Sunday, August 27, 2017

Mee Kari Buat Tetamu



Assalamualaikummmm~~

Alhamdulillahhh berjaya kongsi resepi lagi. walaupon dah sejuta kali share resepi mee kari. kih kih..
Sayang dan ambil gambar cantik-cantik tapi tak upload.

Buat mee kari untuk tetamu yang tiba-tiba nak datang,  Geng2 imam hafeez yang pernah jadi imam kat surau tokki Tun. Dah habis belajar kat madrasah kubang bujuk, dari KT datang singgah ke umah dulu sebelum balik ke kampung masing-masing. 


Tengahari Abah cakap dieorang nak singgah. Adoiii... kelam kabut masuk dapur. Ada labu besar kat dapur, potong2 campak masuk periuk, masuk santan, daun pandan, gula melaka, sagu sket. Jadi laa pengat.

Tu dah bersantan. Geng pula dengan mee kari. haha.. menu penyelamat bila ada tetamu. Ni yang paling tun confident boleh masak cepat dan insyaAllah menjadi.

Mee kari Tun mesti tumis rempah dalam minyak banyak. Pastu kuah pekat baru sedap. Guna santan Kara. Pekat, sedap. Makan sure bertambah-tambah. Pastu susah hati takut gemuk 🙈  Takpe, amal Lecithin, OmegaGuard, HerbLax untuk pecah, cair, buang lemak dan kolestrol. hihi..


Mee Kari
resepi: tun_telani


Bahan2:

  • 1 bungkus mee kuning- celur
  • 2 keping dada ayam- slice
  • 1 bj bawang besar- mesin
  • 2 ulas bawang putih- mesin
  • 1/2 inch halia- mesin
  • 1/2 inch lengkuas- mesin
  • 1 batang serai- ketuk
  • 2 sb udang geragau kering- tumbuk
  • 3 sb serbuk kari ayam dan daging - bancuk dgn sedikit air utk jadi pes
  • 2 sb cili giling
  • 2 bj kentang- potong dadu
  • 100 ml santan - tun guna santan kotak (tun guna separuh kotak je sbb suka kuah yg cair sikit, blh guna 1 kotak (200ml), ikut preference masing2 la ye)
  • 1 keping fish cake- slice
  • Garam
  • air secukupnya

Bahan sampingan
  • Telur- rebus dan belah 2
  • tauhu- goreng dan kerat2
  • Sawi - celur (boleh juga masak dlm kuah)
  • Tauge- celur - tun suka masak dlm kuah terus. hihi
  • Carrot- optional
  • daun sup
  • Limau nipis- lupa nk letak masa amik gambar

Cara-cara

  • Tumiskan bahan2 mesin sampai wangi. masukkan serai dan udang kering dan tumis sebentar.
  • masukkan cili giling dan rempah kari. tumis sampai pecah minyak.
  • masukkan isi ayam dan ketang. gaulkan sebentar.
  • masukkan santan, fish cake, dan air.. renihkan.
  • perasakan garam.. 
  • hidangkan bersama mee kuning dan bahan2 tambahan td.


Tun pengedar Shaklee berdaftar (SID: 1261295). Boleh wasap 019-932-1450 (klik wasap) untuk sebarang pertanyaan.

Kalau nak beli apa-apa produk Shaklee tanpa orang tengah, boleh klik gambar di bawah 😄 pembelian melalui debit/kredit card. (Tapi kalau Order dengan Tun, Tun boleh bagi harga kasih sayang tau berbanding dengan beli kat web.. hihi)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe1fa775d818957a76304c35e1939355

Thank you ^

No comments: