Wednesday, May 7, 2014

Tembosa/ Karipap Inti Ikan Terengganu


Assalamualaikumm (",)

Alhamdulillah... akhirnya berjaya juga buat karipap inti ikan nih... karipap feveret tun, tp  mmg susahh sgt nk jumpa. kalau blk kampung pun, xselalu jumpa karipap inti ikan nih.. kagum ngan diri sendiri sbb dgn penuh determination mmbuat inti dia. hehehe..

Sgt2 struggle nk siapkan sbb tun mmg xtahan hanyir ikan. ikut hati rasa mcm nk blend je sardin tu haa, tp ikut tekak yg nk makan, tahan je laa.. alhamdulillah, encik laling tun sgt2 la helpful, duk siang n bersihkan ikan tu. wat setengah kilo pon dgt byk inti dia..


Mmg biasanya kalau wat karipap, dpt byk.. susun atas loyang jarak2 mcm nih, masuk freezer. nnti dh keras blh masuk plastik kecik2.. wat sepeket 10bijik je, utk sekali goreng. tun mmg suka kalau ada stok kuih frozen dlm fridge, senang kalau ada org dtg or bila2 nk makan tp malas nk masak. hihi...

Resepi doh mcm biasa laa.. dpt dlm 40+ bijik, ikut size la ye.

Doh Karipap
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 4 c tepung
  • 2 tbs margerin
  • 1/2 c oil
  • 3/4 c air
  • 1/2 tsp garam

Cara-cara:
  • panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api.
  • tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  • dh sejuk siket, campur garam n air.
  • Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..


Resepi inti ikan ni, usha kat blog kak madihaa.. kalau nk tgk kuih2 tradisional suka buka blog kak madihaa, mcm2 kuih yg nostalgia ada :) inti ni kak madihaa wat pulut lepa.. inti ikan sama je utk pulut lepa, karipap, ngan kuih paung.. nk wat pulut lepa juga, tp susah betul la nk dpt daun pisang.

Inti Ikan
Resepi: Kak Madihaa
Sumber: tun_telani

Bahan:
  • 1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
  • 1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
  • ½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
  • 6 ulas bawang merah ~ dimayang halus- tun blend
  • 1 inci halia ~ dihiris memanjang halus- tun blend
  • 1 sudu kecil halba
  • garam & gula secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka

Cara2:

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.

12 comments:

Mel said...

Feveret suami i. Sedap kat tekak dia tapi i tak lalu makan, lidah Johorrr. Gemuk2 karipap u. tergoda gitu..

Kak Rose said...

kak rose pernah cari samosa kat Narathiwat, dan ini lah yg dikatanya samosa yg popular tu.... tidak ku tahu ini ialah tembosa, tekak jawa kak rose x leh nak terima! hu hu hu

aIEn said...

x penah lg mkn karipap ikan ni..mcm nk cube wat tp sy x pandai menguli tepung la =p

Salam singgah & Salam perkenalan =)

Lydia Miza said...

Fav ank2 LM ni, tp ummi nya malas sgt nk merebus ikan buat inti. Klu 10 x buat karipap dua kali je karipap ikannya

Nasa Mulia said...

struggle ye tun buat karipap, tapi akhirnya berjaya jugak akhirnya.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tahniah tun... berjaya juga godek2 sendiri tembosa ni... mmg fav akak ni kalau blk dungun memang wajib cari tembosa dengan paung goreng...

maz said...

Assalamualaikum...kmaz pun kat msia dlu slalu dpt mkn tembosa ni...kakak geng surau slalu buat..sdpp...dah lama amik rspi drinya...tpi smpai hri ni xtrbuat2 lgi...rspi kakak tu intinya msuk sntan skit msa goring tu...pastu bawang besar cincang skit...xkisah la kan jnji sdpp je...

inahar ali said...

Wahh..akak suker sgt karipap inti ikan ni tp susah benor nk cari kt KL nih..nk wat sendiri..malehh la pulak! hehe!

Yana Shaiful said...

dh lam rsnya k.yana xjmpa karipap inti ikan..pnh jgk mkn ms duk kuala terengganu dulu2..sedap pulak makcik tu bt ~~

Unknown said...

wah Tun...gigih mengelim karipap tu ye? nak makan punya pasal. Kakpb pun nak buat juga la tapi resipi doh drp kakak kakpb. Lain skit je.

fazianbatrisyia said...

lama tak mkn ni. dulu masa kat ganu mmg ni la kuih dia...memula tak pandai makan...skrg rindu pulak

Syazana Jamaludin said...

Assalamualaikum tuan blog :)

Wah terima kasih sebab share resepi tembosa ni.

Saya orang Johor tapi suka sangat makan tembosa ni.

Lepas ni tak perlu lah nak pergi Terengganu lagi, dah boleh buat sendiri. Yeay!!! :D