Thursday, May 31, 2012

Terung Masak Kicap


Assalamualaikummm~~~

morning ^^ dh hmpir tengahari baru berjaya mengadap lappy.. owh, tq kpd kak besah kerana sudi singgah dapur tun.. malu pulak rasanya sbb resepi ikan Hot n Spicy semalam ntah mcm mana tun terlupa letak link ke myresepi, walaupun tun dh tulis sumber resepi. harap2 akak tak salah faham yg tun sengaja ye.. tun dh edit entry tu :) 

tun tau, dlm dunia blogging, kejujuran sgt penting. especially bab asal usul resepi bg GMM. xnk nnti org x percaya kt kita kan. sbb tun dh pernah rasa, org copy resepi dr tun (tun tau sbb tun ada edit resepi tu), tp letak link ckp ambil resepi dr blogger yg lebih tersohor. walaupun bkn niat utk kejar glemer, tp mmg kecik ati. nama pun manusia kan..


ok lah... berbalik pd menu arini. sempoi je..  kak Q pun letak n3 terung arini kan ;) sama lah kita.. tun masak terung dua hari berturut2, yg ni buat semalam.. selain bendi, ni la sayur yg paling tun suka makan.. duk termenung2 terasa mcm nk makan pajeri terung, tp rasa bersalah kalau masak yg berlemak sgt sbb dh ada lauk bergoreng2. so buat masak kicap bodo2 je. tu pun agak berminyak sbb terung mmg serap minyak.. uh uh...

Terung Masak Kicap
resepi: tun telani

bahan2
  • 3 btg terung panjang- potong menyerong, lumur sikit garam kunyit
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih* tumbuk
  • 3 bj cili padi* tumbuk
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap masin
  • kicap manis secukupnya - ni x sukat, pakat tuang dlm kuali, dlm 4-5 sb jugak kot
  • sedikit air

Cara2
  • goreng terung dgn minyak yg sedikit (tun guna 2 sb olive oil) atas non-stick pan, jgn deep fry, nnti terung serap semua minyak.
  • tumis bawang besar smp layu, masukkan bawang putih dan cili padi. tumis smp naik bau.
  • masukkan sos tiram, kicap masin, kicap manis, dan sedikit air ikut kepekatan yg kita suka.
  • masukkan terung dan gaul sebentar dan tutup api.



Wednesday, May 30, 2012

Ikan Hot n Spicy


Assalamualaikummm...

Selamat petang to all :D dh lama x ber-n3 petang2, biasa pagi dh letak n3 pastu sepanjang hari curi2 BW. skrg tgh ngantuk + malas nk baca buku + xde citer best nk tgk, so ngadap blog je la. Ikan ni masak utk lunch td. mmg sedap! tun byk meratah je, so ada excuse nk kurangkan nasi. ni menipu diri sendiri namanya kan, ikan dh goreng2 tu, xde maknanya berdiet..kui kui... 

terjumpa resepi ni masa duk browse nengok resepi kak besah utk tgk resepi kaswi pandan tu laa..
tq kak besah. glemer betul resepi2 kak besah skrg ni kan. hihi.. alhamdulillah, semoga byk pahala kerana berkongsi. teringin nk menerai resepi2 kuih tradisional kak besah, tunggu dekat2 raya dulu, blh la menerai kuih bangkit segala bagai tu insyaAllah.



tun guna ikan dori je. halfkan semua tepung2 tu, tp still ada yg x habis, agak membazir jugak.. so tun alter resepi ni sket ye.

Ikan Hot n Spicy
resepi: kak besah@myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • isi ikan dihiris 1 cm tebal- tun guna 2keping ikan dory
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam - jika suka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur - kalau habis tambah lg..
  • minyak utk menggoreng terendam- tun goreng minyak sikit, guna non-stick pan
Cara-cara
  1. gaul rata semua bahan kecuali kepingan ikan & telur - ketepikan.
  2. gaul kepingan ikan bersama sedikit gartam & serbuk kunyit @ serbuk kari. pastu kacau telur dlm sebuah mangkuk.
  3. panaskan minyak, bila sudah panas, celupkan kepingan ikan satu persatu ke dalam telur.
  4. lpastu salutkan pula dgn tepung berempah td rata2 lalu terus digoreng dgn api yg sederhana.
  5. bila agak keemasan blehlah diangkat.
  6. sdp dimkn dgn nasi atau dimakan begitu saja cicah sos cili..

Kaswi Pandan Lemak

Assalamualaikumm..


lambat sket beronline arini.. pagi2 byk pulak kerja nk buat.. ni sementara roti tgh duk dlm oven, blh cepat2 letak n3.. kaswi yg sgt glemer.. dan sgt sedap, walaupun gambar hudus! :( xsuke! x suke!!! :( amik gambar subuh hari, xtau nk setting mcm mana, amik gmbr byk2 semua hudus. so letak satu je la, wat syarat. asal x culik gmbr org lain sudah la kan.

rasa kaswi ni sungguh2 sedap! mmg penuh nostalgia bila gigit, rasa dan texture dia sebijik mcm yg tun biasa makan masa kecik2 dulu.. sungguh terharu bila makan. haha.. over betul budak tun sorang ni kan.. nway, mmg bertubi2 GMM buat kuih kaswi ni. tun pun xtau sape yg mulakan virus kaswi ni, tp tun cuba list kan siapa yg dh buat ye. kalau tertinggal tu, maafkan tun ye.


