Thursday, October 27, 2016

Menu Makan-makan Breakfast



Assalamualaikum :)

n3 yg ditulis semata2 utk hidupkan blog ni.. huhu... last 2weeks punya cerita dah ni..  ada buat makan2 kat umah sempena riadah ikhwah. menu rasmi tun mmg mee kari. tiap2 kali ada makan2 kat umah, mmg ni menu wajib.. kih kih.. senang dan tun confident masak. alhamdulillah setakat ni licin sokmo kalau mee kari.

Gambo kelabu asap amik guna handphone. mana ntah kamera.


Letak n3 jugak kot2 la membantu sape2 yg cari idea nk hidang apa kat tetamu utk bekfes. menu tun kali ni (klik menu utk resepi ye):
- Mee Kari
- Puding Jagung
- Cheewy Gooey Brownies
- Puding Coklat dan Jagung (beli yg Happy Grass je)
- Teh O ice
- Siap Ice


Puding jagung ni laku kerass.. haha.. harith pon makan dgn banyaknya..

Puding Jagung
Resepi: F&N@myr
Sumber: tun_telani

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung kastad- tun tambah lg 1sb supaya senang potong
  • 1 cawan jagung manis(*kalau guna cream corn lagi sedap)
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 2-3 tbs pes minuman jagung - tun tambah

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll. 

Saturday, October 8, 2016

Setelah setengah tahun.. akhirnya ber-update blog dgn Kuih Kaswi Gandum ^^


Assalamualaikummmmm!!!!

Fuhh... hampir setengah tahun x update blog.. mujur x terkubur blog ni.. alhamdulillah masih boleh log-in. Tiba2 dtg angin nk mengadap blog, so sblm jd lemau semula, kita update cepat2.. gambar pon xcantik sbb amik gambar guna hp je.. asal ada gambar je la kan.. hihi

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. masih ada yg sudi menjenguk blog yg lama menyepi.. pd yg tertanya-tanya mana tuan tanah pergi.. ada je, cuma sblm ni kesihatan x berapa mengizinkan utk memasak-masak dgn jayanya.. alhamdulilllah atas rezeki yg Allah bg, insyaAllah awal januari Harith akan dpt adik.. 5 bulan morning sickness, alhamdulillah skrg dah masuk bln ke 6, makan dah OK, masuk dapur pon no problem ^^






Tekak nk makan kuih tradisional.. mula2 beli kelapa parut sbb nk buat lompang. xpenah buat lompang sblm ni, try je resepi gugel. sekali keras pulak.. sabo je laa.. ada balance kelapa parut, tun buat kaswi nih.. alhamdulillah, resepi yg sama yg tun dah buat 2-3 kali, insyaAllah cantik kejadian kaswi nih.



Ok lah... byk lg kerja tertangguh.. nk BW ke dapur jiran2 yg lama x singgah jap lg ^^..


Kuih Kaswi Gandum

resepi: Chef Hanieliza.fotopages
sumber: kak izah


Bahan Sirap
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir * yg ni tun guna gula merah juga
  • *saya tambah beberapa helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan
*** utk air, tun gantikan setengah cawan air kpd kopi pekat.. spy warna cantik. jgn risau, xrasa pon kopi tu.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung- tun guna tepung ubi kayu
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional] * letak utk kuih kaswi yg pejal
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

**Tun buat separuh adunan, tu pon dpt banyak..