Thursday, August 17, 2017

Asam Pedas Batang Keladi


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah.. berjaya update blog.. hihi.. lamaaaa peram gambar ni tau. Nasib baik gambar tak basi. hehe..

Dapat tengok laptop masa Hasha tido dan masa Harith tak mengacau je. Try juga update blog guna Hp, tapi struggle sangat. Last-last give-up.. haha

Rinduuu zaman mampu update blog 2-3kali sehari dan blog meriah dengan GMM. Sekarang majority GMM bizi bisnes. Jeles tauu tengok orang bisnes kuih dan kek. Kene menuntut ilmu macam mana nak handle anak sambil siapkan order.

Tun try juga aritu, best jual kek. Kek Cheese Leleh, Kek Coklat Hantu.. kek yang deco deco tak pandai. Sedih pulak. Tapiiii.. struggle nyerr nak siapkan order. Dengan Hasha nak mengempeng, dengan Harith nak ajak main. Ada yang terlebih kukus sebab masa dh siap masak Hasha nk tido. 

Ada hari kejar order, sampai tengah malam Harith tak tido. Merengek duk kat kaki nak tido ngan mama. Mama duk sibuk siapkan kek. Disaster sangat. Sob sob..

 Last-last tertengok video Dr. Adlin coaching pasal bisnes Shaklee. Tun memang dah 3 tahun guna Shaklee sejak menyusu Harith dulu. Jadi contact Lin untuk register ahli (ahli dah expired, rugi sangat.. beli tapi tak guna ID sendiri). Terus masuk group coaching, dan belajar bisnes. Hihi... dah masuk 4 bulan, Alhamdulillah sekarang Tun pun dah ada group sendiri dan kita pula yang coaching orang.

Nak kumpul duit bonus Shaklee, nak buka bakery, ada pekerja sendiri. Kawan-kawan doakan ye.. muah muahh..


Haha... lamaa tak menaip blog, jadi macam ni laa.. meleret2. Resepi simple je ni. Macam-macam versi asam pedas yang ada. Tun pun tak ikut satu resepi je. Kadang-kadang guna serai, kadang-kadang tak. 

Kita yang masak. Asal sedap je. hihi...

Asam Pedas Batang Keladi
Resepi: tun telani
  • 2 tangkai batang keladi - tun beli kat pasar dia dh potong2
  • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 btg serai dititik
  • secekak daun kesum - lagi byk lg sedap
  • 1 bunga kantan-dibelah dua
  • 2 keping asam keping
  • 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
  • garam dan gula (ikut rasa)
  • minyak masak
  • sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan) 
  • Garam dan Gula
Cara-cara
  •  Keladi di bersihkan, dan direbus separa empuk. Toskan.
  • Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Masukkan keladi dan asam keping. Biarkan hingga mendidih.
  • Masukkan daun kesum, dan perasakan garam dan gula.
  • Siap

Dah makan kenyang, jangan lupa ambil lecithin dan omegaGuard malam-malam untuk membakar lemak yang terkumpul ye 💗 
 
Tun pengedar Shaklee berdaftar (SID: 1261295). Boleh wasap 019-932-1450 (klik wasap) untuk sebarang pertanyaan.

Kalau nak beli apa-apa produk Shaklee tanpa orang tengah, boleh klik gambar di bawah 😄 pembelian melalui debit/kredit card. (Tapi kalau Order dengan Tun, Tun boleh bagi harga kasih sayang tau berbanding dengan beli kat web.. hihi)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe1fa775d818957a76304c35e1939355

Thank you ^^

3 comments:

Phong Hong said...

Tak pernah cuba lagi batang keladi. PH pun wonder how some mum's do it. Boleh uruskan kerja kat ofis, ambil tempahan kuih, uruskan anak. Superwoman tu!

HasnulYakin Mohammed said...

INsya allah.Boleh cuba nanti.

LiNa_Pg said...

Sedapnya sayur batang keladi..akak tak pernah masak sayur camni..makan tahu hahaa..
Susah siket nak cari batang keladi kat Penang ni..