Kaswi Pandan Lemak
Resepi: kak besah@myr


Bahan-bahan ( 1 loyang )
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung ubi kayu
  • 1 cwn santan
  • 1 1/2 cwn air perahan daun pandan (3 helai)
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1/2 sudu teh AIR kapur sireh
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 bj telur (xkira saiz)
  • beberapa titik pewarna hijau.
  • secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.
Cara-cara
  1. kacau sebati tepung2 & gula bersama air pandan & telur. pastu campurkan kesemua bhn2 lain. kacau hingga tidak bergentel. sape suka dipuji oleh MIL..tapis lah adunan ni yer..hehe..
  2. seterusnye, masukkan adunan ke dlm loyang yg tlh disapu sedikit minyak. jgn lah tebal sangat, dlm 3 cm cukup. pastu kukus lah hingga masak.. dlm 20-25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sbelum mengadun adunan.)
  3. bila kaswi dah sejuk, bleh la dipotong & digolekkan dlm kelapa parut yg tlh dicampur dgn secubit garam. di rmh ni bdk2 xsuke mkn ngn kelapa parut.. tp ok jer..coz kaswi ni dah lemak rasenyer..hehe..

Tuesday, May 29, 2012

Kuih Sagu @ Bronok (kukus)


Assalamualaikum~~~~

morning!!! first sekali, nk ucapkan tahniah buat kak Mas @Duniaku for your new baby boy /XD selamat berpantang, nnti blog tunjuk makanan2 ketika berpantang la ye ;)

kuih sagu ni tun buat utk bekfes pagi nih.. mlm td kukus, pagi ni tgk cantik je set dia. dulu2 tun panggil kuih ni kuih telur katak. hihi... suka sgt makan, tp sgt x suka membuatnya.. sbb punya laa lama nk kene ngadap periuk smb mengacau non-stop. tu pun most of the time still ada bijik2 putih kat tgh.. x suke! x suke! suatu hati tu tun gi godek2 dapur kak izah time xde keje, terjumpa resepi nih.. bila tgk 'kukus' tuh, terus terjakun.. hihi.. rupa2nya sgt senang nk wat bronok guna teknik nih. sejak tu, mmg dh byk kali laa buat sbb senang. hasil pun cantik ^^ 

tgk laaa.. xde bijik2 putih!! ^^ xnmpk pulak bulat2 sagu dlm gmbr

Kuih Sagu/ Bronok
Resepi: mamakastam@myr
Sumber: Kak Ika, Kak Izah, tun telani

Bahan2:
  • 1 gelas sagu biji kecil>> Kita guna sukatan cawan metrik
  • 3 gelas air>>yg ni pun sama
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose - ni me xde

Cara2:
  • Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  • Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  • Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
  • Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya - me kukus setengah jam
  • Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

Monday, May 28, 2012

Homemade Cookie 'n' Cream Aiskrim

Assalamualaikumm~~~

Aiskrimm!!! aiskrimmm!!!!! sape nk aiskrim angkat keyboard! hihi.... xde delivery,kene self pick-up ye, takut cair tgh jalan, xpun makan kt umah ni ye :P aiskrim feveret tun. samaada cookie n cream atau coklat. yg lain kureng sket. zaman wat degree dulu mmg balik dr kelas singgah kat dairy beli cookie n cream aiskrim. sedap!! 

tun dh lama x buat aiskrim nih. sebab utama, bila dh buat tuu, asyik nk bukak petiii je kerja nya.. hahaha... tun blh control lagi makan, tp my laling nih, sekali bukak peti, 1 mug besar dia habiskan.. tuu, kat bawah tu.. tu mug kedua dia dlm mkn dlm sekelip mata.. hoho.. dangerous! dangerous!


buat jugak dlm bekas kecik2.. bekas kecik2 ni byk jugak, utk diberikan pd jiran tenangga :) gmbr straight dr dlm fridge tu.. hehe.. tinggal 4, x berkesempatan nk naik umah jiran atas bg kat anak2 dia.

Aiskrim ni sgt sedap okey.. percayalah. xde rasa mcm aiskrim murahan yg bila makan tu rasa ketul2 ais. cuma compared to aiskrim kedai, dia cepat cair sket. tp xde la x sempat nk makan dh cair. kalau dlm bekas kecik2 tu xsempat nk cair dh habis mkn.. dr segi rasa mmg tip top :D

Cookie 'n' Cream Aiskrim
resepi asal: wssary@myr
olahan: tun_telani

Bahan-bahan ( 2 liter )
  • 5 sudu besar gula pasir *
  • 1 tin (4ooml) susu sejat/cair *
  • 1 sudu besar ovallete *
  • 1 biji telur *
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sk vanilla
  • 1 paket Oreo/ Cream-O (buang filling dan pecahkan kasar2)
Cara-cara
  1. mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed - blender x sesuai ye, sbb nnti dia expand 3kali ganda, x muat blender
  2. simpan dalam freezer 30 minit
  3. ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali - mix, freeze, mix, freeze, mix, + vanilla+oreo, freeze
  4. pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan susu tepung, esen vanill, dan oreo
  5. kacau dengan wisk atau senduk kayu
  6. boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
  7. freeze kan semalaman, dan sedia utk dimakan ^^

** updated.. bagi yg x faham ye.. mcm ni...
mula2 tu mix high speed selama 5 minit, dan sejukkan dlm fridge setengah jam (x beku ye, dia sejuk je)
pastu ulang lagi, mix high speed 5 minit, dan sejukkan setengah jam
last sekali, mix high speed 5 minit, pastu guna wisk utk campurkan susu tepung, vanilla, dan perasa pilihan.
pastu freeze kan semalaman :)

Saturday, May 26, 2012

Tauhu Poket


Assalamualaikumm~~~

terasa aura2 ceria hari ni. mesti ramai yg plan utk pulang ke kg atau dh bertolak pulang ke kg masing2.. kawan2 usrah tun pun dr smlm dr ada yg naik belon blk semenanjung. tinggal la tun kat sini.. tp xpe lah, nnti nx month nk blk jugak utk viva. GMM pun mesti slow sket meriah dia sbb masing2 berebut komputer dgn anak2 yg blk rumah ye. hihi..  nway, selamat bercuti pd yg bercuti, hati2 di jalan raya.. bawa bekal air nescafe atau energy drinks bg yg xde co-driver :) 

ok laa.. tauhu poket yg sedap ni menu lunch tun smlm. tun makan ni je dh cukup, tp of kos still masak nasik utk my laling lah. nmpk senang je, tp struggle jugak nk masukkan isi dlm tauhu tanpa koyakkan tauhu tu.. haha.. maklum laa, 'ayu' terlebih :P gmbr amik yg cantik2 je, ada yg hancur siap terkeluar filling masa goreng. muahhaha... xkisah la, yg penting... sedap ^^


tq pada kak nor yg tlh berjaya menggoda tun ^^.. mmg sedap betul ni. kalau x fikirkan goreng2 berminyak tu, mmg kompom tun berebut ngan my laling tu..

