Monday, June 19, 2017

Ayam Masak Padang

Assalamualaikummmm ๐Ÿ˜Š


Alhamdulillah.. ada peluang kongsi resepi lagi ^^ ni menu buka puasa 2-3 hari lepas.. hihi... duk tangguh2, nak update blog. Tak sempat. Bizi duk study pasal supplement Shaklee n tulis iklan. kih kih.. kawan2 kalau makan Shaklee order ngan Tun ye. ๐Ÿ˜„๐Ÿ’–


Dah penghujung ramadhan ni, tiap2 hari struggle pikir menu. mati kutu dah nak masak apa. bila xde idea, kita SOS kat FB. hihi.. Alhamdulillah, banyak cadangan dari kawan2 FB. Tun try resepi yg kak Cda D'Nuanza suggest ๐Ÿ˜

Ayam masak padang ni rasa dia mcm rendang sket. Dua2 pon sedap. Selamat mencuba

AYAM MASAK PADANG
Resepi: kak normah (xde link)
Sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
  • 5 helai daun limau purut [koyakkan]
  • 2 batang serai [ketukkan]
  • 2 cawan santan [1/2 biji kelapa] - guna sekotak santan 200ml
  • 10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
  • 2 biji tomato [belah 4]
  • 1 keping asam keping
  • 3 s/b minyak
  • garam

Bahan-bahan diblender halus
  • 10 biji cili api - tun letak 5biji je
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan naik minyak dan pekat.

Sedap makan dengan roti, nasi putih, or nasi minyak ^^

Makan macam-macam, tapi taknak naik berat badan.. hihi.. perempuan memang macam tu kan.. jom order set kurus bajet ni dari Tun..


Set ni nampak kecil tapi power tau!

Lecithin (180 capsule, RP: RM 58.30)

  • Bantu menghalang penyerapan lemak dari makanan yang kita makan. Juga bantu pecahkan lemak di dalam tubuh. Bonus: lecithin bantu penyerapan vitamin larut lemak ke dlm badan :)
Omega Guard ( 90 capsule, RP: 144.43)
  • kurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ sekitar pinggang (no more spare-tires!). Hasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan dan tingkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak
Herblax (120 tablet, RP: 60.95)
  • kombinasi tumbuhan herba yang membantu tingkatkan proses pencernaan. membantu untuk bersihkan perut dan usus, dan buang toksin dari badan. Bantu atasi masalah sembelit secara lembut.
Harga ni harga retailed ye. Tp sempena raya ni, tun nak buat promo tau.


wassap SEKARANG untuk dapat harga istimewa.

eh.. lupa bg nombor tepon 019-9321450  ๐Ÿ’“  atau KLIK   untuk pertanyaan

2 comments:

adda syuhada said...

Mengancam pula nengok ayamnya..

Phong Hong said...

Yummy nya!