Monday, July 24, 2017

Nasi Arab Mudah


Assalamualaikummmm :)

Struggle nak taip entry ni tau.. ada aje halangan. Biasanya Hasha tido baru blh buka laptop. Hasha baru lena, mama pon cepat2 transfer gambar nak edit letak watermark. Sekali Harith pulak sibuk wat bising tepi buai adik.. Saboooo je laa..


Menu semalam untuk tetamu yang datang dari jauh. Lepas subuh terus bersilat kat dapur. Kalau ikutkan, takde la susah sangat menu, nasi arab, lauk ayam, dalca ayam. Puding n kuih semua dah siap malam sebelum. Tapi sebab banyak sangat berhenti masa tengah masak, nak entertain budak 2 orang ni. Suntuk-suntuk je siap masak pukul 11 lebih, tetamu pon sampai.. hihi

NASI ARAB
resipi : K.Hanieliza
sumber: tun telani

Bahan
  • 1 kg beras bathmati -basuh dan toskan
  • 1.5 liter air 500 gm ayam -potong kecil dan bersihkan
  • 1 tin kecil kacang peas ~ tun tak letak
  • 1 cawan kismis - tak letak, xsuka
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 1 pokok daun sadri [daun sup] - hiris
  • 1 pokok daun ketumbar ] - tak letak
  • 3 s/b minyak
  • 5 s/b minyak sapi
  • 2 s/b serbuk jintan manis ]
  • 1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
  • bawang goreng
  • gula
  • garam

Bahan tumis
  • 5 ulas bawang merah ]
  • 3 ulas bawang putih ] mayang
  • 1 labu bawang besar ]
  • 3 cm halia ]
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 s/k jintan manis
  • 1 s/k jintan putih




Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan lauk kegemaran.

Nanti resepi ayam dan dalca tun kongsi kemudian ye. Tak sempat nak edit gambar lagi.


Harith makan bertambah-tambah.. haha... menu sedap macam ni memang susah nak control diet. Tapi bila makan banyak, pastikan ada Set Kurus ni. Lepas makan, telan je Lecithin dan OmegaGuard. Malam sebelum tido makan HerbLax pula. Pagi esok perut maintain kempis.Hihi..



Set ni nampak kecil tapi power tau!

Lecithin (180 capsule, RP: RM 58.30)

  • Bantu menghalang penyerapan lemak dari makanan yang kita makan. Juga bantu pecahkan lemak di dalam tubuh. Bonus: lecithin bantu penyerapan vitamin larut lemak ke dlm badan :)
Omega Guard ( 90 capsule, RP: 144.43)
  • kurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ sekitar pinggang (no more spare-tires!). Hasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan dan tingkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak.
Herblax (120 tablet, RP: 60.95)
  • kombinasi tumbuhan herba yang membantu tingkatkan proses pencernaan. membantu untuk bersihkan perut dan usus, dan buang toksin dari badan. Bantu atasi masalah sembelit secara lembut.
Harga ni harga retailed ye. wassap Tun untuk harga istimewa


tekan nombor ni 019 932 1450  (klik wasap)

Thank you 💖

1 comment:

Phong Hong said...

Sedapnya! PH suka sangat nasi yang ada spices macam ni.