Saturday, October 10, 2009

if al-Azhar pun dh x blh pakai purdah...tmpt lain camner??

i used to tell my hubby: "u can ask me to wear jilbab, but dont ask me to wear purdah" (due to the fact that he loves to give hint about wanting me to wear purdah, yg mana me always managed to berpura2 wat x paham.. nges nges).. but this news, that stated its a symbol of oppression, n xde kene mengena dgn islam really2 make me feel .... (xtau nk guna words ape yg menggambarkn 'bengang', but doesnt sound that 'kurang sopan'.. ).. nway, here's a copy from Utusan.

Tantawi haramkan purdah

KAHERAH 9 Okt. - Imam besar Mesir, Mohammed Sayyed Tantawi (gambar) berkata, para pelajar dan guru-guru tidak lagi dibenarkan memakai purdah di dalam kelas dan asrama institusi pengajian Islam terulung, al-Azhar sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani amalan radikal dalam Islam.

Tantawi yang juga merupakan ketua al-Azhar mengumumkan perkara itu, beberapa hari selepas beliau membuat kenyataan: purdah atau niqab 'tiada kena mengena dengan Islam'.
Tindakan beliau itu telah mencetuskan bantahan kuat daripada golongan yang menganggapnya sebagai satu serangan terhadap Islam serta beberapa pertubuhan hak asasi yang menganggap pengharaman niqab mencabuli kebebasan berperlembagaan.

Isu sebanyak mana tubuh wanita Islam perlu ditutup telah menjadi isu yang kerap dipertikai antara tokoh Islam. Kebanyakan mereka menyatakan purdah tidak diperlukan kerana ia sekadar satu adat kaum nomad di gurun-gurun Arab sebelum kedatangan Islam.

Kebanyakan wanita Islam di Mesir memakai tudung atau hijab yang melindungi rambut, tetapi niqab semakin popular di Kaherah kebelakangan ini sehingga menimbulkan kebimbangan kerajaan.

Sementara itu, di Toronto, pertubuhan penduduk Islam Kanada menggesa kerajaan mengharamkan pakaian tradisional yang menutup muka, dengan menyatakan ia adalah simbol penindasan terhadap wanita oleh golongan radikal yang tidak mempunyai asas dalam Islam.
Kongres Islam Kanada mendesak pengharaman tersebut kerana menurut mereka, amalan menutup wajah tidak sewajarnya wujud dalam masyarakat yang menyokong hak sama rata antara jantina.

"Masyarakat Islam seluruh dunia tahu bahawa pakaian yang menindas wanita ini dipromosikan oleh Taliban dan al-Qaeda," kata pengasas kumpulan tersebut, Tarek Fatah. Katanya, pengharaman tersebut tidak boleh meliputi hijab, iaitu pakaian tradisional yang tidak menutup wajah.

Tambahnya, tidak ada dalam mana-mana teks Islam termasuk Al-Quran, yang menyuruh wanita menutup wajah termasuk undang-undang Syariah yang paling konservatif.


Iman besar Mesir ni pun satu... ape ntah masalah die.. tension je. orang nk pakai, biar laa.. baru je berangan2 nk pakai purdah time gi mesir (bile ntah... murah rezeki sampai laa.. sekali ngn wat haji.. aminn.. )

5 comments:

Hanisah Azhari said... [Reply]

Salam k.hawa... psl furdah ni, cuba akak cari perbahasan ulama'psl status sunnah pakai furdah ni. check hujah2 n dalil yg dikemukakan. sbb setau sy, mmg furdah ni bukan part of sunnah yg sahih. kalu pakai suka2 xpe, tp kalu benar ia bukan sunnah... kita xleh sandarkan pada Islam.. which means bidaáh la. sy pn nk dig blk kuliah2 yg sy ada.. sbb rasanya mmg ada kuliah yg bincang status furdah ni. kalu akak jmpa... roger sy k?

qurrata a’ayun said... [Reply]

insyaAllah =)

qurrata a’ayun said... [Reply]

http://ustazazhar.com/v1/fiqh/pemakaian-purdah.html

kene gi cari "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126" huhu..

but in my humble opinion, altho muka x termasuk dlm 'aurat', people mostly wear purdah utk elakkan fitnah.. i mean, if dh cantik sgt sampai semua org pun nk pandang, kene laa pakai purdah, kan =)

Hanisah Azhari said... [Reply]

alhmdulillah.. manage to find qaradhawi punye opinion

"Niqab (tutup muka bagi wanita) adalah perkara yang diwajibkan oleh sebahagian ulama, dan sebahagian yang lain pula mengharuskannya… sedangkan saya tidak berpandangan ianya sebagai satu perkara yang wajib, sebaliknya wanita yang hendak memakai niqab, maka dia ada kebebasan melakukannya… cuma pada masa sekarang saya berpendangan, yang lebih utama seorang muslimah tidak perlu memakai niqab agar dia dapat mendekati dan bercampur dengan wanita yang tidak menutup aurat (utk berdakwah kepada mereka)"

( Dr Qaradhawi, Kesatuan Ulama di Kaherah, pada hari Selasa, 7/4/09 )
http://lukman87.wordpress.com/2009/09/30/niqob-ibadah-atau-trend/

qurrata a’ayun said... [Reply]

Salam..
jzkk.. maybe k'awe lupa nk tegaskan that akak x berpendapat that purdah is 'wajib', as dah jelas about aurat wanita dalam an-Nur.. but what i mean by it's related to islam is women wear purdah as a way to elakkan fitnah =) [well.. all of our 4 imams agree about that, kan? ]..

wallahualam..