balas walaupun terkejar2. hihi... cuma BW secara general tu slow sikit. maaf ye. 

bingka kentang ni tun buat hari jumaat aritu. mmg peminat bingka tun ni. suka sbb blend je semua, pastu sgt sedap! masa bakar tengahari tu, mmg menggugat keimanan.. hehe.. satu umah bau bingka.. eh, bingka ngan kuih bakar sama la kan. tun bantai je nama2 kuih nih.


resepi asal dgr2 dr kak Jun, tp puas tun duk menggugel, x kuar pulak resepi nyer.. apa2pun, terima kasih pada empunya resepi yg senang dan sedap. dh nama nk senang je kan, tun blend kan semua mcm wat bingka pandan. hihi

Kuih Bakar Kentang
Resepi: Kak Jun (xjumpa link)
Sumber: Kak Asma, Kak Izah

Bahan-bahan 
  • 2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • pewarna kuning atau hijau
  • 1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan - tun guna butter
  • 3 sudu susu cair(ni akak tambah)

Cara-cara
  • Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
  • Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
  • Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
  • * jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min
  • ** tun blend semua bahan, utk 2 adunan, tun guna loyang 8inch dan bakar sejam

Friday, July 27, 2012

Puding Belang Strawberi dan Coklat



Assalamualaikumm~~~~

sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa.. tinggal kurang dr 3 minggu utk marathon mengejar pahala berganda yg dtg bersama Ramadhan. insyaAllah, semoga terus diberi kesempatan utk beribadah :)

arini tun nk tayang puding je. buat 2-3 hari lepas dh ni.. huhu.. xsempat nk duduk ngadap blog dan taip n3. jarang2 mkn puding masa bulan puasa, sbb mesti nk cari kuih tradisional, tp bila kesuntukan masa, ni je laa yg dpt disediakan. blk umah lunch hour, sempat la godek2 puding, semayang, pastu b4 gi uni utk lab, masukkan dlm peti ^^ ptg balik dh xyah pk nk buat kuih ape. hihi..


resepi masih guna resepi kak Jun. cuma kali ni tun tambah strawberry paste utk kelainan. bagi peminat strawberry blh la mencuba. cuma bagi tun, tun prefer versi asal sbb lagi terasa coklat dia. tp, kalau x mencuba, sampai bila2 xtau kan. 

Puding Belang Strawberry dan Coklat
Resepi: kak Jun@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan (loyang 8inch )
  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco)
  • sedikit pewarna kuning - tun masukkan 1sk strawberry paste
Cara-cara
  • Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  • Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  • Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  • Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko. tun campurkan satu bahagian dgn strawbery paste
  • Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  • Sejukkan dan hidangkan. 

Cute tazkirah from spreadsalam. semoga menjadi pengajaran :)

Thursday, July 26, 2012

Nasi Minyak Hujan Panas


Assalamualaikum :)

alhamdulillah, dh masuk hari ke 6 berpuasa. rasa mcm sekejap je kan.. dh nk masuk ogos, due date utk kerja yg patut disiapkan pun dh makin dekat. x terkejar rasanya.. semalam nengok komen nani ckp susah nk tgk tun update skrg. huhu... tu laa, betul2 x sempat nk ngadap blog. kalau sblm ni rasa mcm semua blog yg ada dlm list tu tun BW, tp skrg ikut mana yg sempat nk ternampak je. minta maaf sgt2. tp insyaAllah, kunjungan balas akan tetap tun buat. nnti dh siap kerja sket2 insyaAllah tun BW ye :)

n3 cepat2 juga. sekadar memeriahkan bulan puasa. insyaAllah, semoga dpt sikit pahala bagi idea utk chef2 keluarga atau chef diri sendiri utk masak apa. mmg bulan2 puasa ni, ptg sket mula la pening nk sediakan juadah apa utk keluarga kan. hihi... tun pun sama la. kalau dh xtau sgt nk masak apa, dapur geng2 bloggers ni la yg akan tun sepah2kan cari resepi. terima kasih buat semua.

nasi minyak + ayam masak merah + bayam goreng
resepi nasi minyak yg biasa tun masak. hasil dr nolong mama kat dapur dr zaman budak2 :) saje letak warna2 kasi cantek ^^

Nasi Minyak Hujan Panas
resepi: tun telani

Bahan2:
  • 2 cawan beras
  • 1/2 cwn susu sejat 
  • air secukupnya - mcm masak nasi biasa ye, cuma kurangkan sebab dh letak susu tu
  • 1 sb besar butter - blh guna minyak sapi, tp tun x suka bau dia
  • 1 sb minyak masak - tun guna olive oil
  • 1 labu bawang besar- mayang
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inch halia- tumbuk
  • 1 btg kayu manis
  • 4 bj cengkih
  • 2 bj buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 helai daun pandan - simpulkan
  • garam secukupnya
  • pewarna ikut suka- biasa tun just guna hijau dn merah

Cara:
  • atas api, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan rempah ratus sampai wangi. 
  • masukkan beras dan daun pandan dan gaul2 sebentar atas api sederhana.
  • masukkan dlm rice cooker, dan tambah susu, air dan garam.
  • masak seperti biasa. bila nasi dah kering, titikkan pewarna pilihan dan gemburkan.
  • siap! ^^

Tuesday, July 24, 2012

Kuih Buka Puasa: SeriMuka


Assalamualaikummmmm~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. masih lagi berpeluang beribadah dlm bulan Ramadhan. mari sama2 berlumba mengerjakan kebaikan, insyaAllah :D

n3 cepat2 je ni sbb pas zohor ada lab pulak. harap2 lab habis awal sket, kalau habis lambat, mmg berbuka habis cincai la arini. xkisah la kan, asalkan ada rezeki tu. kalau fikir2 org2 Islam kat palestin atau negara2 miskin tu ntah ada makanan ntah tidak.

serimuka ni buat sekali ngan nasi arab tu. kuih semalam berlaku sesuatu yg tdk diingini. kui kui.. sampai skrg terasa malu kt diri sendiri sbb kuih x jadi, tp still sibuk nk kasi org. hihi.. apa2pun kuih serimuka ni, alhamdulillah, sedap dan elok je jadinya. xyah alter2 dah resepi tu. manis pun sedang elok je, x manis sgt.

dh betul2 sejuk baru potong ye..
 bahan2 ni tun buat half dari adunan asal ye. loyang 4 segi 8inch


Kuih SeriMuka
resepi: NanaSham
sumber: tun telani

Bahan-bahan 

Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair - tun guna santan kotak, campur dgn air 1/4 bahagian
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur- utk separuh adunan, tun guna 2 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste) - tun guna pandan paste

Cara-cara
Untuk lapisan bawah:-
  • Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  •  Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min. - tun rendam 2 jam
  • Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  • Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  • Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  • Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas. - tun lapik loyang dgn plastik supaya senang nk keluarkan
Untuk lapisan atas:-
  • Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  • Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  • Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!! - tun blendkan je semua bahan..
  • Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  • PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!


Monday, July 23, 2012

Menu Buka Puasa: Nasi Arab


Assalamualaikumm~~

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. dh masuk hari ke 3 umat Islam di Malaysia berpuasa. Semoga terus istiqamah dalam beribadat, insyaAllah..yg bekerja atau belajar, jgn jadikan puasa excuse utk ponteng atau bermalas2an.. nabi dan para sahabat siap berperang lagi dlm bulan Ramadhan tau.. (ni yg tun ckp kt budak2 td, ko 9 pagi mata dh kuyu2 je.. saboo je laa..)..

nway, perkongsian idea utk juadah berbuka. alhamdulillah, nasi arab ni menu berbuka semalam. sgt simple dan senang nk buat, tp still rasa juadah yg istimewa utk awal ramadhan. biasa awal2 puasa ni, semua pakat nk masak special2 je kan. nnti dh separuh bulan, masing2 duk ingat kat ikan goreng ngan sayur air. hihi..


makan dgn sambal tauhu sbb dlm nasi dh byk ayam

alhamdulillah. sedap sgt. tun nengok mokwo masak sehari sebelum puasa aritu. plan nk masak masa 1st day puasa, tp telah berlaku suatu incident yg menyebabkan my laling dan tun duk terpaksa keluar sepanjang ptg. last2 singgah bazar ramadhan je beli makanan (sgt mahal okeyy... nasi lemak xde ikan bilis, ada ayam seketul, 5inggit, laksam sebungkus pun 5 inggit.. kalau kat kelantan  laksam tu singgit setengah je. huhu)..

nway, tq mokwo atas perkongsian.

