Tuesday, January 29, 2013

Sup Chee Cheong Fun


Assalamualaikummmm~~

arini baru blh mengadap blog.. huhu... minggu ni sgt bizi! marathon study sbb kene wat solan final exam. 4 set yg perlu disiapkan by friday. huk huk.. tapi sbb tgh mendepresskan diri dgn hebatnya, jd xleh focus kat kerja sekolah.. ;( 

..... i wish i have a good heart, to be happy when others received blessing when i had so many misfortunes fell upon me ..


Skrg tgh musim chinese food kat rumah ni :) my laling pun baru hadiahkan few buku resepi dan salah satu tu, buku chinese food jugak. blom try lagi sbb byk bahan xde.

Chee Cheong Fun
resepi: kak ros @ sinaranMenu
sumber: tun telani

Bahan-bahan

  • 230ml air
  • 70grm tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu garam
  • 3 sudu besar minyak masak- tun letak olive oil

Cara2
  • Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
  • Alaskan loyang dgn plastik (tun guna plastik bungkus nasi lemak tu) bagi memudahkan proses mengeluarkan dan menggulung nnti.
  • Sendukkan adunan ke dlm loyang, nipis je tau.
  • Kukus selama 5 minit.
  • Dah masak, blh la keluarkan plastik dr loyang dan gulungkan.
  • Potong2 dan blh dihidangkan bersama yong tau fu atau sup.
Resepi tun olah sbb resepi asal perlu reneh rangka ayam for few hours. I don't have the patient to spend few hours cooking lunch, so use chicken stock instead.

Sup Chee Cheong Fun
Resepi: Chef Sarji, Buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • Chee cheong fun secukupnya
  • 1/2 labu bawang besar- mayang
  • 1 tbsp serbuk pati ayam / 1 kiub ayam
  • 1/2 batang carrot
  • 1/2 batang saderi
  • Sawi jepun secukupnya
  • 4 cawan air
  • 6 biji bebola sotong
  • 1/2 kek ikan
  • 4 bj tauhu kering- potong 2
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/2 tbsp kicap cair
  • garam secukup rasa 
  • bawang goreng -utk tabur

Cara2:
  • Didikan air bersama bawang, carrot, saderi dan serbuk pati ayam.
  • Masukkan semua bahan lain kecuali chee cheong fun dan bawang goreng dan masak sebentar.
  • Perasakan garam.
  • Masukkan chee cheong fun ke dalam mangkuk dan curahkan sup.
  • Tabur bawang goreng dan siap utk dihidang.

7 comments:

Mel said... [Reply]

Assalam Tun. Banyak resepi sedap2 dari tun kena cuba ni..

::Kita ni entah2 pernah terserempak tapi dah tak kenal, guane nak tegur..kang panggil nama tun, rupanya orang lain..mungkin boleh bagi alamat, raya nanti boleh datang terjah rumah tun kat ganu tu.haha

Amie said... [Reply]

Sedapnya Tun! Kalau tengahari sudah tentu Kak Amie jadikannya sebagai menu untuk lunch... tak mo nasik dah!

Tihara said... [Reply]

Wow mabeles nya tgk gambo rase nak hirup:)

Rohah said... [Reply]

tak pe Tun,klu depress sangat hirup sup ni byk2..pasti keadaan akan tenang..hi2

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

akak selalu juga dgr collegue dok sebut2 chee cheong fun... tp tak pernahlah lagi merasa... akak teka rasanya lebih kurang mcm laksam ye tun? maksud akak tpg laksam yg belum berkuah tu la.. hihi... akak pun suka try resepi2 masakan chinese ni... mcm kena je dgn tekak.. & actually apa2 masakan pun akak boleh je masuk semua... cuma kengkadang en. abg je yg payah sikit.. tp takper.. wife dia akan biasakan sikit demi sikit.. hehe..

zila norazila said... [Reply]

wahh dalam cuaca panas mmg sesuai klu dapat kan..akk suka hirup kuat tue panas2 pergghhh sedaapp.

Qasey Honey said... [Reply]

suka..klau agak2 nk diet boleh amalkn amik menu ni..hihi...yg penting sedap!!