Saturday, June 14, 2014

Nasi Dagang Terengganu






Assalamualaikummmm :)

Alhamdulillah.. tun skrg dah kat kampung di ganu ^^  dalam gumbira2, bersedih hati juga sbb enchik laling ku dh balik segamat n nnti akan blk bintulu.. huhu.. moga2 byk outstation ke semenanjung, blh la dia balik ganu tgk tun kat kampung. aminnn....

arini projek nasi dagang dengan mama tun.. duk kt kampung ni, tun cuma potong2 bawang je laa.. hihihihi... majority mama yg buatkan. kih kih... kebetulan pak sedara sefamily singgah tidur kat umah, dr kelantan nk balik johor. adik tun yg duk kl pon balik, so mmg meriah la. kenduri nasi dagang pagi2 hari. wat sekilo x pon habis, tghari rendam beras lain wat second trip. hehe....



Resepi nasi dagang mmg tun setia ngan resepi yg tun dh olah nih.. insyaAllah menjadi.. dh byk kali tun buat :)


Nasi dagang
Resepi asal: yani@myr dan mamadzie69@myr
Sumber: tun_telani

Bahan2:

  • 3 cawan beras wangi
  • 1 cawan beras pulut
  • 400 ml santan (2 kotak)
  • 3 bj bawang merah- mayang
  • 1 cm halia- mayang halus
  • 1 sk halba
  • Garam
  • Gula - sedikit
Cara2
  • Rendam beras sekurang-kurangnya 4 jam
  • Basuh, tos, dan kukus beras selama 5 minit.
  • 100 ml santan di campur dgn 100 ml air masak utk dijadikan santan cair. Gaul nasi dgn santan cair dan kukus hingga masak (bergantung pd kukusan, me dlm 40 minit)
  • Baki santan (300ml) digaul bersama bawang, halia, halba, garam dan gula.
  • Bila nasi masak, gaulkan dgn baki santan, dan kukus semula selama 5 minit. - utk 2kali ganda resepi, kukus akhir tun kukus 10minit.
  • Siap =)

Nasi dagang ganu paling sedap tang gulai ikan tongkol nih.. mmg amik masa yg lama utk masak. tp hasil berbaloi2. kalu nak mkn nasi dagang untuk bekfes, kuah dia perlu buat at least mlm sebelum tu tau, sbb perlu beberapa jam utk masak utk dapatkan kuah yg pekat dan sedap :)


Gulai Ikan Tongkol
Resepi Asal: minami@myr
Sumber: tun_telani
  • 1 tin santan(400ml)
  • 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia, dan 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering- potong, rebus, dan buang biji
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 6 keping asam keping
  • garam dan secubit ajinomoto- tun xletak ajinomoto
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • Sedikit nisan/ gula melaka - tun tambah
  • 1 sudu besar kerisik - tun tambah
  • 1 cm belacan
Cara2:
  • Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak.
  • Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul.
  • kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan.
  • cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan jika suka.
  • Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam,nisan dan kerisik. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol dan asam keping turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
  • Masak sampai kuah agak pekat.

Acar Timun Mentah
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 2 batang timun- buang biji dan potong memanjang
  • 1 batang carrot - tun sagat
  • 2 bj cili merah
  • 2 bj bawang merah- mayang
  • 1cm halia- potong memanjang halus2
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • cuka masakan - dlm 1/4 cawan, lebih kurang la, tun tuang je
Cara2:
  • Gaulkan semua bahan2 dlm mangkuk
  • Cuka tu anggar2 je. xperlu tenggelam timun tu. Gaul2kan setiap 5 minit hingga rata.
  • Tun biasa simpan dlm sejam sblm makan, sbb cuka bila air timun dh keluar :)
ps: kalau nk timun yg rangup, rendam timun dlm air kapur sebentar. Pastu tos, bilas, dan blh campurkan dlm acar.

14 comments:

Mel said... [Reply]

assalam tun. Tengok gambar terliurr..tapi memikirkan tak ramai tentera yang nak makan, putus mood nak buat..kuikuiii

Bicara Kak Noor said... [Reply]

salam tun, adoiii tingin nya tengok malam2 niiii nk buat malasss

ummiaisyah said... [Reply]

Salam rindu tun..wah skarang dh duk kt kpg yea...
alamak...sedapnya ns dagang tu...nmpk kaw sgt gulai tu...kt sini kami panggil ikan kayu..

Azwa Azee said... [Reply]

sis, selain beras wangi, boleh guna beras lain x? basmathi ke?

tun_telani said... [Reply]

@azwa azee... nasi dagang ganu mmg guna beras wangi.. kalau kt kampung mmg guna beras wangi yg khas dr thailand tu.. kalau basmathi kurang berlemak nasi dia nnti.

❤Kamsiah❤ said... [Reply]

Tun...sedikit berbeza nasi dagang tganu dan kelantan,kan..kelantan punya guna beras khas nasi dagang..tp gulai ikan tu mmg sama caranya

ijayuji said... [Reply]

Assalamualaikum tun adik manis, gomen ne akak dtg lambat sokmo ��nasi dagngmuuuuu mmg menggoda kalbuuuu nak buat tak cukup bahan kot��

zila norazila said... [Reply]

sedapnye tun..akk klu beli mmg sllu..tp buat mmg x pernh tun

Anonymous said... [Reply]

rempah gulai cap boleh ganti ngan rempah apa ya

Anonymous said... [Reply]

rempah gulai cap boleh ganti ngan rempah apa ya

Mayang ABDUL RAZAK said... [Reply]

salam kenal tun.. tengah mencari gulai nasi dagang...

Zana said... [Reply]

Assalamualaikum Tun. Lama sangat tak berjalan blog. Selamat menyambut ramadhan al-mubarak..

Tina Othman said... [Reply]

adui tun, gigih nya ibu mengandung ni buat nasi dagang

ingat lg dulu time mengandung emir, sanggup pergi tganu sebab nak makan nasi dagang original hehe

tun_telani said... [Reply]

Anonymous: Gulai nasi dagang ganu mmg guna rempah cap bunga ros. tp kalau xde tu blh guna rempah2 kasar, ada resepi nasi dagang kt blog ni yg guna rempah2 kasar. blh search :)