Nasi Arab
resepi: kak hanieliza, kak nor
sumber: mokwo
sumber2: tun telani

Bahan-bahannya:

  • 1 kg beras basmathi-cuci dan rendam sekejap dan toskan. - tun guna beras biasa je
  • 1.5 liter air. - tun ikut sukatan beras
  • 500 gm ayam-potong kecil.
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau.
  • 1 pokok daun sadri-potong.
  • 1 pokok daun ketumbar.Potong.
  • 3 tbsp minyak masak.
  • 5 tbsp minyak sapi.
  • 2 tbsp serbuk jintan manis.
  • 1/2 tbsp serbuk jintan putih.
  • Garam.
  • Gula. - tun x letak
  • 1 ketul kiub ayam.

Bahan-bahan Tumis.

  • 5 ulas bawang merah.-cincang.
  • 3 ulas bawang putih.-cincang.
  • 1 labu bawang besar-cincang.
  • 3 cm halia.-cincang
  • 2 inci kulit kayu manis.
  • 3 kuntum bunga lawang.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  • 3 biji buah pelaga.

Hiasan:

  • Badam-goreng sekejap. - xde
  • Kismis.-goreng sekejap. - xsuka, xletak
  • Daun sup& daun bawang.
  • Bawang goreng.
  • Kacang peas.  - xde


Cara-caranya:

  • Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga naik baunya. 
  • Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih yang dibancuh dengan sedikit air
  • .Masukkan cili masak,cili hijau,daun saderi,daun ketumbar,ayam,garam,gula dan kiub pati ayam.Masukkan air dan masak hingga mendidih.
  • Akhir sekali baru masukkan beras.masak seperti menanak  nasi biasa.Hias dengan badam,kismis,daun bawang,daun sup dan tabur sedikit dengan bawang goreng.


Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433 H




Assalamualaikum~~~ :D :D :D

Alhamdulillah.. alhamdulillah.... berkesempatan lagi utk bertemu dgn bulan yg dinanti2 saban tahun.

“Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah)

tun ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua adik kakak yg berkunjung di dapur kecil tun ini. semoga berlipat ganda amalan kita di bulan yg mulia ini, insyaAllah.. 

Klik Utk Lebih Jelas

disertakan juga check-list Ramadhan dr spreadsalam.com.  semoga kita termasuk dlm golongan yg memperoleh manfaat, insyaAllah :)


http://blog.spreadsalam.com



Thursday, July 19, 2012

Best Ever Chocolate Cookies ^^


Assalamualaikummmm~~~~

hehe... blm puasa dh sibuk menunjuk biskut raya pulak ye :p ekceli, buat biskut sbb dh meroyan baca buku byk ngat.. ada 2 perkara yg kompom blh menceriakan hati yg stress => coklat + baking.. maka di tengah2 malam, tun tinggalkan buku yg sepah2 depan tibi dan godek2 cookies kt dapur.. bau coklat yg semerbak dlm oben mmg kompom blh buatkan orang gembira. hihi..

rasa2nya ni 1st time buat chocolate cookies, biasanya mmg akan godek2 chocolate chip cookies je. main difference is choc chip cookies usually used brown sugar, yg ni guna castor sugar. lg satu, this cookies is very chocolatey. siyes! tun kurangkan cocoa powder sket, tp still sgt2 terasa coklat dia. sedap! cuma agak manis ye, adik kakak semua.. nasib baik la dh dekat nk puasa, kalau x mmg sesuai utk menambah kawan2 lemak di badan :p

shedap ^^
star2 itu tun letak time amik gambar je. hihi.. tp kalau nk jadikan biskut raya, mmg sesuai laa letak manik2 tu ye. baru ada 'feel' biskut raya ^^


yg ada chocolate chips ni laling punya..

resepi godek2 kat allrecipe. just alter sikit2 je. gula tun kurankan sket, tp still agak manis, kalau sape2 yg x suka manis tu, pandai2 laa bajet kurangkan gula ye :) yg pasti, mmg xkan menyesal buat cookies ni, sure budak2 suka ^^

