Wednesday, March 8, 2017

Butter Chicken yg senang dan sedap


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah ada kesempatan utk meng-update blog. tiap2 hari masak, tp masak simple2 je, lauk plg common ikan sbb duk kt kg kan, abah mmg duk beli ikan manjangg.. mati kutu dah nk masak apa.. huhu.. sekali sekala masak ayam cuba2 resepi baru. abah makan je, tp x makan byk la.. huhu... xsempat nk masak 2-3 jenis lauk, ada budak wikk wikk memanggil mama..

pagi ni tenang sket, harith kuar ngan tokki n poksu, hasha tgh duk diam atas katil.. alhamdulillah gud girl pulak pagi ni. biasa celek mata je meraung nk duk atas riba. 


Butter chicken ni 1st time tun masak. macam2 resepi yg kuar bila gugel. tak tau nk guna resepi mana. last2 tun campak2 je apa yg ada kat dapur.. hahhahahaa.. sedap jugak.. byk juga resepi yg letak cheese, tun xletak sbb rasa mcm xkene pulak mkn cheese ngan nasik.

Butter Chicken
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 keping dada ayam- potong dadu
  • Tepung ayam goreng - tun guna tepung bestari
  • 3 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 bj cili padi - ikut kepedasan masing2
  • 1/2 cwn susu sejat
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • Air secukupnya

Cara2:
  • Goreng ayam celup tepung (ikut arahan tepung ayam goreng masing2) dan ketepikan.
  • Tumis bawang putih, cili padi, dan daun kari.
  • Masukkan susu sejat dan serbuk pati ayam.
  • Masukkan air ikut kepekatan kuah yg disukai. Masak smp mendidih.
  • Masukkan ayam dalam kuah, gaul sebentar, dan blh dihidang.



Friday, February 24, 2017

Chocolate Chip Cookies Dila Cake House

Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah berjaya mengambil gambar dgn agak OK. haha.. lama betul x mnyusun makanan utk amik gambar. kat bintulu byk pinggan mangkuk yg mmg beli utk amik gambar, duk kat kg ni, guna je laa mana yg ada. 



Cookies ni duk lalu lalang kat wall FB tun.. saje2 laa try buat, kot2 ada beza dgn cookies yg biasa tun buat. sama je rasa dia. semua pon sedap. hihi.. tp tun share jugak utk sapa2 yg nk try. tun dh kurangkan bahan2 ikut yg biasa tun buat, sbb kalau ikut resepi asal, jenuh nk masuk oven 7-8 tray, oven kat kg dh la kecik.. huhu


ps: susah nk mengadap blog skrg, harith sibuk nk tekan laptop. nmpk je buka laptop sepantas kilat dtg menempel nk menekan jugak.

Chocolate Chip Cookies
Resepi: FB Dila Cake House
Sumber: tun telani

Bahan2:

Bahan basah:
  • 250g butter
  • 30g gula castor
  • 125 g gula perang
  • ¼ sk garam
Bahan kering:
  • 300g Tepung gandum
  • 1 sk Soda bikarbonat
  • ¼ sk Baking powder
  • 30 g Almond stick
  •  1tsp Koko powder
1sk vanilla
1biji  telur
Chocolate chips

Cara2
  • Campurkan bahan-bahan kering.
  • Untuk dapatkan cookies yang rangup, sejukkan bahan2 basah di dalam peti sejuk selama setengah jam.
  • Pukul bahan basah sehingga kembang. Masukka vanilla dan telur, pukul lagi.
  • Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit.
  • Masukkan choc chip ikut selera memasing. Gaul rata.
  • Masukkan bancuhan ke dalam piping beg. Gunting ikut size yang berkenan. (adunan tun x selembut adunan yg ditunjuk dlm video, jd tun sudukan je atas loyang, x masukkan dlm piping beg)
  • 165-170 suhu atas bawah. Dalam 20 minit.

Monday, February 20, 2017

Stew Daging Mudah


Assalamualaikum :)

Ni gambar dan resepi lama tau.. haha.. post dekat FB masa buat dulu, biasa kalau tun post direct kat FB xde la nk cantik2 bagai.. tgk la gmbr tu, xde garnish2 pon. letak resepi sbb takut terlupa resepi. mmg terlupa pon..kih kih.. lama dah tak buat. bila nk buat mula la terkial2 pikir resepi. last2 tun dw semula gmbr dr FB n tepek kat sini. bila dh dekat blog ni senang sket nak cari.. gugel je tun telani stew daging, confirm kua resepi.. (kantoi gugel resepi sendiri.. hahahaahahha.. mana laa nk ingat resepi byk2 kan..kih kih)




Stew Daging Mudah
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 300 g daging - potong kiub
  • 1 bj bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit garam
  • Lada hitam
  • Sedikit kicap - utk cantikkan warna
  • 2 helai bay leave
  • 1 sk oregano
  • Kentang
  • Carrot - xde stok pulak
  • 1 sb butter + 1 sb tepung gandum.
Cara2:
  • Panaskan sedikit olive oil, dan gorengkan daging yg dah digaul garam + lada hitam. Step ni penting utk naikkan aroma daging tu, goreng smp nmpk berkerak.
  • Masukkan bawang + bawang putih, goreng sebentar.
  • Tuang ke dalam pressure cooker, tambah air, bay leave, dan oregano. Kalau xde pressure cooker, blh guna periuk biasa, tp lambatlah empuk. Bila dh berbunyi tunggu 10 minit dan tutup api.
  • Dalam kuali td, cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau laju2 sampai tepung bercampur dgn butter. Pastu masukkan air. Kacau supaya tak berketul.
  • Tuangkan daging dalam pressure cooker td ke dalam kuali. Masukkan kentang (dan carrot kalau ada) dan kicap.
  • Masak hingga kentang empuk dan kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Boleh hidang dgn nasi atau roti 
Goreng daging dgn minyak sedikit.

Bila daging dah berkerak (caramelized) masukkan bawang2

Pindah masuk pressure cooker, tambah air bay leave dan oregano. Kalau xde pressure cooker maybe sejam baru empuk
harith n encik laling tun suka sgt2 makan stew daging nih.. skrg tun masih kat kampung, nnti encik laling balik kg blh buat ^^

Saturday, February 18, 2017

Alhamdulillah.. our bundle of joy.. princess HM ^^


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah.. alhamdulillah... introducing our bundle of joy ^^


Hasha Marya binti Mohd Hazwan
DOB: 7 January 2017
Weight: 3.3 kg
 
Day 1 @Hospital Besar Kemaman
Alhamdulillah.. memang mengharapkan baby girl (n family pon mengharap cucu prpn, ramai sgt cucu lelaki.. haha).  Scan masa 4 bulan je, yg doktor ckp maybe girl, scan yg lepas2 tu, semua xnampak apa, pemalu, kaki lindung sokmo.. hehe.. tp mama tawakkal je, baju kat almari semua baju girl n kaler mostly pink.. haha.. alhamdulillah keluar girl. 

Day 1.. kaki baby mmg yg paling comel
kali ni alahan tak seteruk masa pegnen kat harith.. lps 5 bulan dh blh makan sikit2. tp still muntah2 kalau tersalah mkn or terbau apa2 yg xbest smp 9 bulan.. huhu.. alahan teruk takpe, yg penting Allah mudahkan sgt2 bersalin kali ni. masa bersalin kat harith pon alhamdulillah senang, tp bsalin kat hasha sgt express.. haha.. gi spital dlm pkl 9 lbh, masuk delivery room dekat2 pkl 11, 1130 doktor pecahkn air ketuban, pkl 1207 dh bersalin..hihi

Day 1 hasha + harith
Sebenarnya nak letak nama maryam, tp last year kakak tun bersalin dpt baby girl (1st baby girl in the family), dia letak nama anak maryam. huhu.. so struggle la tun pikir nak bg nama apa.. habis gugel, last2 terbaca kisah Mariya al-qibtiyya, isteri Rasulullah dari Mesir, sblm ni xtau pon nabi ada anak dgn isteri selain Khadijah. rupa2nya, Mariya (ada yg eja Maria/Mariah) ni isteri last rasulullah, ada seorg anak nama Ibrahim, tp meninggal masa baby. 

6 hari 5 mlm duk hotel 5 bintang HBK..huhu..
2nd day blk rumah, sempat tido 1mlm je, tp lps tu misi datang umah ckp kuning. gi klinik cek darah kuning sgt tinggi, jd kene masuk wad TT sedih sgt sbb xde katil kosong jd kne tinggal hasha kat spital. pam susu pon sikit je, jd misi bg formula..sob sob.. pg ptg la ibu berpantang ni berulang-alik ke spital mnyusu baby. alhamdulillah lps 2 hari ada katil available, jd mama hasha pon check-in spital jugak lah..huhu

Tido gaya bebas
Hasha means kesempurnaan :) smg sempurna iman dan akhlak sayang mama ni ^^


Harith Muqree and Hasha Marya.. semoga membesar menjadi anak yg soleh dan solehah, sihat walafiat, berjaya dunia dan akhirat. aminnn..