Thursday, January 9, 2014

Nasi Tomato


Assalamualaikummm /XD

alhamdulillah.. alhamdulillah.. akhirnya berjaya update blog.. happy new year! (although arini dh 9hb.. huhu).. tuan rumah xberapa sihat, jadi dapur xberasap.. uni pon xpergi, last week sepatutnya kene bawa students pegi field trip, alhamdulillah ada lecturer lain yg sanggup ganti.. tq, jasamu ku kenang :)



 xde apa nk update, nasib baik jumpa gambar yg ntah bila amik ni dlm folder. huhu.. nasi tomato je pon, tp kali ni tun letak santan sket, jd lagi sedap :D tp kalau terasa mcm nk diet tu, guna susu mcm biasa la ye ^^

Nasi Tomato
Resepi: tun telani

Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras wangi
  • 2 sudu besar minyak sapi atau mentega
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 2 sudu besar tomato puri½ cawan santan Kara
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  • Bahan-bahan bertanda * dimesin.
  • Panaskan minyak sapi/ mentega dan tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bahan mesin dan daun pandan hingga harum.
  • Masukkan tomato puri, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras sebentar.
  • Masukkan air dan santan, dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi kering.
  • Tabur kismis dan kacang pis jika suka.

12 comments:

adda syuhada said... [Reply]

sedapnya...terasa bau nasi tomato smpai kt cheras ni...

Mel said... [Reply]

Sekarang tak rajin nak masak nasi2 begini. Tapi kalau datang mood karang mau tak cukup sepinggan sebab sedap kan. ehe

ai pun tak sihat, kejap panas, kejap sejuk je badan ni.. Btw, +ve kah? ^^

ZalinZalina said... [Reply]

Seumur hidup kak ina tak pernah masak nasi tomato lagi Tun...he he.. harus kak ina cuba gak buat ni nanti :)

asyifa mustaffa said... [Reply]

Perut tgh lapar ni....tgk bloglist semua gmbr mknan! Lapar2.....

Sya Nadia said... [Reply]

sedapnya nasi tomato... :)

Rohah said... [Reply]

Waaa..mengancam jiwa sbb dah lama x masak nasi2 special camni

zana fahmi said... [Reply]

Favourite akak ni Tun, dah lama tak buat. Tun diet ke tak?

Kasih said... [Reply]

As salam. Bila tengok pada resipi, dah boleh agak nasi tomato ni sedap!

ummiaisyah said... [Reply]

wallla....sedapnya ns tu tun....misti licin kalo dpt kt akak...
sian kpg tun...kena banjir yea....misti penat mebasuh segala perkakas...sabo ye tun

zila norazila said... [Reply]

Akk pun dh suka buat nasi tomato tun..dulu2 x minat..he hee

Husna Mohamed said... [Reply]

salam. rindu. lama tak bukak blog teacher. nampaknya famous sekarang. semoga dalam lindungan Allah selalu. :)

Sheila Salim said... [Reply]

Assalamualaikum.. salam perkenalan, sheila singgah dan follow sini.. terliur sangat tengok resepi2.. hehehe ~~~