Sunday, July 6, 2014

Kuih Buka Puasa: Kuih Tepung Bunga

 Assalamualaikummmm :)

Sedar tak sedar dah masuk minggu ke dua ramadhan.. dh brp juzuk Qur'an berjaya baca? jom marathon sama2 khatamkan :) bulan puasa ni pahala berganda2.. tun nk solat sunat byk2 xlarat, sbb bila sujud sure rasa nk termuntah, jd harapkan pahala baca qur'an je lebih sikit..huhu.... 

Ok laa.. nk tulis panjang2 xde idea.. nk gi ronda2 dapur kawan2 pulak pasni. 2-3 hari sekali baru buka laptop nih. guna hp susah nk BW.


Kuih tepung bunga ni kuih penyelamat di bulan puasa. haha.. mmg kuih wajib 2-3 kali buat sepanjang ramadhan. sbb sangat express.. kdg2 bila dh siap masak tu, xde kuih nk hntr ke surau, mmg godek2 kuih tepung bunga ni la. kejap je siap.. ni kuih jenis yg campak2 dan xpernah tun sukat tepung santan bagai.. so tun cnp dr blog kak nor sukatan dia.. adunan dia mcm nk buat onde2.

KUIH TEPUNG BUNGA
Resepi: kak Nor 
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 1 1/2cawan tepung pulut
  • 3/4cawan (180ml) santan pekat - boleh juga guna air
  • 1/2 st garam halus
  • 2 bj telur
  • minyak utk goreng
  • gula utk tabur
Cara2:
  • Gaul tepung pulut dgn santan & garam hingga sebati sampai boleh membentuk bola,
  • tak melekat kat tangan dan bekas ( cam jd berkilat skit )
  • Pastu gentel sebesar guli hingga habis.
  • Pecahkan telur dan kocok/pukul hingga sebati.
  • Panaskan minyak dan  leperkan sebiji adunan td atas tapak tangan, jd sebesar duit siling 50.
  • Celup dlm telur dan goreng sampai golden brown dan toskan
  • Hidangkan dlm piring dan tabur gula.
  • Siap!

12 comments:

❤Kamsiah❤ said... [Reply]

arwah mak akak dulu biasa buat kuih ni bulan posa...zaman tu takde bazar ke..param ke...dok pulak kt kg..kena buat sendiri ..

Anna Qawina said... [Reply]

N le makanan asas bulan pose time kanak2...hehe...nak kena try bt..akk x pernah try bt sdri

Mel said... [Reply]

Assalam tun.mel xpenah dengar nama kuih ni.ke pernah mkn tp xtau nma..uhuu

Bicara Kak Noor said... [Reply]

macam sedappppppp je tun akak tak pernah makan sebenarnya kuih ni nk kena buat lah sbb nak rasa kesedapan nya..

nasa mulia said... [Reply]

salam tun, pertama kali dengar, kuih orang ganu ke ni tun?...

Ayu said... [Reply]

Assalam Tun,
kuih tepung bunga..first time dengar ni tun..akak yg dah masuk
asar baru nilah dengar..hehehe..
yalah kitakan orang selatan...bluekkk..hahaha

Yana Shaiful said... [Reply]

Salam Tun..k.yana rs mcm pnh mkn kuih ni..igt2 lupa plak..ada jgk kot kat kelantan.. tgk bahan2 simple je..nnt bleh try bt sndiri ^_^

Anonymous said... [Reply]

This is very fascinating, You are an excessively professional blogger.
I've joined your feed and look ahead to in the
hunt for extra of your excellent post. Also, I have shared your site
in my social networks

my website ... boom beach cheats no survey

Ezadlieza said... [Reply]

Salam Tun...
Dah lama bebenor akak tak mkn kuih nih...dari tahun lepas nak buat tp tak terbuat buat....entah bila la nak buat...asyik tertangguh jer..

zila norazila said... [Reply]

aah la akk pun x prrnh dgr..mkn pun x prnh..cmnelh rasanye tu kn..klu nk rasa mmg kns buat ne tun.

Amie said... [Reply]

Kabare Tun... macam lama tak jenguk Tun di sini he hehehe... nak tahu cerita kuih tepung bunga ...begitu rupanya cara buatnya, terima kasih Tun.

ctinah said... [Reply]

nampak sedap, teringin nak makan.