TAUHU POKET
sumber: K.Nor, tun telani
Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 5 kpg tauhu
  • 50 gm isi udang dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar didadu halus 1 inci lobak merah diracik halus
  • 2 helai daun ketumbar dihiris halus
  • 2 sb telur (dlm 1/2 biji)
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 sk pati ikan bilis - tun xletak
  • sedikit garam

Cara-cara
  • Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang. <- utk elak tauhu pecah, goreng dulu sebentar tauhu sblm korek buat poket.
  • Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
  • Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
  • Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....
updated!!*****
tips dr kak nor dan kak rostina, tauhu yg dipotong dua tu, goreng sebentar sblm korek buat poket. untuk elakkan dari pecah..

Friday, May 25, 2012

Sugar Butter Roll


Assalamualaikummm~~~~~~

Roti lagii!!! haha... tun mmg suka buat roti. tp skrg ni tiap2 hari meroti sebab ada permintaan dr opis my laling. so kalau tgk byk sgt n3 roti tun tu, bkn semua tun makan tau. saya tengah diet.. after bekfes tun uli doh, dlm ko 12 dh blh hntr roti ke opis my laling :D semalam pagi ke UPM smp tengahari, so x sempat meroti. hihi.. kesian pulak orang duk tanya kat my laling, xde roti ke.. alhamdulillah, xsia2 hobi yg tun ada. selama ni bila masak xtau sape nk habiskan, skrg bila wat roti dan kuih, mmg buat extra sbb hntr ke opis jugak :) thank you kpd akak jiran bawah yg suggest tun hntr ke opis.

roti ni buat last week. kdg2 blank jugak nk buat roti apa. mcm2 jenis roti dh buat. xleh wat yg sama je, nnti org bosan kan. so mmg tun variasikan. wat sikit2 :) asyik wat roti ada filling je, kali ni wat roti plain, tp letak gula sket. mkn 2-3 biji pun xde hal. x muak. hihi...


resepi still olahan dr Basic Bread. tun doakan pahala yg berpanjangan buat Puan Roshayati Johar, walaupun tun x kenal siapa nih, moga murah rezeki selalu. terima kasih atas resepi yg lembut dan sedap.


Sugar Butter Roll
Olajan dr: Basic Bread Puan Roshayati Johari, dr Mamafami
Sumber: tun telani

Bahan2:

Bahan A
  • 400g tepung roti
  • 100g tepung gandum
  • 80g gula
  • 1 sk garam
  • 30g susu tepung
  • 1 sk bread softener- optional - tun x letak
  • 1 sk bread improver- optional
  • 4 sk yis
Bahan B
  • 250ml air
  • 1 bj telur- pukul sedikit
Bahan C
  • 80g margerine
Bahan D
  • Butter- cairkan
  • Gula

Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, ambil doh sebesar 50g setiap satu, uli panjang lebih kurang 10 cm, belah tengah dan jalinkan.
6. Biarkan naik 2 kali ganda, sapu dgn butter cair dan taburkan gula kasar, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 20 minit.

atau

1. Masukkan semua bahan dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. ambil doh sebesar 50g setiap satu, uli panjang lebih kurang 10 cm, belah tengah dan jalinkan.
4. Biarkan naik 2 kali ganda, sapu dgn butter cair dan taburkan gula kasar, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 20 minit.

Thursday, May 24, 2012

Bingka Labu

Assalamualaikummm~~

second n3 for today! mcm xde keje je bunyi nyer kan. hihi.. nk cerita berita gembira td.. Datin Chahs, no.. thesis belum lulus lagi.. alhamdulillah, tarikh viva dah dapat, 19 June ni insyaAllah. skrg baru nk terkedek2 buat slides utk presentation. doakan yang terbaik.. tu bkn berita gembira, tu berita cuak.. berrita gembira, Alhamdulillah, terima tawaran utk jd part-time lecturer kat public university di sini :D . mmg xlayak lagi nk memohon utk jd full-time lecturer sbb master xhabis lagi. but at least, nnti resume nk apply kerja kukuh sket ;p td pun dh ckp2 dgn ketua jabatan, dia suggest smb phd kt situ terus. tgh fikir apa yg terbaik.. sementara tu, prepare slides viva dulu, then prepare slides utk lecture. semester baru start next month, insyaAllah. doakan yg terbaik utk tun ye ^^

okay laa.. bingka labu tun buat 2hari lepas. buat 1adunan ni, tp xde loyang yg lbh kecil yg sesuai, tu yg nipis sket kejadian dia. duk tgk semua pakat buat bingka labu lemak manis tu kan, mmg terliur.. tp selalu lupa nk beli susu pekat. last2, sbb nk makan jugak, tun buat je guna resepi yg pernah buat dulu ni.. sedap jugak. xmanis sgt, rasa manis2 buat, suke! mmg x habis mkn kalau buat kuih2 camni, so suku tinggal utk mkn kt umah, the rest, peket2 jual kt opis my laling. hehe.. 

Bingka Labu
Sumber Asal: CMG, kak Zana
Sumber: Kak Izah
Sumber: tun telani

Bahan2

  • 2 biji telur M
  • 250 ml santan segar - tun guna 200ml santan kotak + 50ml air
  • 100 g tepung gandum
  • 90 g gula halus
  • 1/4 camca teh garam
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 250 g labu lecek
  • 1/2 sudu besar butter - tun letak minyak masak
  • Bijan secukupnya untuk topping

Cara-cara
  • Blender labu bersama air, gula, santan,garam esen vanila sehingga halus, kemudian masukkan telur, tepung dan butter. Blender sehingga sebati - tun masukkan semua bahan dlm blender sekaligus..
  • Tuang dalam loyang yg telah di sapu minyak
  • Tabur bijan, bakar 200 C, selama 40 minit.

Labu ni ce teka sape yg bagi?? hihihihi........

mcm dulu, ni pun labu pemberian kak hasue ^^ yg plg senang utk buat labu tahan lama, buat puri labu pastu freezekan ye. last time tun buat puri labu, puri tu bertahan 4 bulan dlm freezer baru berjaya habiskan :)



How To Cook Fresh Pumpkins
source: hubpages
source: tun_telani
  • labu di belah dua. korek keluar biji labu.
  • kerat labu besar2. utk sebelah labu tu, tun potong 4. xperlu buang kulit.
  • Kukus labu selama 20 minit atau hingga lembut.
  • korek keluar isi labu dgn sudu dan lecekkan. tun guna garfu je utk lecek sbb dh lembut sgt, xyah blend segala bagai. 
  • dh sejuk blh simpan dlm bekas kecik dlm freezer. nnti senang nk guna wat kuih =)

 nota tun: labu yg di kukus di agak berair. bila nk guna tu, kene sengetkan bekas utk buang air. compared dgn buat puri labu dgn cara bakar dlm oven (refer SINI utk yg tun buat dulu), yg bakar hasil dia lg cantik, x berair. tp kalau kukus jimat masa dan letrik ;)



Fried Dumpling/ Gyoza


Assalamualaikumm~~~

Morning :D arini mood berbunga2.. alhamdulillah, semalam terima panggilan tepon dan email yg menggembirakan, lepas ni akan keluar utk finalize kan few things. insyaAllah, nnti dh settle tun kongsikan :)  skrg ni kongsikan menu berbuka semalam. buat karipap juga. 

dumpling skin tun beli yg instant je. lupa nk amik gambar packaging dia, tp kat luar tulis 'japanese gyoza pastry', ada 30 keping kulit dumpling. cukup2 je inti dia.


kaler dia putih ni, nmpk kuning sbb ambil gmbr lepas asar
RESEPI GYOZA
Resepi: kak hana
Sumber: kak ros , tun telani

Bahan-bahan

Untuk Skin

  • 250g tepung gandum
  • 1/2 - 3/4 cawan air sejuk - ader setengah resepi gune air panas, dan ada setengah campuran sejuk+panas
  • 1/4 sk garam
  • Extra tepung gandum utk canai
  • 1/2 sudu kecil baking powde (P.Ros tambah)

Untuk Inti
  • 250g daging kisar/ ayam/ udang (P.Ros guna 200 grm daging hancur)- tun guna ayam
  • 1/2 genggam daun kucai - potong kecil (P.Ros ganti dgn daun bawang)
  • 50g kubis - cincang dadu halus- tun guna kobis ungu
  • 1 sudu makan halia parut
  • 2 sudu makan bawang putih parut
  • 1sk minyak bijan (Puan Ros guna lbih kurang 1 1/2 sudu)
  • 1sk gula
  • 1/4 cawan bawang besar - potong dadu
  • Daun negi - jika suka (tak masuk)-  tun xtau apa nih
  • garam dan pepper
  • Puan Ros masukkan 1 sudu kecil tepung jagung kedalam adunan filling- tun pun
  • 1 sm tepung jagung/katakuriko + air - bancuh utk stim gyoza (Puan ros stim guna air tampa tepung jagung) 
  • tun tambah shredded carrot and mushroom

Cara-cara
  •  Untuk membuat skin - Uli semua hingga elastrik (P,Ros rehatkan selama 10 minit dan tutup mangkuk dgn tuala lembab. Taburkan tepung gandum di atas papan canai. Canai nipis kemudian terapkan dengan cutter atau muncung gelas/cawan. Buat sehingga abis dan taburkan dengan tepung jagung/ubi (hana gune tpg gandum je) supaya setiap keping tidak melekat antara satu dengan lain.  - tun guna ready-made dumpling skin
  •  Untuk Inti - Campurkan semua bahan inti sebati. Ambil sekeping skin gyoza, dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI. atau boleh gunakan acuan gyoza.
  •  Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Susun gyoza, tuang air bancuhan tepung jagung (boleh juga guna air sahaja), kemudian tutup kuali tersebut. Biarkan sehingga air kering dan bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan .Hidangkan dengan sos gyoza.
  •  Nota dr chef jepun, stimkan dahulu baru masak hingga kering utk mengelakkan gyoza `kotor` bila tuang air kemudian.



Dumpling Dipping Sauce
sumber: tun telani

bahan2

  • 1/4 c kicap manis
  • 1/2 icnh halia-  tumbuk
  • 1 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 bj cili padi- tumbuk
  • 1 sb vinegar- tun guna apple cider vinegar
  • 1 sb minyak bijan

Cara2
  • campurkan semua bahan dan biarkan seketika supaya rasa dia sebati. 

Wednesday, May 23, 2012

Ayam Masak Kurma... versi malas


Assalamualaikummmm~~~

morning ^^ hari kedua di bulan Rejab. alhamdulillah, berjaya bangun sahur pagi td :D set jam ko 4 lagi haa. semoga berjaya puasa arini, insyaAllah. moga2 Allah sampaikan kita dgn bulan Syaaban dan seterusnya Ramadhan. hmm.. sape2 yg bln habis ganti puasa tu, boleh laa marathon ye ;)

ok laa.. ni menu semalam ye.. tun mmg sgt suka makan ayam masak kurma. kalau kt kg mmg selalu sgt duk ulang2 masak ayam masak kurma nih. lagipun adik bongsu tun, chen tu mmg suka makan ni.. dulu masa dia kecik2, kalau suap nasi dgn ayam masak kurma ni, mmg bertambah2 dia makan. windu pulak nk blk kg.. dh besar dh adik bongsu tun tu.


semalam buat versi malas ye.. nape malas?? sbb biasa tu ada letak rempah kasar, kayu manis bunga lawang segala bagai tu.. tp smlm nk cepat2 masak, just tumis rempah dia je. dh lama x buat, sbb kuah dia guna santan pekat, so rasa bersalah je masa masukkan santan dlm periuk tu. hehe..

Ayam Masak Kurma
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 ekor ayam- potong
  • 2 bj kentang- potong 8
  • 1 peket kecil rempah kurma (tun guna adabi)- bancuh dgn sedikit air
  • 1 labu bawang besar- mayang
  • 3 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cm halia- tumbuk
  • 100 ml santan pekat - tun guna santan kotak
  • 1 sudu makan susu tepung/ 2 sb susu sejat
  •  garam
  • air secukupnya

Cara:
  • tumis bawang besar sampai layu, masukkan bawang putih dan halia, dan tumis lg.
  • masukkan rempah kurma, tumis sampai berminyak dan naik bau.
  • masukkan ayam dgn sedikit air. gaulkan smp rempah menyaluti ayam. masak sebentar.
  • masukkan kentang, santan, dan air secukupnya. masak dgn api sederhana hingga kentang empuk.
  • masukkan susu, dan perasakan garam.

Tuesday, May 22, 2012

Ayam Kicap Berempah Harum


Assalamualaikummmm~~~~~~~~~``

fuhh fuhhh... sapu habuk2 dan debu2 sket.. sket je, x byk pun.. tinggal 3hari rumah maya tun ni. rindu pulak nk BW. semalam baru sampai dr miri, ni marathon basuh kain baju yg terperam 4hari. tp, xtau laa ntah bila keringnya, arini hujan pulak. 

ayam masak kicap berempah kak dayang ni tun buat jumaat lepas. dh byk kali buat ni.. mmg sedap sgt! bila tgk ayam kicap tu, rasa mcm biasa2 je kan, tp dh campur rempah segala bagai ni, mmg  jd sgt sedap!


k lah, xleh ngadap lappy lama2 sbb byk kerja nk kene bereskan..nk kene marathon BW lagi.. tu kewajipan utk teman2 maya kan :D kalau x sempat BW pagi ni, nnti ptg2 sket lepas siap kerja rumah tun BW ye ^^

AYAM KICAP BEREMPAH HARUM
Resepi: Dayang Jack (DJ)
Sumber: tun_telani

Bahan:-

  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)- tun bakar 200 C, 20 minit, nx time nk gaul garam kunyit dulu =)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar (*akak tambah ni)
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (*akak guna 2 btg)
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-Cara Memasak:
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak.

Friday, May 18, 2012

Roti lagiii!!~~ versi mini pizza pulak ^^


Assalamualaikummmm!!!!!

tun kat miri skrg. baru je sampai ko 12 td. ni my laling gi semayang jumaat, so lepak kt bilik je la. nasib baik ada wireless dlm bilik. biasa hotel lain wireless kongsi dan sgt slow, sini wireless laju :D td ondway lalu kampung mek mukah kak haSue omey, tp kak sue xbalik kg pulak. alang2 kt miri nih, kalau ryo tu pompuan, blh gak gi kacau2, tapi, sungguh x appropriate kalau nk gi gader2 n bergurau senda dgn anak teruna orang. so, buangkan idea tu jauh2 ye :)

nway, hopefully x muak laa ye tgk roti berturut2.. tgh mood giler meroti nih. tu yg BM sampai blh rosak tu. kerja terlampau keras. tp tgk laa betapa gebu hasil roti uli mixer mata cangkuk ni ^^ so sape2 yg xde BM tu, no excuse utk x wat roti ye. tu confirm majority umah ada mixer kan.

gambar sama, angle berbeza..so nmpk kaler lain..

mmg tun kerap buat roti, tp buat sikit2 tau. biasa kalau buat separuh adunan tu dpt 10 biji. so, bahagi dua pulak, 5biji buat perasa lain, 5 biji lagi buat jenis yg berbeza. kali ni, half buat sosej roll mcm kt bawah nin, half buat mini pizza ni =) kalau nk buat 10 biji yg berbeza2 pun blh. hihi.. so xde la muak mkn mende yg sama kan.

adunan basic doh ye (refer SINI  atau SINI). topping dia basic je. tun letak resepi ye.. kalau nk tambah mix vege pun ok, tp tun x suka mkn mix vege. 

Mini Pizza Topping
resepi: tun telani

for 7-8 bun

Bahan2:
  • 1/2  bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 5 batang sosej- slice
  • 3 bj button mushroom- slice
  • 2 sb tomato puree
  • 1 sk oregano <- ni paling penting!
  • sos cili dan mayonis secukupnya

cara2
  • tumis bawang besar smp layu, masukkan bawang putih dan tumis sebentar.
  • masukkan sosej, mushroom dan tomato puree. gaul2, tunggu sosej masak.
  • masukkan oregano dan gaul sebentar.
  • siap utk digunakan =)
cara buat mini pizza
gunakan 50g doh roti. roll bulat ikut kelebaran yg disukai. pastikan tepi dia lg tebal dr tengah ye, mcm ada lekuk gitu utk letak topping.
spreadkan topping pizza atas doh. picitkan mayonis dan sos. kalau ada cheese lagi sedap, tp kalori kira sendiri la ye :P
bakar dlm 8-10 minit. pusingkan dulang lepas 4minit utk pembakaran yg sekata =)

ps: paling best time bau roti dlm oven memenuhi rumah :D

Thursday, May 17, 2012

Sup Ayam Hadnyai.. again


Assalamualaikummmm~~~~

n3 cepat2 malam nih.. sup ayam hadnyai yg dh berulang2 kali tun buat. kalau tgk laporan masakan tu, 2 kali tun hntr laporan. xpenah tun hntr laporan byk2 kali nih. mmg tun suka rasa rempah2 dia. biasa tun buat pekat sikit, tp kali ni terlebih pulak air dia. tu yg nmpk mcm cair sket tu.

ramai dh cuba resepi nih, kalau tgk laporan, kak izah dan kak nor dh cuba. latest, kak ika pun buat, pastu kak Q nmpk mcm dh jatuh cinta ngan resepi ni, duk ulang2 ye kak :) aritu nmpk cheq sue pun buat sup ni gak.



cnp je la ye..