Best Ever Chocolate Cookies
Adapted from: krista3@allrecipe
Sumber: tun telani

Bahan2
  • 1 1/2 cwn tepung
  • 3/4 cwn cocoa powder - tun guna 1/2 cwn cocoa powder dan tambahkan tepung 1/4 cwn
  • 1 1/4 tsp baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cwn (170g) butter/margerin
  • 1 1/4 cwn gula - tun letak 1 c je
  • 1 bj telur
  • 1 sk esen vanilla 

Cara2
  • Ayam tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. ketepikan.
  • Pukul butter dengan sampai berkrim. masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan2 yg diayak dan gaul hingga jadi doh yg lembut.
  • Kalau ingin terap, simpan dalam peti sejuk sebentar sbb doh sgt lembut dan susah utk dicanai. Doh yg sejuk akan sedikit keras, tabur tepung atas papan pencanai utk elakkan tepung dr melekat. kalau guna cookie presser mcm tun, xperlu sejukkan, blh terus press atas loyang yg dh di glis. 
  • Bakar pada suhu 180 C, 8-10 minit. biskut atas lembut masa panas, biarkan sejuk dlm loyang sblm alihkan dlm bekas :)




Tuesday, July 17, 2012

Danish Butter Cookies


Assalamualaikummmm~~~~~

maghrib2 hari mengadap blog. kui kui..... baru balik dr tutorial, merehatkan minda n badan dgn duk depan lappy :) cookies ni dh buat wiken lepas, dh habis pun.. hihi.. mmg dh gatal betul tangan nk mengukis. berbulan x buat kukis, resepi ni pun dh perap hampir setahun :p 

mmg tun sgt2 suka makan butter cookies. biasa beli yg dlm tin tu, sikit punyer mahal. dpt buat sendiri mmg puas hati mkn. len kali nk buat tebal sikit baru sama mcm yg beli tu. tp still sedap ^^ kalau ada butter oil mesti lg mantap nih.


Danish Butter Cookies
Resepi: Kak Fida@myr
Shared By: HaSue

Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g tepung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan - tun xletak
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.

Monday, July 16, 2012

Kek Batik Dot... Dot


Assalamualaikum...

:) minggu ni awal pulak ber-n3. alhamdulillah.. tq pada yg masih sudi jenguk2 dapur tun yg kejap panas, kejap suam2 kuku je nih.. huhu.... n3 cepat2 sementara tunggu my laling blk lunch. arini habis kelas td terus balik. jd sempat marathon masak cepat2 b4 my laling balik.

kek batik dot dot ni dh nearly setakut duk bookmark kat umah kak sue.. biskut tu pun dh beli berbulan. last2 tengok dh hampir2 due date dh biskut tu, so cepat2 godek2 dlm periuk. nk buat nyer cepat je, tp nk tunggu ada drive nk buat tu yg lambat. hehe.. xbape cantik potongan sebab sejukkan kejap je x sabo nk kerat :p


Kek Batik Dot Dot
Source:Pn Zuriana Abd Latip KR(fb) & Kak Am
Shared By: HaSue

BAHAN2NYA:

½ buku buttercup /125g marjerin/mentega
2 cwn tepung gandum *hasue letak 1 1/2 cawan sahaja
2 biji telur
½ cwn gula
½ cwn milo + ¼ serbuk koko
½ cwn susu pekat
200g biskut jejari *hasue guna biskut 'ball cake'
sedikit esen vanilla

CARANYA
Pukul telur, butter, gula & susu pekat hingga sebati
masukkan milo + serbuk koko & tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
kemudian masakan dlm kuali dgn api yg perlahan sehingga bertukar warna dan
dikacau selalu. Tutupkan api & patah2 kan dua biskut jejari dan digaul rata
*Boleh juga ditambah coklat chip - jika suka
Bubuh ke dlm bekas/loyang yg dilapik plastik lalu tekan2 & mampatkan adunan tersebut
Simpan dlm peti sejuk selama 4 jam dan kemudian bolehlah dipotong.

*Ketika nak meratakan/mampatkan permukaan adunan sarungkan tangan dgn plastik kerana ianya tidak akan melekat dan tekankan perlahan-lahan
am

also, tq pada semua yg wish bday tun semalam.. alhamdulillah, terima kasih atas semua doa.









