Thursday, July 13, 2017

Homemade Chicken Ball


Assalamualaikumm.😄

Seronoknya dapat update blog. Rindu zaman penuh semangat berblogging dan berBW. Sekarang tunggu budak-budak ni tidur baru dapat buka laptop. 

Kadang-kadang dah plan nak update blog malam lepas tidurkan Hasha n Harith, sekali dengan mama pon join tidur lama sgt tunggu bdk2 ni tido 😆



Ok lahh.. hari ni nak kongsi resepi chicken ball ni :)

Buat 2 hari lepas, kebetulan dalam fridge ada minched chicken lebih buat roti john aritu. Tun buat half adunan je, tp tun share resepi yg guna sepeket daging kisar Ramly.

Homemade Chicken Ball
Resepi: tun telani

Bahan2:

  • 400g daging ayam hancur (tun guna jenama Ramly)
  • 4 sudu makan tepung ubi kayu
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu teh garam

 Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan. 
  • Ambil sedikit dan bulat-bulatkan kecil.
  • Rebus dengan air dengan sedikit halia.
  • Masukkan bebola ayam dalam air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan.
  • Boleh guna untuk masakan, goreng cicah sos cili pon sedap.
bila terapung maksudnya dah masak

Aritu lucu sangat. Bila dah siap chicken ball ni, tak tau nak guna untuk masak apa 😂


Last-last celur mee kuning je,

Air rebusan chicken ball tadi, tun masukkan serbuk pati ayam sket dalam 1sudu kecil, masukkan bawang goreng dan apa-apa sayur yang ada dalam peti. Pastu perasakan garam. Masukkan separuh chicken ball tadi.

Cuah atas Mee Kuning, letak sambal kicap sket.. Fuhhh.. habis 2 mangkuk.. haha..


Dah makan kenyang, jangan lupa ambil lecithin dan omega guard malam-malam untuk membakar lemak yang terkumpul ye 💗

Tun pengedar Shaklee berdaftar (SID: 1261295). Boleh wasap 019-932-1450 (klik wasap) untuk sebarang pertanyaan.

Kalau nak beli apa-apa produk Shaklee tanpa orang tengah, boleh klik gambar di bawah 😄 pembelian melalui debit/kredit card.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe1fa775d818957a76304c35e1939355

Thank you ^^

Harap2 ada masa nk BW blog kawan-kawan. Rinduuuu...


No comments: