Sunday, February 3, 2013

Nasi Kuning Sabah


Assalamualaikum wbt ^^

Dah 3 februari baru berjaya mengapdate blog.. sesungguhnya skrg sgt bizi! T.T (sob sob...).. tak terkejar masa sbb byk betul date line sepanjang minggu.. Alhamdulillah berjaya siapkan semua soalan final, skrg marathon marking paper test 2, hopefully mlm ni berjaya key-in semua markah.

Nasi kuning ni tun wat 2 minggu lepas.. huhuhu... baru skrg nk masuk entry. biasa tun jarang peram lama2 gambar, tp yg ni sbb xsempat nk mengedit watermark segala bagai, jd tertunda. tun wat after terliur nengok kak yana tayang nasi dia :) 


Nama dia nasi kuning je. tp sbb ganu pun ada nasi kuning yg totally different dr yg ni, so tun letak nama nasi kuning sabah, sbb nasi ni asal dr sabah ^^.  rasa dia lebih kurang nasi lemak, tp sbb nasi ni perlu dikukus, jd terasa lebih sedap ^^ . patutnya serve ngan sambal ikan, tp tun xde ikan yg sesuai, wat sambal bilis je. apa2 pun, yg penting sedap dan makan licin. tq kak amie tuan resepi dan kak yana yg berjaya menggoda tun.


tun wat suku je dr resepi asal sbb 2 org makan je kan :)

Nasi Kuning Sabah
Resepi: kak Amie
Sumber: kak yana, tun telani

Bahan-bahan:
5 cawan beras
1 batang serai - dititik
3cm halia - hiris halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
500ml pati santan - lun letak half santan, half air
sedikit halba- tun tambah


Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali. Buka api dapur dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.

12 comments:

Marsita yahya said... [Reply]

tengok ni perut terus lapar

Amie said... [Reply]

Boleh je Tun makan dengan apa-apa sambal, bilis ke, udang ke, sambal telur ke, cuma kebiasaannya di sini dimakan dengan sambal ikan & telur... tq bawa resepi dari Sabah ke Sarawak pulak he he he ehhh.

ina ku said... [Reply]

mesti sedap klu makan dengan sambal ikan tongkol. td ingatkan match dengan gulai, rupanya dengan sambal yer. :)

mood@yemen said... [Reply]

akhh... kenapa daku dah 4 bulang duduk di sabah tak sempat nak rasa nasi kuning sabah ni ... ke ada kat been to loo je....

zana fahmi said... [Reply]

Selama kakpb menetap di sini, belum pernah makan nasi kuning. Serius takde selera nak telan. Tapi tengok nasi tun tu, mcm nak buat pula. Jual2 kat luar tu akak tgk guna beras yg lembik, tak sedap. Kat rmh akak guna beras basmathi, boleh kan?

Gee® said... [Reply]

Kalau makan dengan ayam berempah pon sodap ni, kan Tun....

Asyifa Mustaffa said... [Reply]

amboi Tun...nasi diraja tayangan hari nie ye....baru nak merasa...rupanya 2 mnggu lepas pnya....huhuhu.....

anymz said... [Reply]

oooo boleh cuba gak resepi ni nanti..tengah sedap makan nasi ni tun..segala resepi nasi akak selongkar..hehe

Yana Shaiful said... [Reply]

K.yana suka nasi kuning ni..dh jd nasi kuning sabah plak hihii..Best gak mkn dgn sambal bilis..rasa nasi ni pun dh mcm nasi lemak kan Tun..

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

sedapnyer! rasa akak dh pernah cuba nasi kuning resepi kak amie ni.. mmg sedap. bila ganding dengan sambal ikan aye tu.. mmg sebiji mcm mkn nasi lemak ganu... heheee..

inahar ali said... [Reply]

terliur sudaa tgk hidangan tun nih..mmg menyelerakan!!

norzila said... [Reply]

zila terliur jugak..hehehe