Thursday, July 12, 2012

Ayam Masak Sambal


Assalamualaikummm~~~~

ada org windu2 kat kita x? hihi.... terima kasih pada yg masih sudi menjenguk walaupun tuan dapur dh macam chipsmore, kejap ada, kejap xde.. huhu.. insyaAllah, still tgh berusaha utk membahagikan masa sebaik2nya. tp x terkejar dgn tugasan yg ada. huk huk... sgt respect kat akak2 yg berkerjaya, tp still berjaya mengapdate blog ^^

nway, kesian tgk blog ni dh seminggu x update. td dgn rajinnyer buat cookies, susun2 nk amik gambo, tgk2 kamera lesap. adoi.. my laling bawak gi opis.. huhu..  godek2 komputer, ada laa sekeping gambo yg belum post. hihi... ni lauk feveret yg akan diulang banyak2 kali.. biasanya tun x amik gambar sbb selalu sgt buat, tp ni terlebih rajin nk amik gambar pulak. 

ayam sambal versi tun ni lebih kurang ayam masak merah je. cuma kalau masak merah, tun wat berkuah sket dan lebihkan sos tomato, bila sambal lebihkan cili giling dan wat kering :) yg pasti dua2 pun tun blh makan tiap2 hari. hihi..

Ayam Masak Sambal
resepi: tun telani

Bahan2:

  • 1/2 kg ayam - gaul garam kunyit n goreng garing
  • 1 bj bawang besar- mayang halus
  • 3 ulas bwg putih*
  • 1/2 cm halia* (bahan * ditumbuk)
  • 5-6 sb cili giling
  • 2 sb kicap manis - agak2 je ni
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 1 btg serai- ketuk
  • Garam
  • Sedikit Gula

Cara2:
  • Tumis bawang, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau, masukkan cili giling dan goreng sampai pecah minyak. Masukkan gula dan tumis lagi (tun masukkan gula supaya jd warna merah yg cantik)
  • Masukkan kicap dan sos. Tumis sampai agak kering.
  • Masukkan ayam dan gaul rata. perasakan garam. 
  • Siap! 

Wednesday, July 4, 2012

Nasi Hue


Assalamualaikumm~~~

n3 sekadar utk menghidupkan blog. tun sangat-sangat-teramat busy :(  buat kerja sangat slow sebab byk nk kene study balik.. uhuk uhuk.. kalau tgk rumah ni dh nmpk mcm budak nk final exam je. byk betul buku. huhu... nway, saje2 utk makluman, kalau2 ada yg tertanya2 nape laa budak tun nih slow beno mengapdate. BW pun sekadar yg termampu.. gomen!

nway, nasi Hue ni yg buat ntah bila ntah.. 2minggu lepas kot. haha.. (skrg masak cincai2 je..hari khamis-jumaat je masak sedap2 sket sbb x bz sgt). resepi dr Rahel, tertarik nk buat sbb nama dia pelik. tun tgk kak madihaa dan kak yana pun dh buat ye. mmg sedap resepi nih tau.

tun makan ngan Ayam Masak Merah, Sambal Kering Sotong, dan Sayur Campur Bendi & Tauge.. Nyum!!
Thank you Rahel kerana share resepi dari Buku rerepi ni :)

Nasi Hue
Sumber: Rahel (Buku Resepi Kompilasi Hidangan Nasi)
Dicuba oleh: Kak Madihaa, Kak Yana, tun telani

Bahan-bahan:
  • 250g beras wangi - Rahel guna beras basmati , tun guna beras wangi
  • 400ml air - Rahel guna air panas
  • 1 sudu makan udang kering-rendam dalam air panas - tun guna udang geragau kering
  • 1 sudu makan bijan-digoreng dahulu
  • 1 tangkai serai
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan minyak sayur- Rahel dan tun guna olive oil
  • 2 sudu makan pati ayam - yang ni Rahel letak 1 sk aje, tun letak 1/2 kiub
  • 2 sudu makan sos ikan - yang ni Rahel letak 1 sdm + 1/4 sk garam
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - yang ni Rahel letak 1 sk aje
  • sedikit daun saderi

Cara membuat:
1.Kisar udang kering,serai,bawang merah,bwg putih,cili merah dan gula pasir.
2.Panaskan minyak sayur dalam kuali.Tumis bahan yang dikisar hingga berbau.
   Masukkan beras dan dikacau rata.
3.Kemudian masukkan air,pati ayam,sos ikan dan lada hitam.
   Gaul rata dan masak hingga nasi kering.Taburkan bijan dan hidang.