Monday, February 20, 2017

Stew Daging Mudah


Assalamualaikum :)

Ni gambar dan resepi lama tau.. haha.. post dekat FB masa buat dulu, biasa kalau tun post direct kat FB xde la nk cantik2 bagai.. tgk la gmbr tu, xde garnish2 pon. letak resepi sbb takut terlupa resepi. mmg terlupa pon..kih kih.. lama dah tak buat. bila nk buat mula la terkial2 pikir resepi. last2 tun dw semula gmbr dr FB n tepek kat sini. bila dh dekat blog ni senang sket nak cari.. gugel je tun telani stew daging, confirm kua resepi.. (kantoi gugel resepi sendiri.. hahahaahahha.. mana laa nk ingat resepi byk2 kan..kih kih)




Stew Daging Mudah
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 300 g daging - potong kiub
  • 1 bj bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit garam
  • Lada hitam
  • Sedikit kicap - utk cantikkan warna
  • 2 helai bay leave
  • 1 sk oregano
  • Kentang
  • Carrot - xde stok pulak
  • 1 sb butter + 1 sb tepung gandum.
Cara2:
  • Panaskan sedikit olive oil, dan gorengkan daging yg dah digaul garam + lada hitam. Step ni penting utk naikkan aroma daging tu, goreng smp nmpk berkerak.
  • Masukkan bawang + bawang putih, goreng sebentar.
  • Tuang ke dalam pressure cooker, tambah air, bay leave, dan oregano. Kalau xde pressure cooker, blh guna periuk biasa, tp lambatlah empuk. Bila dh berbunyi tunggu 10 minit dan tutup api.
  • Dalam kuali td, cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau laju2 sampai tepung bercampur dgn butter. Pastu masukkan air. Kacau supaya tak berketul.
  • Tuangkan daging dalam pressure cooker td ke dalam kuali. Masukkan kentang (dan carrot kalau ada) dan kicap.
  • Masak hingga kentang empuk dan kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Boleh hidang dgn nasi atau roti 
Goreng daging dgn minyak sedikit.

Bila daging dah berkerak (caramelized) masukkan bawang2

Pindah masuk pressure cooker, tambah air bay leave dan oregano. Kalau xde pressure cooker maybe sejam baru empuk
harith n encik laling tun suka sgt2 makan stew daging nih.. skrg tun masih kat kampung, nnti encik laling balik kg blh buat ^^

0 comments: