Monday, September 21, 2015

Congo Bar Coklat Sedap


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah berjaya meluangkan masa mengapdate blog.. menaip laju2 ni takut harith tersedar.. hehe.. biasa mlm2 harith masuk tido pkl 9 lebih.. tp duk menenen/mengempeng dgn lamanya sblm betul2 lena. kdg2 dgn tun sekali tido lama sgt tunggu dia lena. minggu depan dah setahun sebulan.. kejap betul besar. semoga menjadi anak yg soleh.

nway.. back to the recipe. dah lama duk save resepi nih.. sbb tun suka coklat.. hehe.. pastu tun pernah buat congo bar biasa sblm ni, tp xberapa menepati citarasa. bila tgk resepi ni senang sgt, pastu kak norlie ckp mcm sedap je.. tun nk baking utk kasi hadiah kat students, jd alang2 dh lama teringin nk buat nih, tun bg ni je kat student. biasa every sem mmg baking kasi hadiah kat grp yg markah paling tinggi time group presentation.



xde apa nk tabur, bantai je tabur coconut coated peanuts.. kih kih... texture dia ala2 brownies, tun suka mkn bars yg sedikit dense mcm nih. nnti nk buat topping coklat jugak ^^



tun cnp resepi ye.. tq kak for the simple and delicious recipe ^^

CONGO BAR CHOCOLATE SEDAP
Resepi: kak norlie
Sumber: tun telani

Bahan2
  • 280 g Tepung Gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 30 g serbuk koko
  • 250 g butter - cair / 1 cawan minyak - tun guna marjerin je
  • 300 g gula caster
  • 3 biji telur B - tun guna telur A
  • 1 sudu kecik Esen Vanilla
  • 1 cawan coklat chip - jk suka - tun xde stok
  • Kekacang pilihan utk tabur di atas

Cara2:
  • Pukul telur dan gula caster. Pukul sekadar sebati je, tak perlu hingga kembang.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan serbuk koko dan baking powder dengan cara kaup balikkan adunan dengan spatula.
  • Masukkan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan Coklat Chip (jk suka).
  • Tuangkan dalam loyang yang sesuai. Ratakan kesemua bahagian. Taburkan coklat cip/ kekacang pilihan (jk suka)
  • Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven.


2 comments:

Puan Suri Fahmi said... [Reply]

haha...akhirnya kakpb berjaya update blog juga, dpt jln2 kjp ni sebelum pergi pasar. mcm nak buat utk raya je resipi ni tun, tak susah. tapi tu laa....ikut mood.

Zara Ismail said... [Reply]

nampak sedap congo bar ni tun..rasa nak try..baru nak dapatkan semula mood membaking ni..banyak sgt resepi mudah n sedap..

Tips Atasi Kembung Perut