Wednesday, May 29, 2013

Donat Labu yang sangattttt lembut.. hihi


Assalamualaikumm~~ :)

Kembali bersama donat labu.. hihi... stok puri labu yg few months back duk beku dlm peti ais. bila2 x bizi mcm ni boleh marathon buat kuih frozen. donat labu ni buat 2 hari lepas.. hihi.. tun olah dari resepi donat kentang fatmah, mmg sedap sangat.. hihi.. puji diri sendiri pulak :p  tun rasa sebab guna 2 biji telur dlm resepi ni, jd dia extra lembut sket..


Tun goreng petang pastu biarkan sebiji hingga pagi esok.. pagi makan masih lembut donat ni.. suka sangat! :D 

Donat Labu
Olahan dari: donat kentang fatmah
Sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 500 g tepung gandum
  • 50 ml susu sejat
  • 11 g yis
  • 200 g puri labu
  • 100 g gula
  • 75 g marjerin
  • ½ sk garam
  • 2 bj telur

Cara-cara
  • Campurkan semua bahan kecuali marjerin dan garam dan uli sebentar.
  • Campurkan marjerin dan garam dan uli lagi hingga tdk melekat ditangan. Rehatkan doh selama 15 minit. Campurkan sedikit air jika perlu.
  • Bentukkan menjadi donat dan biarkan 20 minit atau hingga kembang.
    Goreng dan tabur dgn gula.
 ps: dlm resepi ni tun x guna air sbb puri labu dh berair. 

Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.

Monday, May 27, 2013

Frozen Popia


Assalamualaikumm~~ ^^

kembali bekerja after 3 hari cuti.. selamat bekerja buat mereka2 yg kerja monday-friday. tun masih lagi bersenang2 di rumah. huhu... ada lagi few weeks untill sem baru bermula, tp nx sem maybe x mengajar byk kelas sbb perlu fokus kat kerja2 phd juga. 

apa2 pun. sementara ada masa terluang, mari memenuhkan peti ais dgn frozen food :D xde laa nnti tiba2 ada org nk dtg xde makanan nk hidang. tun letak nama dia frozen popia sbb kalau utk mkn terus, inti dia tun biasa akan tambah tauge, tauhu dan kobis juga.. tp dh try frozen popia dgn inti yg biasa tu buat tu, rasa dia x sedap bila de-frost. ada sayur2 yg mmg x sesuai utk frozen, jd utk frozen popia, just letak sayur yg bersifat 'ubi'.


kalau beli kat kedai ni, mmg secuit je la inti dia.. buat sendiri letak inti byk2, baru puas hati makan. tp kalau org nk order, mmg rugi kalau jual 3 singgit nih. huhu...

Frozen Popia
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 peket kulit popia 
  • 2 keping dada ayam atau 1 mangkuk isi udang
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1/2 bj bawang besar - dadu
  • 1 biji sengkuang - sagat
  • 2 batang lobak merah - sagat
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

Cara2:
  • Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  • Masukkan isi ayam atau udang yang dipotong kecil
  • Masukkan sengkuang dan lobak merah.
  • Masukkan garam dan lada hitam secukup rata.
  • Gaul rata dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan dalam popia.

Utk frozenkan, susun popia yg siap atas tray dan bekukan. Bila dah beku baru dimasukkan dalam bekas atau plastik. Kalau masukkan terus dlm plastik, popia akan mudah melekat.

Popia yg difrozen dan masukkan dlm plastik.

Tun adalah pengedar Shaklee berdaftar (SID: 1261295). Boleh wasap 019-932-1450 (klik wasap) untuk sebarang pertanyaan.

Kalau nak beli apa-apa produk Shaklee tanpa orang tengah, boleh klik gambar di bawah ๐Ÿ˜„ pembelian melalui debit/kredit card.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe1fa775d818957a76304c35e1939355

Sunday, May 26, 2013

Ikan Singgang


Assalamualaikummmm~~~~

Fuuhhh.. fuhhh.. tiup habuk sket.. huhu....lemau betul la nk mengapdate blog sejak 2 menjak nih.. minggu ni busy dgn presentation phd. alhamdulillah, done with my major presentation for this sem dgn jayanya :) masa tgh2 bizi ni dapur jarang2 berasap. kalau masak pun mmh habis cincai la.. kesian pulak enchik abang ku itu.. huhu... 

ni xde kerja yg perlu di submit dlm masa terdekat, blh la menghabiskan masa kt dapur. hoho.. nk wat stok kuih frozen byk2 sket sementara x bizi spy nnti bila dh stat bizi semula at least dh ada mknn dlm peti.


ok laa.. arini menu ringkas. ikan singgang yg sangatttt jarang tun masak. huhu... 1st sbb kalau singgang ikan nk ikan yg betul2 fresh, then xtau la nape tun nyer ikan singgang tak sesedap yg mama buat kt kampung. haish... mmg xtau nape.. tp bila dh 'kenyek' lada dlm pinggan tu, boleh bertambah jugak nasik..

ikan singgang versi mama tun ni mmg cuma letak bawang putih dan lengkuas ye. tp kalau nk tambah bawang merah pun boleh juga.