Sup Ayam Hadnyai
resepi: pyhonda@myr

Bahan-bahan ( 3 orang makan )
  • 1) Sebelah ayam dipotong-potong
  • 2) 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
  • 3) 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  • 4) 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
  • 5) 2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
  • 6) 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • 7) daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri

Cara-cara
  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

Coklat Filling utk Coklat Bun



Assalamualaikumm!!!

morningg!! :D pagi ni lambat sket beronline. frust sbb masak x jadi.. td wat sambal sardin, nk wat stok utk inti pau, karipap dan roti. dh siap masak, bila rasa, ada rasa masam pulak. mcm terlebih perah asam limau, padahal x letak lagi limau nipis. haish.. rasa cili giling yg tun guna, ok je. pastu rasa baki sos kat tin sardin tu. hmmpph.. sos tomato dia terlebih masam :( padahal expired 2014 tuh. saboo je la. nk wat camner kan, mende dh jadi. sabo sabo pun, terus xde mood nk wat keje lain. huhu..

nway, roti ni pun wat semalam jugak ^^ wat separuh adunan basic doh tu (refer SINI), dapat 5 biji roti sosej, dan 5 biji roti coklat nih :D 

before
after

arini nak share resepi coklat filling yang tun selalu guna. sedap coklat filling nih, wat spread atas roti gardenia pun sedap ni. satu adunan dapat banyak! blh guna 2-3 kali.

CHOCOLATE FILLING
Resepi: Puan Azlina Alias (FB)
sumber : Kak Anna, Kak Nor

Bahan-bahan :
  • 250ml susu sejat
  • 180ml air suam
  • 180gm gula castor
  • 60gram serbuk koko
  • 60gram tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum (yg ni k.nor tambah) - utk utk lebih kentalkan supaya senang utk letak filling dlm roti, kalau nk spread xyah letak ni ye =)
  • 60gram mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
  • Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
  • Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau diblend.
  • Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
  • Masukkan mentega dan vanila.
  • Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
  • Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.

Wednesday, May 16, 2012

Roti Sosej

before

Assalamualaikumm~~~

n3 saje dimalam hari.. hihi.. ni laa roti yg me buat pagi tadi :D

mmg skrg tiap2 kali meroti akan guna resepi basic bread ni. mmg x pernah mengecewakan ^^ resepi ni kdg2 tun buat bun kosong (refer SINI), kdg2 olah wat roti perasa2 (tgk SINI, SINI dan SINI). tun skodeng dr dapur mamafami, mmg dh ramai yg cuba resepi ni kan :) tuan asal resepi tahu nama je, xkenal pun.. terima kasih atas resepi yg sedap nih.

after
sebab bibik rosak, tun uli guna mixer mata cangkuk. mixer tu pun dh bunyi semacam je sebab dikerjakan dgn hebatnya. hihi.. semoga panjang umur mixer tun. susah la kalau mixer pun rosak, tun mmg x pandai uli tangan..  kalau x letak softerner atau improver tu pun lembut tau.

Basic Bread Recipe
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber: tun telani


Bahan2:

Bahan A
  • 500g tepung roti
  • 100g gula - tun letak 80g je
  • 1 sk garam
  • 30g susu tepung
  • 1 sk bread softener- optional - tun x letak
  • 1 sk bread improver- optional
  • 4 sk yis
Bahan B
  • 250ml air
  • 1 bj telur- pukul sedikit
Bahan C
  • 80g margerine
Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

Dori dan Tofu Telur Goreng Pedas


Assalamualaikummm~~~~

:D apa khabar semua org hari ni? tun lambat sket mengadap lappy. lepas siapkan bekfes n babai my laling gi kerja td terus letak kain dlm mesin.. sambil2 tunggu kain siap, mngemas umah n mengemop lantai. lambat ngat mesin basuh tu nyanyi2, siap menguli dan proffkan roti..ye, bibik melayu saya rosak dan still tunggu stok baru sampai utk dpt ganti. ni baru siap jemur kain dan roti dh duk dlm oben ^^   fuhh.. hebat gak kan, after setahun setengah jadi housewife, rutin harian jd bertambah pantas. hoho.... 

okie, xleh bebel lama2, nnti x sempat nk BW semua tempat b4 masuk dapur prepare lunch. menu ni buat utk lunch semalam. ada sekeping dori fillet dlm fridge, fikir2 mcm xcukup je utk satu lauk, godek2 peti jumpa egg tofu nih, so campurkan sekali.. menu campak je, tp licin dgn pantasnya jugak ^^



Dori dan Tofu Telur Goreng Pedas
resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 keping fillet ikan dori
  • 1 egg tofu
  • 1/2 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 sb cili giling
  • 2 sb sos tiram
  • 1/4 cwn sos tomato
  • 2 bj cili hijau
  • sedikit air
  • sedikit tepung jagung- utk salut ikan
  • garam, gula

Cara2:
  • gaul ikan dgn sedikit garam, dan salut dgn tepung jagung. goreng dgn minyak sedikit, dan ketepikan.
  • tumis bawang, dan bawang putih. masukkan cili giling dan tumis lagi. masukkan sedikit gula.
  • masukkan sos tiram, dan sos tomato serta sedikit air jika nmpk agak kering.
  • masukkan egg tofu, ikan dori, dan cili hijau. gaul2 hingga kuah menyaluti ikan dan tofu.
  • perasakan garam.


