Thursday, June 5, 2014

Kuih Lapis Tradisi


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah.. masih diberikan kesihatan yg baik pd hari ini.. tekak je rasa pijar, acid naik ke tekak sbb baby dh makin memenuhi kawasan perot.. huhu...

Alhamdulillah juga kuih lapis tun menjadi kali nih.. last time buat guna resepi lain, liat mcm selipar jepun.. hahaha... kali ni rasa dia sama mcm yg biasa makan kat kampung ^^ buat sbb nak habiskan santan, ptg nnti dh nk balik kampung *happy*


Resepi tun usha dari blog kak an. senang je nk buat rupa2nya.. tun mmg jenis yg malas nk melapis, tu yg lapisan ada 6 je tu.. .hihihi...kejap je dh siap nih..

Kuih Lapis Tradisi

Resepi: kak An@Periuktanah
Sumber: tun telani

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara membuatnya:
  •  Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api. 
  • Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. - tun masuk blender je semua
    Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  • Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah. - lapisan terakhir tun kukus 20minit
  • Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.


*** tips galakan

-boleh juga ditambah 1 sudu teh tepung sagu pada lapisan akhir bagi mengilatkan permukaan kuih lapis
- kuih lapis ni jika dipotong ketika panas akan menyebabkan lapisan kuih tertanggal.. jadi sabar ye.. tunggu sejuk sikit, baru potong.

7 comments:

Mel said... [Reply]

assalam tun. hepinya dia nak balik kampung tunggu hari besar ye..

kuih macam ni jarang dah ada. dulu kenduri2 selalu ada.sekarang tempah je.mel pun kalau nak melapis ni tak berapa rajin.tapi makan rajin.hihi.

Tina Othman said... [Reply]

adudu sedapnya, rajin betul melapis

nasa mulia said... [Reply]

sekali pandang macam toys cantik sangat.

adda syuhada said... [Reply]

sedapnyerr...

Yana Shaiful said... [Reply]

Salam tun cayang..dh blk kg kee..cian tgl cik abam sorang2 hihii..
Dah lama k.yana x melapis..klu nak bt kna tgu tgh2 mlm ms bdk2 ni tido..nmpk cntik kalernya..i like ada blue hihii

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

rajin betul mak buyung ni... akak rasanya dah bertahun tak buat kuih lapis ni..

zana fahmi said... [Reply]

Nmpk sedap tu Tun, Kat kg skrg ni ye?