Friday, February 24, 2017

Chocolate Chip Cookies Dila Cake House

Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah berjaya mengambil gambar dgn agak OK. haha.. lama betul x mnyusun makanan utk amik gambar. kat bintulu byk pinggan mangkuk yg mmg beli utk amik gambar, duk kat kg ni, guna je laa mana yg ada. 



Cookies ni duk lalu lalang kat wall FB tun.. saje2 laa try buat, kot2 ada beza dgn cookies yg biasa tun buat. sama je rasa dia. semua pon sedap. hihi.. tp tun share jugak utk sapa2 yg nk try. tun dh kurangkan bahan2 ikut yg biasa tun buat, sbb kalau ikut resepi asal, jenuh nk masuk oven 7-8 tray, oven kat kg dh la kecik.. huhu


ps: susah nk mengadap blog skrg, harith sibuk nk tekan laptop. nmpk je buka laptop sepantas kilat dtg menempel nk menekan jugak.

Chocolate Chip Cookies
Resepi: FB Dila Cake House
Sumber: tun telani

Bahan2:

Bahan basah:
  • 250g butter
  • 30g gula castor
  • 125 g gula perang
  • ¼ sk garam
Bahan kering:
  • 300g Tepung gandum
  • 1 sk Soda bikarbonat
  • ¼ sk Baking powder
  • 30 g Almond stick
  •  1tsp Koko powder
1sk vanilla
1biji  telur
Chocolate chips

Cara2
  • Campurkan bahan-bahan kering.
  • Untuk dapatkan cookies yang rangup, sejukkan bahan2 basah di dalam peti sejuk selama setengah jam.
  • Pukul bahan basah sehingga kembang. Masukka vanilla dan telur, pukul lagi.
  • Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit.
  • Masukkan choc chip ikut selera memasing. Gaul rata.
  • Masukkan bancuhan ke dalam piping beg. Gunting ikut size yang berkenan. (adunan tun x selembut adunan yg ditunjuk dlm video, jd tun sudukan je atas loyang, x masukkan dlm piping beg)
  • 165-170 suhu atas bawah. Dalam 20 minit.

1 comments:

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

yummy....sdap makan petang petang cam gini...