Thursday, February 28, 2013

Donat Lembut IML


Assalamualaikumm... :)

Lama menyepi, tup tap tup tap dh hari last bulan 2. rata2 tau tun blk kampung kan, dh balik sini wiken lepas, tp biasa laa, dh lama cuti tu sah2 la kerja bertimbun menanti. stress je nengok keje byk ngat. huhu... tp sbb xnk blog bersawang, tun curi2 masa mengapdate. nnti lepas ni nk BW kejap :)


arini kita minum petang dgn donat kak izah yg senang sgt nk buat nih.. rata2 ramai blogger dh mencuba resepi ni, tun pun masa awal2 kak izah tayang dgn penuh semangat menerai, tp x ter-amik gambar. kali ni buat amik gmbr dulu b4 makan. hihi..


jemput semua. baru lepas goreng nih, panas lagi ^^ wat donat biasa dan pau goreng :D  tun uli guna mixer mata cangkuk.

Donat Lembut
resepi: kak izah
sumber: tun telani


Bahan2:

  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

  •  3 cawan tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin

Cara2:

  • Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  • Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  • Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  • Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  • Sedia dinikmati.
penggunaan BM:
  • Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.

7 comments:

Cheq Sue said... [Reply]

hah, dah timbul pun... :)! cheq sue dok pk2 jgk nk buat donat, mcm best je nk buat frozen...tp itulah, dok igt aje, buatnya idak

sury@25february said... [Reply]

salam tun..haaa tu dia dh mai dengan donut n pau grn nya..kite pun dh try resepi iml ni..mmg senang dan gebu..best tu makan panas lagi..:-)

inahar ali said... [Reply]

waduh..mmg gebus gebas donut tun nih..nk kenen 2 ketui ada lg x??

Rohah said... [Reply]

Salam Tun!!,aka knak yg ada inti tu..sedapnyerrr..
ari tu Tun kata,Tun takleh komen sebilangan kecil blog kan..skrg ni pun akak pun cam tu gak..3-4 blog kawan2 maya takleh nak drop komen..

izahdaut said... [Reply]

Tun..blog akak bukan je bersawang..dah terbiar mcm rumah berhantu dah tu.hahaa..

Sedap tu ada inti..best best.lapooo

Asyifa Mustaffa said... [Reply]

sedapnya tang ada inti tu....:-)
bsok nak g bli inti la....tergoda da ni....!

zana fahmi said... [Reply]

Kakpb nmpk gak Tun balik kg tp tak kesempatan nak tegur kat fb. Tun, cuba tun tgk blog akak, tun boleh komen tak? kalau tak boleh tun pm kat fb tau. Sb si Rohah kata dia tak boleh komen sebelum ni.

Ok donut tu mmg gebu gebas, rasa mcm nak buat pulak. Lama dah tak menguli ni, gian.