Wednesday, June 14, 2017

Apam Pisang Tanpa Telur


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah.. kita masih lagi diberi peluang untuk beramal di bulan Ramadhan. Kali ni nak tayang apam feveret mama tun. Suka betul mama tun buat apam ni sejak kawan dia bagi resepi.

Tun tengok resepi tu, gugel sket, rupa2nya resepi kak amie. hihi.. tun paling suka texture dia. ada kenyal2 sket :)

Rupa tak comey sgt sebab anak teruna amba nak masukkan dalam acuan.. hehe.. memang bila masuk dapur dia laa yg paling laju "alish wat.. alish wat".. bila kita nak cepat tu, nak marah jugak rasanya. Tapi layankan aje la. nanti bila dah besar sure rindu time camni.

Apam Pisang Tanpa Telur
Resepi: kak Amie
Sumber: Tun telani

Bahan-bahan:
1 cawan pisang yang masak ranum
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
2 biji pisang lemak manis - hiris nipis untuk hiasan jika suka

Cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Letak separuh acuan, nanti dia naik.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Jika acuan lompang/kecil kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

Bulan puasa tiap-tiap hari makan kuih manis. Jangan lupa lepas berbuka ambil lecithin/omega/herblax untuk buang lemak-lemak berlebihan 



Set ni nampak kecil tapi power tau!

Lecithin :
  • Bantu menghalang penyerapan lemak dari makanan yang kita makan. Juga bantu pecahkan lemak di dalam tubuh. Bonus: lecithin bantu penyerapan vitamin larut lemak ke dlm badan :)
Omega Guard:
  • kurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ sekitar pinggang (no more spare-tires!). Hasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan dan tingkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak
Herblax:
  • kombinasi tumbuhan herba yang membantu tingkatkan proses pencernaan. membantu untuk bersihkan perut dan usus, dan buang toksin dari badan. Bantu atasi masalah sembelit secara lembut.

Kalau ada kawan2 yang nak try set kurus ni, roger tun ye! tq :)

eh.. lupa bg nombor tepon 019-9321450 wasap je, insyaAllah fast reply.


1 comment:

Kak Nita said...

Assalamualaikum tun...
Lama dah kaknita tak singgah sini ..rindu rasanya.
Sedap tu apam pisang ..tambah 2 bila mkn lepas terawih ..
Lega la tun ..ada anak teruna rajin tolong..hihi