Thursday, March 24, 2016

Sosej Ayam Homemade: Tutorial Step-by-Step



Assalamualaikumm :)

Alahmdulillah berjaya buka blog yg makin suam suam kuku.. huhu.. xde la bz sgt, n selalu je masak. tp malas nk kuarkan dslr n amik gambar cantik2. kdg2 semangat amik gambar, pastu xde yg cantik, jd malu nk tayang kat blog. huhu..

Kali ni mmg super rajin mengamik gambo. gmbr step by step ni guna hp je.. sbb buat mende yg special jarang2 org buat, jd semangat sket nk share. tun biasa buat nugget dan burger, ni 1st time buat sosej. sbb struggle betul nk masukkan dlm plastik aiskrim tu.. lps pikir2, baru dpt idea nk guna piping beg. Alhamdulillah, senang sikit kerja. 

Jom try sama2 :) kurangkan mkn sosej yg beli, sbb semua tau keburukan sosej rasanya. tp ni ketegori sihat sket la ye, rasa dia mmg xsama dgn sosej beli. tp insyaAllah sedap :)

Sosej Ayam Homemade
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 500 g isi ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar tepung ubi kayu
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1 sudu kecil lada hitam
Cara2:

  • masukkan semua bahan dalam food processor dan kisar halus.


  • amik sedikit adunan dan masukkan dlm piping beg. 
  • ikatkan hujung plastik aiskrim (sbb xnk hujung dia bersegi, nk kasi rupa sosej kan). gulung dlm hujung, dan paipkan adunan sosej. paip slow sbb nk elak ada gelembung udara.
  • isi ikut suka nk panjang mana sosej tu. kalau ada gelembung udara sikit2 xpe, dia xhancur bila masak nnti.
  • masukkan dalam freezer dan bekukan. dah beku boleh gunting dan buang plastik aiskrim tu. xnak masak dgn plastik, takut nnti masuk bahan kimia dalam makanan.

  • rebus sosej td, pastikan air dah mendidih baru masukkan sosej. bila timbul tu kira dh masak la.
  • toskan. dan boleh la goreng mcm biasa. nk frozenkan pon boleh. bergantung kpd panjang sosej yg kita buat, adunan ni dpt 8-10 batang sosej :)


goreng guna olive oil dlm non-stick pan. mkn gitu je cicah sos cili pon sedap :)

nyum nyum.. my homemade chicken sosej.. xde salad lupa beli, guna coleslow je..

selamat mencub ^^

11 comments:

Liza said...

Woww,menarik ni..nnt akk nk try buat..tq tun sbb tips masuk dlm plastic eskrem tu,hihihi

Liza said...

Woww,menarik ni..nnt akk nk try buat..tq tun sbb tips masuk dlm plastic eskrem tu,hihihi

Kamsiah yusoff said...

akak dah stop beli beger,sosej dan sebagainya kt pasaraya lps tekanan darah dah naik ni..

HeNRieTTa JoSe said...

yummy...rietta xpernah buat sndiri lagi...boleh la cuba lpas ni...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Terima kasih kongsi tun..
Nanti akak nak cuba..
Nampak sedap pulak roti sosej ayam tun tu :D
Lapar perut akak skrg..

cheq da said...

Alaihai nmpk lg sedap kalu buat sendiri...thanks sharing

Mel said...

mel ni tak makan sosej sebab rasa masa junkfood. Tapi kalau buat piza terpaksalah letak juga. Kekalau mai mood rajin nanti bolehlah try resepi ni. Dah nak ada anak ni, makanan kenalah jaga.uhuu

Unknown said...

Menariklah nnti nak try buat untk bento anak...tk berkongsi resepi

Jemput singgah ke blog saya
http://mamavitashoppe.wordpress.com

Unknown said...

terima kasih... saya cuba ya 😄

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsiannya, saya ambil perkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian