Sunday, July 22, 2018

Gulai Lemak Ikan Masin dengan Terung dan Rebung Madu


Assalamulaikummm :)

Waaa... kagum dapat update blog sejurus selepas ambil gambar dan makan. hihi..

Abah Mama balik hari ni, jadi masak lauk kampung ^^  Tun tak berapa kenal spesis ikan masin, tapi rasa-rasa ikan talang sebab besar dan isi tebal. Nampak macam sama dengan rupa ikan talang yang di gugel.



Tun peminat terung, ada terung dalam peti, jadi masukkan sekali. Takyah masak sayur dah. Haha.. Tapi lepas makan ni, rasa macam perlu goreng sayur lain juga ni. Sebab dah nak habis terung Tun makan. Nanti dinner tak cukup sayur.

Rebung yang kak ilah bagi ada lagi, jadi masukkan sekali. Sedap makan dengan terung, sebab terung lembik, rebung rangup :)



Kali ni versi sepantas kilat, xde bawang bagai. haha.. tun tak letak cili padi sebab nk suap Harith Hasha.

Gulai Lemak Ikan Masin dengan Terung dan Rebung Madu
Resepi: Tun Telani

Bahan2:
Ikan masin - potong
3 batang serai- ketuk
1 sk kunyit serbuk
3 bj terung sederhana besar- potong 4
Rebung potong bulat
Santan pekat
2 keping asam keping

Cara2:
Basuh dan rebus ikan masin bersama serai hingga menggelegak.
Masukkan kunyit, asam keping, dan santan. Kacau rata hingga kuah mendidih.
Masukkan terung dan rebung. Masak hingga terung lembut.
Tun tak masukkan garam sebab dah masin.

Selamat mencuba!

💗💗💗💗💗💗💗💗💗




1 comment:

Path said...

Nice post. I really enjoy reading it. Very instructive, keep on writing.Thanks for sharing.