Tuesday, May 15, 2012

Homemade Dadih.... sedap sgt! ^^


Assalamualaikummm...

morninggggg!!!!!!!!!!!!!!!!! :D apa khabar semua hari ni? ^^ tun tgh mengumpul kerajinan utk mengemas rumah. hihi... nk menyapu dan mengemop pasni, insyaAllah. umah ni kene mop tiap2 hari, sbb ada kucing. kaki dia pijak apa2 ntah, risau takut cemar umah.

nway, nk kongsi resepi dadih yg sgt sedap! my laling ni sgt2 suka makan dadih, biasa tun beli dadih instant tu je, kali ni my laling ckp nape x buat sendiri je. so godek2 intenet, jumpa resepi kak nor nih. ada lg satu resepi, guna coffeemate, tp umah ni mmg x penah guna coffeemate. so, tun pilih resepi kak nor nih. mmg lembut dan sedap, lg sedap dr yg instant tu sbb rasa dia lg berlemak. tu pun tun alter resepi sbb tun xde susu segar. so guna susu sejat je.

mcm beli kat kedai kan? hihi
tun letak version yg tun buat ye.. nnti kt bawah tun copy resepi asal :D

Homemade Dadih
Sumber: Kak Nor @myr
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 10gm serbuk agar2
  • 2 tin susu sejat (800ml)
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 2.4 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
  • perasa pilihan ( tun guna 1 sk coklat emulco, dan 1 sk pandan paste)
Cara2:
  • masak serbuk agar2 bersama air hingga mendidih. tun larutkan agar2 dgn sedikit air dulu supaya tak berketul.
  • masukkan susu sejat, garam, gula, tepung jagung dan perasa pilihan. masak dgn api sederhana dan selalu dikacau. apabila nmpk hampir mendidih, tutupkan api. jgn masak lama, takut dadih keras.
  • kalau nk buat 2perasa, lepas masukkan susu sejat, garam, gula, dan tepung jagung, kacau2 kejap dan bahagikan dulu baru masukkan perasa.
  • tapis ke dalam bekas kecil2. sejukkan dan blh dimakan.

ni resepi asal ye :)

Homemade Dadih
resepi: kak nor@myr

Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar )
  • 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
  • 1 liter susu segar biasa
  • 1 liter susu segar berperisa coklat
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 1.2 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
  • 1sudu teh coklat emulco

Cara-cara
  1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
  2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
  3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
  4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
  5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
  6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
  7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )
 
Tun adalah pengedar Shaklee berdaftar (SID: 1261295). Boleh wasap 019-932-1450 (klik wasap) untuk sebarang pertanyaan.

Kalau nak beli apa-apa produk Shaklee tanpa orang tengah, boleh klik gambar di bawah ๐Ÿ˜„ pembelian melalui debit/kredit card.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe1fa775d818957a76304c35e1939355

Monday, May 14, 2012

Kerabu Tauge dan Bendi


Assalamualaikumm ^^

new week.. semoga semua bersemangat utk bekerja :) me baru siap menyapu n mengemop lantai, tgh tunggu mesin nyanyi2 nak jemur kain pulak.. tp arini mendung je, hopefully nnti matahari keluar la sikit. 

kerabu ni me buat last week. dh lama terliur dgn resepi mamahawa nih. tapi tertunda2 sbb xde kelapa parut, malas betul nk ke pasar besar semata2 sbb nk cari kelapa parut. jauh sgt. duk 2-3hari sekali duk klik page kerabu nih, last2 tun pun bantai je guna kelapa kering.. hahahaha... sedap je, cuma kurnag kick la. mana blh lawan kelapa fresh ngan kelapa kering kan.



resepi asal kerabu tauge je actually, tp dh hantu bendi tu kan, celur la jugak bendi tu. last2 lg byk bendi dr tauge. hoho...

tq mama for the recipe, n owner resepi nanie..tun pun x jumpa link nanie nih. kalau sapa2 terjumpa bagitau no..

hmmm............. nk cnp resepi. tp xleh nk right click pulak.. n sgt malas nk menaip resepi, so refer page mamahawa SINI ye.. huhu..


Friday, May 11, 2012

Rendang Siam


Assalamualaikumm ^^

kembali bersua dgn penghulu segala hari.. jgn lupa kerat kuku tangan dan kaki ye :D tun kdg2 tangguh2, tgk2 dh maghrib, terlepas nk dpt pahala sunat kerat kuku hari jumaat. hihi...

owh, semalam hr yg agak menensionkan. dgn officially bibik ku merajuk! sabooo je laa.. org lain pakai bertahun2, ni x sampai setahun dh buat hal. teruk sgt dikerjakan agaknye BM tu. pedal dia awal2 je bergerak, bila doh dh kental sikit dia dh xleh nk pusing :(  hopefully warranty at least setahun, x tgk lagi warranty card tu. so, arini terpaksa guna mixer utk buat roti. dh lama x buat manual, harap2 sama je gebu dia tu, insyaAllah.



nway, berbalik pada rendang kali ni.. ekceli ingat nk buat rendang ni mkn ngan kelupis aritu. saje godek2 dapur kak nim sbb xpenah merasa rendang nogori camner kan. terjumpa pulak rendang ni, mcm unik je.. berkobar2 tun nk masak.. tp sblm masak tu, mesej2 dulu tuan dapur tanya sesuai x mkn ngan lemang.. nasib baik kak nim reply b4 tun stat menumis.. hihi.. kak nim ckp rendang ni sesuai mkn ngan nasik je, x sesuai ngan lemang. so, tu yg buat rendang resepi mama tun, n rendang ni buat esoknya.. so ni dh jd baja ye akak2 sekalian.. huhu.

sedap rendang ni.. tun msk nasik utk my laling, tp tun lawankan dgn kerabu je.  lain dr yg biasa. ada rasa ala2 paprik sket, ye laa, nama pun rendang siam kan.. tq kak nim for sharing the recipe :D

Rendang Siam
resepi: kak anymzz (dr majalah mingguan wanita)
sumber: tun telani

Bahan2

  • 1/2 ekor ayam-di bersihkan dan gaul dgn garam dan serbuk kunyit
  • 1 1/2 labu bawang besar- di kisar
  • 4 biji bawang putih-di kisar
  • 2 batang serai-di kisar
  • 1 cm lengkuas-di kisar
  • 10 biji cili padi-di kisar - tun letak 5 biji je
  • 5 tangkai cili kering-di kisar
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 gelas kecil air asam jawa
  • sedikit belacan - tun bakar dulu belacan ni
  • garam,gula,sos tiram dan serbuk perasa(akak tak letak) - tun pun xletak msg

cara
  • Ayam di goreng separuh masak - tun x goreng
  • Tumiskan bahan yang telah di kisar termasuk belacan
  • Gaulkan sebati kemudian masukan daun limau purut,air asam jawa,sos tiram,gula,garam dan akak gunakan 1/2 kiub pati ayam
  • Akhir sekali masukan ayam dan gaul bersama hingga betul2 mesra.
  • Akak biarkan kering sedikit dan akhir sekali akak perah sedikit limau nipis sebagai lazim makanan siam yg biasa kita makan.ada rasa2 masam manis masin..


Thursday, May 10, 2012

Pau Lembut



Assalamualaikumm~~~

morningg!!!! :D mengepau lagi.. arini malas sket, so x menyapu umah lg dh duk ngadap lappy.. insyaAllah pasni gi mengemas umah. arini kene kuar ke bandar sbb nk gi pos office hntr borang yg supervisor tun mintak isi.

pau ni tun wat hari apa ye. isnin kot.. pau lembut resepi kak ton lagi.. mmg dh jadi resepi feveret nih.. percaya tak, tun kukus pagi isnin, ptg tu lembut lagi walapupun tun x panaskan.. pastu tun saje2 simpan sebijik dlm bekas, mkn bekfes esok tu.. lembut dan gebu walaupun sejuk2! kagum tun.. siap berbangga2 dgn my laling betapa sedapnya pau yg tun buat. hahhaha.... kali ni inti kacang je, tp pau ni rasa2nya kalau buat kosong xde inti pun tun blh makan dgn laju. erk... rasa2nya mcm tgh diet.. jgn risau.. diet jugak ni, bekfes pau sebijik je. yg penting x minum air manis.. minum teh O tanpa gula skrg ni tau, kagum x? :P


Pau Lembut
Resepi: kak ton @myr
sumber: kak anymz, kak liza, kak hana
sumber: tun telani


Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor- tun letak 40g
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran(shortening)
  • 2g (1 sudu teh) bread softener- tun guna bread improver
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...

Wednesday, May 9, 2012

Ikan Pari Bakar


Assalamualaikumm~~ ^^

morningg! :D dh pukul 10! baju siap menyapu dan mengemop lantai, dan basuh n jemur kain. skrg bersenang2 dpn lappy b4 sambil pikir nk masak apa utk lunch. siapa2 yg tgh pk nk masak apa utk lunch, apa kata buat pari bakar yg sedap nih lunch nnti ^^ tun buat ni last week dah. sedap ke? hmm... x baik menipu tau, tun mmg x minat ikan pari, tp my laling makan dgn lajunya, siap habiskan portion yg tun simpan utk dinner lagi. sabo je laa.. hihi...

tun berkenan kat resepi ni sbb rupa dia mcm ikan bakar yg org jual kt pasar ramadhan ^^ len kali tun nk try dgn ikan lain yg tun suka mkn. ikan selayang ke, cencaru ke, tun suka laa.. resepi kak ina KL. bahan perap dia tun buat satu adunan tu utk 1/2 kilo pari, tp mmg byk lebih. so simpan dlm peti, nx time nk buat ikan bakar senang, dh ada rempah perap ready-made :D



Ikan Pari Bakar
resepi: kak inaKL

Bahan-bahan utama
  • 5 keping ikan pari dipotong 2

Bahan-bahan lain
  • 10 sudu makan cili kisar
  • 8 biji bawang kecil*
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 11/2 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus-untuk diperah diatas ikan setelah dibakar..
Cara-caranya

1. Basuh ikan dan rendam dalam air asam jawa selama 20 minit.
2. Lumur garam dan serbuk kunyit.
3. Kisar semua bahan bertanda *.
4. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
5. Masukkan gula , jus asam jawa dan garam.
6. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
7. Bila nak bakar baru di lumur diatas ikan.- tun gaul2 dgn ikan pastu perap jap

Tuesday, May 8, 2012

Rendang Ayam

buat berkuah sikit utk cicah2

Assalamualaikummm~~~

hari menu pemusnah diet.. hahahaha... :P  complete dgn lemak, minyak dan carbo yg tinggi. kui kui.. sila makan sikit2 je okay. lepas makan, ptg jgn lupa keluar bersenam ^^"

lama betul x makan rendang ayam nih. menu rasmi hari raya di rumah tun. resepi pun guna resepi mama, sama je utk ayam dan daging. pernah buat rendang daging dulu kat SINI. masa tu 1st time buat rendang, my laling suka rendang yg mama tun buat, so struggle menelepon mama yg tgh bz kt sekolah tu mintak resepi. skrg dh senang, nk buat buka je blog sendiri. hihi..

kelupis
kelupis cicah rendang

rasa kelupis ni lebih kurang rasa lemang, jd mmg sedap mkn ngan rendang. biasa rendang buat pekat2, kali ni buat berkuah sket. ni resepi mama tun ye.

Rendang Ayam
resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 kilo ayam- kerat kasar2
  • 2 biji bawang besar*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 10 tangkai cili kering* (bahan * di mesin)
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 1 kotak santan (200ml)
  • 2 kpg asam keping
  • Garam

Cara2:
  • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  • Masukkan ayam, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai ayam agak empuk. 
  • Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Siap. Boleh laa dihidang dgn nasi himpit, pulut kuning, or lemang ^^