Ikan Singgang
resepi tun telani

Bahan2:
  • 2-3 ekor ikan selayang atau kembong
  • 2-3 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 inch lengkuas - ketuk
  • 2 keping asam keping
  • 2-3 biji cili padi - jika suka
  • Bendi - jika suka
  • Garam secukup rasa

Cara2
  • Masukkan semua bahan2 dlm periuk dan masukkan air secukupnya.
  • Rebus smp ikan masak.
  • Perasakan garam.

Sunday, May 19, 2013

Masak Lemak Jantung Pisang


Assalamualaikumm.... :x

n3 1st selepas blk dr kampung... balik mengundi cuti sampai 2minggu.. hoho.. sungguh berbahagia. blk sini rabu malam, pastu try mengapdate blog, masalah negara betul blogspot nih.. skrg mmg susah sesusahnya nk upload gambar. ni nasib baik baik berjaya upload, kalau x next pulak la tun berusaha lagi. huhu..

hari ni tayang lauk2 pauk yg masak kat kampung. tp mana2 yg ada gambar je lah.. amik gambar pon kamera handphone je nih..


masak lemak jantung pisang ni 1st time masak. tiba2 ternampak jantung pisang, beli sbb duk teringat kat teresek jantung pisang, aritu amai pakat tayang kan. tp xcukup pulak bahan2 nk letak. so try masak lemak je.. mmg sedap jantung pisang wat masak lemak. 2 thumbs up! semua kata x sangka sedap jantung pisang nih. hihi..


Masak Lemak Jantung Pisang
Resepi: kak hana
sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 1 biji jantung pisang
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *sejemput ikan bilis kopek
  • *10-15 biji cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • 1 kotak santan KARA
  • 2 kotak air biasa (guna kotak santan )
  • garam dan perisa@gula secukup rasa  - tun letak garam je

Cara-cara
  • Rebus jantung pisang dengan sedikit garam hingga lembut. (Cucuk dengan garfu utk pastikan jantung pisang sudah lembut ). Toskan dan perah kemudian hiris-hiris. Ketepikan.
  • Tumbuk bahan *. Satukan ke dalam periuk bahan tumbuk, santan dan juga air.Kacau supaya santan tidak pecah.
  • Masukkan jantung pisang, garam dan perisa@gula secukup rasa.
  • Didihkan. Hidangkan dengan nasi putih hangat dan lauk sampingan.

Saje2 nk upload gmbr menu2 kat kampung :D


Churross yg sedap tp terkeras sket sbb 1st time buat jd goreng lama2. haha....

Cucur kelapa muda kt kampung sgt sedapp! korek isi kelapa yg muda, kt bintulu hampeh x jumpa..


Nasi kerabu yg semua org pakat request mama buatkan. hihi... nk wat sendiri mmg xtau la zaman bila blh wat kan.. hoho.... sotong adik gi candak kat dungun.. besar2 sotong, half goreng kunyit half celup tepung.. mmg puas hati naik sekilo pun..

wat nasi mandhi jugak.. nasi xde gambo, jd letak gambar ayam bakar je laa.. seronok blh alas ngan daun pisang.. amik je belakang umah..

ok laa.. that's all.. dh lama x ber-BW.. nk BW puas2 pastu gi study :)

Tuesday, May 7, 2013

Kek Lapis Cream Cheese dan Chocolate Buttercream



Assalamualaikumm :)


Masih lg dikampung halaman tercinta :x sorry sgt tak sempat nk BW.. dh duk kt kampung ni mmg sgt jarang la mengadap laptop. ni pon update sbb xnk blog terlampau berhabuk. hihi...

kek sgt sedap buat utk makan2 wiken aritu. gembira je sbb semua ada kt umah, dh macam raya pon ye jugak.. sabtu kenduri nasi dagang, ahad lepas mngundi kenduri nasi kerabu lak.. *heaven* kenduri adik beradik je. hihi.. xleh nk post sbb xde resepi betul2, mama yg masak.. tun suos chef je. hihi.. tp kek ni tun yg buat tau. kek bday adik no 3, kakak dan abah sekaligus. semua bday dekat2. kakak tun nmpk gmbr kek yg kak rosaliza post nih, terus request nk makan. tun dh penah buat sekali, so no problem nk wat. cuma sbb malas nk kukus, jd just steam bake. mmg 2 thumbs up! semua pakat amik second serving. hihi...

sekelip mata, ni je yg tinggal.. simpan sikit utk my laling.. dia ngundi kt johor
  * gambar guna hp je sbb x bawak blk kamera

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Resepi: Kak Yatie
Sumber: kak Rosaliza, tun telani

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 25 ml air
  • 1 sb tpng gandum

Cara-cara
  • Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  • Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
  • Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • 2 sb serbuk koko
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk baking powder

Cara-cara
  • Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  • Masukkan air panas,susu dan minyak
  • Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

  • Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya. - tun bakar bain marie/ steam bath
  • Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  • Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  • Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Sejukkan dan boleh di hidangkan....

untuk butter cream.. tun gugel jumpa resepi kak fida ni... tun biasanya x suka mkn buttercream, tp resepi ni sedap dan x muak.. senang je nk buat.. cuma xpandai nk deco, jd sememeh je.. hihi...

Chocolate Buttercream
resepi: kak Fida@myr
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 250 g mentega (1 buku)
  • 200 g gula icing (1 3/4cwn) - ayak
  • 170 g air dingin ( 3/4 cwn) - dr petiais
  • 1 sb choc. paste
  • 2 sb serbuk koko - ayak 
Cara2:
  • Pukul mentega hingga putih lalu masukkan gula dan pukul terus hingga pekat.
  • Perlahankan mixer dan masukkan pula air dingin sedikit2 sambil dipukul hingga sebati dan tukarkan mixer pada kelajuan tinggi dan pukul terus hingga kembang.
  • Akhir sekali bubuh choc paste dan serbuk koko dan pukul rata.
  • Matikan mixer dan gaul lagi adunan buttercream dengan spatula/senduk hingga sebati. 
  • Siap untuk digunakan.

Friday, May 3, 2013

Homemade Dadih


Assalamualaikummmmmmmmm~~~~  /XD

over gumbira sbb online dikampung halaman terchenta.. :D smp ko 130 mlm td. nasib baik adik tun pun nk blk smlm, so dr KL blk ngan dia ke smlm. my laling balik mengundi di segamat, so lg few days baru laa jumpa dia. haih.. nk wat camner kan.. .arini masak nasi ayam versi campak2 dan telah berlaku insiden yg tak diingini. dah siap masak awal2 lagi sbb tau blk jumaat sure lapar. pastu dh hidang semua nk amik nasik, tgk2 tersalah on plug lain! /shock  huhu.... kesian pulak kt semua org terpaksa tunggu nasi masak.

over-excited pulak nk mengundi thn ni. kami 4org adik beradik semua 1st time mengundi. muahahha.... terukkan.. patutnya ni kali ke 2 tun blh mengundi, tp sbb masa 1st time dulu blur2 xtau nk gi daftar mengundi, sedar2 dh xleh nk daftar. apa2 pun, nk share pesan abah tun utk semua, sblm gi mengundi, isytikharah dulu.. moga2 pilihan yg dibuat adalah tepat :)



gambar n3 arini adalah gambar yg dh 2 bulan peram dlm folder ye. huhu.. xpe, gambar x basi kan.. olahan dr resepi kak nor kat myresepi.. suka buat lain2 perisa, puas makan. x rugi mencuba nih :D

Homemade Dadih
Sumber: Kak Nor @myr
Olahan: tun telani

Bahan2:

  • 10gm serbuk agar2
  • 2 tin susu sejat (800ml)
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 2.4 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
  • perasa pilihan ( tun guna 1 sk coklat emulco, dan 1 sk pandan paste)
Cara2:
  • masak serbuk agar2 bersama air hingga mendidih. tun larutkan agar2 dgn sedikit air dulu supaya tak berketul.
  • masukkan susu sejat, garam, gula, tepung jagung dan perasa pilihan. masak dgn api sederhana dan selalu dikacau. apabila nmpk hampir mendidih, tutupkan api. jgn masak lama, takut dadih keras.
  • kalau nk buat 2perasa, lepas masukkan susu sejat, garam, gula, dan tepung jagung, kacau2 kejap dan bahagikan dulu baru masukkan perasa.
  • tapis ke dalam bekas kecil2. sejukkan dan blh dimakan.

ni resepi asal ye

Homemade Dadih
resepi: kak nor@myr

Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar )
  • 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
  • 1 liter susu segar biasa
  • 1 liter susu segar berperisa coklat
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 1.2 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
  • 1sudu teh coklat emulco

Cara-cara
  1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
  2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
  3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
  4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
  5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
  6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
  7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )