Wednesday, July 1, 2009

Duhai wanita..

4 Golongan Lelaki Yg Ditarik Wanita ke Jurang Neraka
.
Diakhirat kelak, apabila seorang wanita dicampakkan ke dalam api neraka, dia akan menarik 4 golongan lelaki bersama2 nya:
.
1. Ayah.
- seorang yg bergelar ayah mempunyai tanggung-jawab mendidik anak2, membentuk mereka menjadi anak yg soleh dan solehah. apabila tanggung-jawab tidak tertunai, anak2 dibiarkan leka dalam kemewahan, alpa dalam mendirikan solat, menunaikan tuntutan agama, tidak menutup aurat.. maka diakhirat kelak, ayah adalah org pertama yang akan ditarik ke jurang neraka jahanam.
.
2. Suami.
- apabila telah berkahwin seorang wanita, tanggung-jawab utk mendidiknya beralih kepada suami. apabila suami membiarkan isteri bebas bergaul di tempat kerja, menghias diri utk pandangan umum, dan mendiamkn diri apabila isteri tidak melaksanakan tuntutan agama. biar sealim mana pun suami itu, tetap akan ditarik oleh isterinya ke neraka.
.
3. Abang-abang.
- apabila ayah sudah tiada, maruah seorg wanita jatuh ke bahu saudara lelakinya. most of the time, meraka hanya mementingkan keluarga sendiri, dan membiarkn adik perempuan melencong tanpa ajaran islam.
.
4. Anak lelaki.
- ironi nya, syurga ditelapak kaki ibu.. tp, ibu jua lah yg akan menarik anak lelaki ke neraka, jika seorang anak tidak menasihati ibunya dari membuat perkara2 mungkar spt mengata2, mengumpat..
.
Wahai wanita.. kasihanilah ayahandamu, suamimu, kekanda-kekandamu, serta putera-puteramu.. kasihanilah dirimu sendiri
.
-diolah dari buku 'Bunga Kebahagiaan', karangan Tn. Guru Nik Aziz Nik Mat.

0 comments: