Friday, April 18, 2014

Alhamdulillah... kembali dgn Laksa Johor ^^


Assalamualaikummmm /XD

Alhamdulillah.. alhamdulillah... kembali menemui kekuatan dan kesihatan utk memeriahkan dapur maya tun nih.. terima kasih pada followers baru dan readers yg sudi singgah walaupon dh 4 bulan tun menyepi..

Alhamdulillah.. rezeki Allah bg pada tun dan suami, insyaAllah kami akan menamatkan zaman honeymoon berdua akhir ogos nnti. Doakan spy dipermudahkan..dh masuk 5 bulan ni, Alhamdulillah alahan dah berkurang dan boleh kembali masuk dapur :)


rindu sangat2 nk ber-BW.. rindu kat kawan2 alam maya especially yg x jumpa kat FB. insyaAllah pasni marathon BW.

Arini menu sulung Laksa Johor.. buat lps subuh td, utk bekfes lunch dinner terus. hahaha :p resepi dr ratu laksa johor kak sheila, tp sbb malas nk menaip tun cnp dr blog kak ummi.. tp tun punya versi ngelat + pemalas, blend sardin je.. hahahaha.. sungguh kurang sopan.. tp blh bg excuse tun xleh bau hanyir ikan, mmg nk termuntah.. sardin pon sardin la, asal licin makan, betol x?

LAKSA JOHOR
Resepi: Chahaya Sheila
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home, tun_telani

Bahan:-
  • 500 gram ikan parang (akak guna ikan tenggiri) - tun pemalas guna Sardin Adabi
  • 200 gram udang (buang kulit dan bersihkan, kulitnya nnt dikisar)
  • * 1 sudu besar udang kering (rendam air panas kejap dan toskan)
  • * 5 ulas bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih (bahan * dikisar bersama guna sedikit air rebusan ikan)
  • 1/2 inci lengkuas - dihiris (akak ketuk je)
  • 3 batang serai - dititik
  • 50 gram rempah kari seafood Mak Siti (*akak guna rempah ikan Adabi je)
  • 400 ml santan (guna santan kotak je mcm Sheila..hehe)
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 - 2 keping asam gelugur
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • beberapa kuntum bunga kantan
  • daun kesum secukupnya
  • 1 paket spaghetti
Bahan hiasan:-
  • daun pudina - akak x letak
  • sedikit taugeh - akak x letak ni, anak2 xnak
  • 2 - 3 tangkai kacang panjang - potong halus
  • 5 - 6 biji limau kasturi - belah dua
  • bawang besar - dipotong nipis bulat
  • timun - dipotong bulat (tengok cara di blog Sheila) - tun sagat je
  • cili merah dan sedikit belacan untuk sambal belacan

Cara Memasak:-
  1. Rebus ikan yang telah dibersihkan hingga ikan masak. Angkat dan toskan, jangan buang air ikan. Sejukkan dan asingkan isi dan tulangnya.
  2. Kisar isi ikan dengan isi udang hingga halus menggunakan air rebusan secukupnya.
  3. Lebihan air rebusan pula dikisar dengan tulang ikan dan kulit udang yang telah bersihkan untuk mendapatkan stoknya. Ketepikan.
  4. Bancuh rempah kari bersama sedikit air untuk jadikan pes dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai yang dititik bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  6. Kemudian masukkan bahan bumbu yang telah dikisar dan kacau hingga garing sebentar.
  7. Masukkan rempah kari dan sedikit garam dulu dan kacau masak dengan api perlahan hingga naik minyak (tujuan memasukkan sedikit garam dulu adalah untuk mendapatkan rupa rempah yang cantik kemerahan dan rempah tidak mudah hangus).
  8. Masak rempah hingga betul-betul masak baru dimasukkan isi ikan dan udang yang dikisar tadi beserta stok air rebusan tadi.
  9. Masukkan asam keping dan lengkuas. Biar rempah masak dan sebati seketika dengan bahan-bahan.
  10. Kemudian masukkan santan dan kerisek. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga ditambah air mengikut kehendak masing-masing. (*nota - kuah laksa ini lebih sedap jika ianya pekat sedikit, baru kick kata Sheila...hehe)
  11. Masukkan garam secukup rasa dan seimbangkan rasanya. Reneh sebentar kuah dengan api perlahan agar bahan sebati dan kuah nampak berminyak kemerahan. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan spaghetti dan bahan2 hiasan.
  12. SPAGHETTI : Sediakan air secukupnya dan didihkan. Bila mendidih masukkan sedikit garam kasar dan beberapa titisan minyak zaitun. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti lembut lebih kurang 8 - 10 minit. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau margerin agar spaghetti tidak mengeras.
  13. HIDANGAN : Letak spaghetti dalam pinggan/mangkuk sesuai, letakkan kuahnya dan hias dengan bahan-bahan yang dihiris tadi beserta sambal belacan dan limau kasturi



13 comments:

Kamsiah yusoff said...

salam
gembira mendengar berita 'gembira'...semoga segalanya dipermudahkan...

rostina76 said...

CAK aarrrrr. heheh sukenye tun dah blh masak & jenguk blog. harap2 pasni laju je ye resepi2 baru

Mel said...

Tahniah berjaya masuk dapur! Baby baru mulai suka akan dapur.hihi

Lamaaa dah xmkn laksa ni hehh.msa blajar dulu je mkn.nk buat xbrape rajin..
Next week nk pulang..boleh kucari..ohooo

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam Tun..

Ngancam betul laksa johor.. lama akak tak makan ni.. nak buat bercinta rasanya...
moga semuanya dipermudahkan ye Tun.. alhamdulillah fasa mabuk2 dah takde.. leh la kembali ke dapur kan.. hehe..

suri solehah said...

tahniah tun n suami..tgk laksa johor ni teringat masa mengandung along dulu...mengidam nk makan laksa johor..dan alhamdulillah berkali2 dpt. mengandung yg ke empat mengidam laksa johor jgk..tapi sampai kesudah tak dpt..kt langkawi ni tak pernah jumpa huhu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. sedapnya laksa! terliur sheila ~~~

Cendana Kasih said...

salam...rajinnyer makyung ni...saya yg tak mengandung bagai ni pun dok tertangguh nk buat laksa kedah, inikan plak laksa johor yg banyak rencah aneka ni...tabik spring toing toing laaa....
tp kan, kalo dpt makan semangkuk lagi best...hehehe.....

Cheq Sue said...
This comment has been removed by the author.
Cheq Sue said...

tahniah tun... in sha allah segalanya akan dipermudahkan...

Amie said...

Alhamdulillah... Tun, lepas ni kena buat senarai panjang nak makan apa, sebab kalau nak mula berselera maca-macam yang nak dimakan tau ha hahaha...

Ayu said...

Assalam Tun,
memang ketinggalan zaman akak ni..baru ni tahu Tun pregnant ya..
congrats tun!!..alhamdullilah..
at least tun boleh juga masak..
akak dulu orang goreng ikan kat dapur then lepas tu dapur bau ikan(aromatherapy bau ikan) akak boleh muntak terbalahak..langsung condem weak aje....

nampak sedap laksa johor tun..teliur akak tengok dah lama tak buat laksa..
apa2pun tun, take carelah ya..baby pertama tu ..:)

zila norazila said...

alhmdulillh moga bb tun sntiasa sihat plus momy dia jgk..fav akk lksa johor..lma x pkena.

Anonymous said...

morning tun

tahniah ye hehe, sian baca tun tak sihat sejak kebelakangan ni

laksa tu alahai tersangat lah menariknya uwaa lapar