Wednesday, March 8, 2017

Butter Chicken yg senang dan sedap


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah ada kesempatan utk meng-update blog. tiap2 hari masak, tp masak simple2 je, lauk plg common ikan sbb duk kt kg kan, abah mmg duk beli ikan manjangg.. mati kutu dah nk masak apa.. huhu.. sekali sekala masak ayam cuba2 resepi baru. abah makan je, tp x makan byk la.. huhu... xsempat nk masak 2-3 jenis lauk, ada budak wikk wikk memanggil mama..

pagi ni tenang sket, harith kuar ngan tokki n poksu, hasha tgh duk diam atas katil.. alhamdulillah gud girl pulak pagi ni. biasa celek mata je meraung nk duk atas riba. 


Butter chicken ni 1st time tun masak. macam2 resepi yg kuar bila gugel. tak tau nk guna resepi mana. last2 tun campak2 je apa yg ada kat dapur.. hahhahahaa.. sedap jugak.. byk juga resepi yg letak cheese, tun xletak sbb rasa mcm xkene pulak mkn cheese ngan nasik.

Butter Chicken
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 keping dada ayam- potong dadu
  • Tepung ayam goreng - tun guna tepung bestari
  • 3 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 bj cili padi - ikut kepedasan masing2
  • 1/2 cwn susu sejat
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • Air secukupnya

Cara2:
  • Goreng ayam celup tepung (ikut arahan tepung ayam goreng masing2) dan ketepikan.
  • Tumis bawang putih, cili padi, dan daun kari.
  • Masukkan susu sejat dan serbuk pati ayam.
  • Masukkan air ikut kepekatan kuah yg disukai. Masak smp mendidih.
  • Masukkan ayam dalam kuah, gaul sebentar, dan blh dihidang.



4 comments:

Anonymous said...

Sedapnya ayam butter, tengok pun dah jadi rasa lapar. Nanti leh cuba buat. Salam kenal awak, saya newbies blog, sudi-sudi la ye lawat blog saya di http://cararesepi.blogspot.my/. Kalau tak kisah, boleh awak masukkan blog saya dalam bloglist awak? Hehe.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak sedaplah tun... anak2 akak mesti suka...

Phong Hong said...

That looks so delicious! Tambah nasi :)

HeNRieTTa JoSe said...

sedapnye...dah lama xmakan....