Wednesday, March 30, 2016

My Super Easy Banana Muffins ^^ (step-by-step tutorial)




Assalamualaikummmmm :)

Alhamdulillah dah siap marking semua exam paper... weeee~~~~~ baru dapat bernapas dgn lega.. hihi.. alhamdulillah juga encik laling dah balik semalammmm ^^ *happy* after hampir sebulan outstation. excited harith abi dia balik.. haha.. pkl 10 xnk tido lagi, smp last2 abi dia terpaksa masuk bilik tutup lampu. tu pon dia duk lompat2 atas perot abi dia lagi dlm gelap tu.. haha.. 

ok laa.. back to the recipe.. buat last week sbb nk bawa gi umah sedara. tgk baby.. nk pegi umah org xkn tangan kosong je kan.. kebetulan beli pisang kat harith, amik 2-3 biji utk buat muffins. yg senang2 je sbb buat mlm2 lepas harith tido. nk bakar kek nntikan ngantuk nk tunggu dia masak. godek2 mapin ni xsampai setengah jam dari awal buat smp siap bakar.


tun sangat2 suka bau pisang yg masak with sugar and butter/marjerin. wangiiii... kek/mapin pon jd extra sedap bila masak dulu pisang tu.. ada rasa karamel2 gula. nyum nyum... this is my super easy, super fast, for super lazy cook. hahaha.. cuma guna 1 mangkuk je.. kih kih.. jimat sabun basuh pinggan.

Super Easy Banana Muffins
Recipe: tun telani

Bahan2:
  • 3-4 biji pisang - lecek
  • 3/4 cwn guna - kalau xnk manis blh kurangkan, tp jgn kurang sgt
  • 1/3 cwn butter/marjerin (jgn guna minyak, kurang sedap)
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • sedikit garam 
  • 1 bj telur
  • 1 1/2 cwn tepung 

Cara2: 


Masukkan pisang + guna + butter/marjerin dalam mangkuk kaca. Microwave sampai gula dan butter cair.
kalau xde microwave blh panaskan dlm periuk


Masukkan baking powder, baking soda dan garam. Gaulkan.
Bila gaul dia jadi buih2 mcm gambar. tu normal ye.


Tunggu sejuk sikit, dan masukkan telur. gaul sebati. (jgn masukkan masa panas, kang jd scramble egg pulak)
Masukkan tepung, dan kaup balikkan. tak perlu kacau kuat. xpe kalau dia ketul2.


Guna sudu/ spatula je.. then blh masukkan dalm acuan mapin..
tun guna silicon mould beli kat DIY. comel dan senang.. 1 aduanan dpt 12 biji mapin saiz biasa.


Bakar 180 C, 10-15 minit, bgantung pada oven dan saiz mapin masing2..
Siap.. tu tun pek kan utk bagi kawan2 :)

Happy Baking guys! ^^

7 comments:

Azian Elias said... [Reply]

simple je kan.. tapi akak ni jenis pemalas... mau pakai suruh chef kat rumah je buat.

Norhayati Mohd Isa said... [Reply]

Mudah bebenor muffin pisang tu Tun..
Tapi bab nak bakar kat oven tu yg akak malas hahahha..
Perasan tak dah lama akak tak baking kek bakar kat oven..
Semuanya akak bantai kukus hihihi..

Ibu Dilah said... [Reply]

wa..simple jer muffin pisang sis ni.. boleh try.. thanks for sharing sis..

Ayu said... [Reply]

Assalam Tun,
akak ni dah lama tak bermafin..budak2 kat rumah tak berapa dgn mafin pisang..kalau kek pisang mungkin lah..walhal bahan sama asal pisang..sabor ajelah kan...pisang ni banyak gunanya ..:)

Kamsiah Yusoff said... [Reply]

Tun..agak2nya kalau digoreng dipanggil cekodok pisang ya..dibakar dipanggil muffin hehe

Marlia Mohamad said... [Reply]

Tun... kalau kukus boleh???

tun_telani said... [Reply]

marlia: kalau kukus texture dia jd mcm apam sket.. tp insyaAllah sedap juga ^^